Thursday 27 February 2020

NASI PLANTA


Ikutkan hati memang malas yakmat nak masak.  Tapi bila difikirkan anak-anak nak makan, terpaksa la rajin jugak.  Hati ni meronta ronta nak masak ikan tapi kang jawabnya tak makan la anak-anak.  Idea...idea...

Yes, nasi planta dengan sup ayam.  Anak-anak aku ni jenis suka makan nasi-nasi berperisa ni contoh nasi ayam, nasi planta, nasi tomato.  Kadang-kadang dia boleh makan nasi je tanpa lauk.  Meh aku kongsi resepi nasi planta versi aku yang simple.


Bahan2:
-Beras 2 cawan (rendam kejap) aku guna beras biasa je, nak sedap guna la beras yang       panjang2 tu.  Basuh dan tos
*Bawang jepun sebiji yang kecil saje
*Bawang putih 2 ulas
Blend bahan*
-Kiub ayam 1
-Planta 2 sudu besar
-Garam 
-Bawang goreng untuk hiasan

Cara2:
Cairkan planta, tumis bahan blend dan kiub ayam.  Dah hampir kering buh air dan masukkan beras, buh garam sikiiit.  Masukkan air agak2 seinci dari atas beras.  Tanak hingga masak.  Pastu tabur sikit bawang goreng. Siap!




Sunday 23 February 2020

IKAN CENCARU SUMBAT

Sedap tau ikan sumbat kelapa dan bakar ni..tapi kat kedai kekadang tak kena dengan tekak kita. Meh aku share resepi kelapa sumbat yg senang ni.

Bahan2:
-Kelapa parut 1/2 biji (amik yg putih je)
-Bawang putih 3 ulas
-Cili api 4 biji (nk pedas buh la bebanyak)
-Serai 1 tangkai (hiris)
-Garam dan perisa
-Asam jawa sebesar ibu jari
-sehelai daun kunyit (hiris halus)

Cara2:
Tumbuk cili, bawang putih dan serai yg dihiris2. Dah lumat, gaulkn dgn kelapa parut tadi. Letak asam jawa, garam dan perisa. Gaul sampai mesra semuanya. Pastu hiriskan daun kunyit. Sumbatkan la kat ikan..ikut suka nk sumbat depan ke blkg🤣


Thursday 20 February 2020

AYAM PERCIK VERSI AKU

Sedap hohohoooiiiii

Hari-hari memasak sampai ke satu tahap tak tahu nak masak apa.  Itulah dilema seorang mak-mak.  Rasanya dah habis pusing menu kalau hari-hari masak.  Dan dilema seorang aku adalah bila anak-anak kau, hari-hari nak makan masakan ayam.  Sampai satu masa aku rasa, tengok ayam tu pun aku rasa nak muntah.  Ada ketika dulu disebabkan teringin sangat nak makan ikan, aku hanya beli ikan untuk aku dan suami.  Beli 2 ekor aje sampai tokey kedai tu tanya 'beli ikan untuk kucing ke?' !@#$%^&* sabor je la.  Ye, kucing berkepala hitam hahahaha😁

Hari ni aku rasa nak masak ayam percik versi aku...ni betul2 ikut cara aku sendiri, tak tiru mana resepi.  Dan macam biasa, resepi aku resepi campak2 sahaja.  Tapi kena hati-hati gak, ko campak tu pelan2 sikit, kang terkeluar dari periuk pulak hihi.


Bahan-bahan:
*Ayam sekor ko potong 4 bahagian, bersihkan dan lumur garam kunyit sikit dan kukus.  Lepas kukus ko balut dengan daun pisang, bakor atas kuali.  Takyah nak bakor arang bagai, kita wanita berkerjaya, semua nak cepat dan mudah.

*Cili mesin dalam 4 sudu besar, ikut memasing punya tahap pedas, nak pedas ko buh la banyak (dah siap buh bawang besar, bawang putih dan halia)

*Serai 3-4 batang (potong2 dan blend sekali dengan cili tadi)

*1 kotak kecil santan

*1/2 keping asam keping

*Garam, gula, perisa

*Air setengah cawan

*Sikit bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)


Cara-cara:
Tumis cili blend tadi sampai agak kering, masukkan santan, gula, garam, perisa, asam keping.  Tambahkan setengah cawan air dan masak hingga didih pastu buh la air bancuhan tepung jagung. Dah masak siramkan atas ayam yang kita bakar tadi.  Siap!  


Mudah kan cara aku masak? sempoi je, takyah kalut2 nak cukup bahan sangat.  Apa yang ada je, kita olah dia bagi sedap je.  Selamat mencuba resepi yang mudah ni.  Buat sambil pejam pun boleh kahkah😄

Bakor ayam atas pan jerrr










BEGEDIL IKAN SEDAP




Semua mesti suka makan begedil.  Aku salah sorang penggemar, tak kira begedil ayam ke, daging ke, ikan ke...semua aku belasah.  Hari ni aku nak sharekan resepi begedil ikan.  Ni resepi dari mak aku.  Air tangan mak memang sedap kan.  Air tangan sendiri pun sedap jugak, aku masuk bakul angkat sendiri ni, kalau bukan diri sendiri yang puji sape lagi.  Ko rasa laki ko nak puji..memang tak la.  Paling-paling bila ditanya 'sedap tak' dia akan jawab 'boleh la'. Sentap jiwa sorang isteri hahaha.  Eleh sebenarnya dia nak bagitau sedap, tapi tak terluah.  Lelaki kan memang ego.  Kalau aku masak tak sedap takkan la saiz boleh bertukar kan.  Dulu masa kawin mungkin saiz M, sekaranggggg XL.  Tu maknanya apa..apaaa???? Dah takmo bebel pasal keegoan seorang suami.  
Kita start masak lagi bagus.  Ayuh ke dapor!


Bahan-bahan:
3-4 biji kentang saiz sederhana (potong kecik dan goreng) kalau malas ko kopek kulit dan rebus je
2-3 ekor ikan rebus amik isinya (ikut suka korang la, tak kisah ikan kembung, ikan sadin, ikan tenggiri, janji isi ikan je)  kalau tanya aku, aku suka guna sadin hitam sebab dia lemak.
Daun sup (hiris halus)
Bawang goreng (beli je yang dah siap kat kedai)
Lada hitam 1 sudu makan (tumbuk halus, takde lada hitam, lada putih pun boleh)
Garam dan perisa
Telur 

Cara-cara:
Kentang yang dah direbus/goreng ditumbuk buh dalam bekas, masukkan isi ikan, buh garam dan perisa.  Buh daun sup yang diracik halus dan bawang goreng dan lada hitam/putih.  Gaul dan kepal-kepalkan.  Kalau nampak berderai, ko pecahkan telur sebiji dan gaul.  Bersedia untuk menggoreng.  Pecah telur dan kacau2 buh garam sikit, celup bergedil dan goreng.  Mudah dibuat dan sedap dimakan.


Tumbuk isi ikan dan kentang

Gaul semua bahan, pastu kepal2 ikut bentuk korang suka, nak bulat ke, nak lonjong ke, kecik ke besar ke...asal korang bahagia

Wednesday 19 February 2020

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

Hola-holaaa...
Hari tu aku ganti puasa...nak mulakan mengganti tu agak mencabar, tapi dah lepas sehari, the next day tu okey je.  Satu hari aku memang tak masak la.  Aku suruh laki aku masak.  Dia pun masak la...tapi cuma masak nasi dan goreng ayam bodo je.  Gasak la, janji boleh dimakan dek anak2.  Aku dok terpikir ape benda nak dimasak untuk berbuka nanti, takkan nasi dengan ayam goreng bodo tergolek2 je kan.  Tau je la, nafsu orang puasa ni len macam sikit.  Semua teringin...tahpapetah.  

Dah lama rasanya tak buat agar-agar santan gula merah.  Jadinya terhasil la agar-agar untuk juadah berbuka puasa.  Nah aku kongsi resepi yang senang sukatan mug.


Bahan2:
Agar-agar bertali sebungkus (20gm)
Santan setengah mug + air jadikan satu mug
Air 4 mug
Gula merah 1 mug + 1 mug air
Gula 3 sb
Secubit garam
Telur sebiji
Selai daun pandan

Cara2:
Masak gula merah + 1 mug air.  Dah larut gula tapis.  Dah tapis tapi tak cukup satu mug, tambah la air jadi 1 mug.  Masak agar-agar bersama air 4 mug dan masukkan daun pandan.  Agar-agar yang dah larut letak gula dan air gula merah tadi (1 mug tadi).  Masak hingga didih.  Dalam mug santan tadi pecah telur sebiji dan kacau guna garpu dan tambah secubit garam.  Bila agar-agar dan gula merah tadi dah larut dan mendidih, keluarkan daun pandan dan masukkan santan tadi.  Biarkan dia betul-betul mendidih dan tutup api.  Masukkan dalam loyang.  Siap!

Cantik kejadiannya tu😎

Berbuka dengan nasi goreng sardin dan telur sarang yang tak berapa sarang😊





Sunday 16 February 2020

Resepi Kuah Yong Tau Fu Mudah dan Sedap

Aku rasa semua orang suka makan yong tau fu ni..tapi mesti lagi ramai tak tau cara nak buat kuah manis ni.  Sebenarnya aku pun tak tau cara nak buat..rupanya senang je. Bersungguh aku mencari2 resepi yang paling mudah. Aku masak cara aku, aku tak tiru bulat2..aku masak ikut sedap tekak aku. Agak kurang pape aku tambah sendiri, bak kata mak aku, masak campak2 hehe. Ni aku sharekan resepinya..moga bermanfaat.

Bahan2:
Cili mesin 2sb
Cili sos 2sb
Sos tiram 2sb
Sepeket kecik taucu
Kicap pekat 2sb, kot takde kicap manis pun boleh tp buh la 4sb
*Gula merah ikut masing2 punya tahap kemanisan
2 ulas bawang putih
*Garam sikit
3 cawan air
*Tepung jagung

Cara2:
Semua benda kecuali bertanda *..ko blend je masuk dlm periuk dan didihkan. Dah didih buh garam dan gula merah. Last ko buh la bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yg korang suka. Kot suka bijan, ko sangai la bijan tu sikit, tabur masa nk hidang.  Serius sedap ni..pasni dah takyah nak beli kat pasor..benda boleh masak, buat apa beli hihi...Selamat mencuba!🥰




Saturday 15 February 2020

KEK PELANGI aka KEK MARBLE

Hari ni punya la boring dok kat rumah.  Husband kerja, anak2 ada training la tuition la.  Sabor je la.  Mundar mandir mundar mandir, keluar masuk dapur..sudahnya masak je la hilangkan boring.

Pagi tadi sarapan megi yg viral kat fb tu, ala yg ada cheese then letak telor kat tengah2 tu..sedap gak..sesekali boleh la.  

Pastu teringat hari tu try buat kek marble...jadik uuuu.  Teruja betul, husband dgn anak2 beria makan..means sedap la tu kot.  Kredit to Ain dak opis aku tu sbb share resepi yg sgt senang dan kompom menjadik.  Since kek aritu bertahan sehari jek pastu habis, ku pikir hari ni nak buat lagi tp versi pelangi plak. Resepi sama je cuma nnti dah siap adunan bagi2 beberapa mangkuk untuk dikalerkan. Kot sape nk resepi aku panjangkan la resepi kek ni moga bermanfaat😊

Bahan-bahan:
Seketul butter / 250gm marjerin pelangi
Telor B 5 biji
Gula halus 1 1/2 cawan (blend je)
Tepung naik sendiri 2 1/2 cawan
Esen vanilla
Baking powder 1 sk
Susu pekat manis 2sb
Sikit serbuk koko/pewarna

Cara-cara:
Pukul butter dgn gula hingga sebati.  Masukkn telor sebiji2. Pukul hingga kembang, masukkn esen vanilla, baking powder. Pukul lagi hingga sebati.  Masukkn tepung sikit. Masa ni takyh guna mixer, just gaul dgn spatula je.  Dah sebati masukkn dlm loyang yg dah dilenser dgn baki2 butter tadi. Panaskan oven dlm 5 minit sblm magn suhu 130° selama 60 minit. Lps sejam ko cucuk la tgh kek tu, kot masih melekit ko tambah la minit lg. Kot dah tak lekit kat lidi tu kira dh masak la tu. Dah masak jgn ko terus kuarkan dr oven..biar dia dlm oven tu lebih kurang 20 minit br kuarkan.  Selamat mencuba..




Monday 10 February 2020

LONDON PARIS 2020 PART 3

Hari Keempat....

Sesampai je Paris Gare Du Nord Station, hujan renyai2.  Trip sebelum-sebelum ni, aku ke Paris naik bas je, dan berhenti di stesen bas Gallieni.  Kalau naik Eurostar Train ni akan berhenti di Gare Du Nord St.  Tempatnya luas sama macam di St. Pancras St. London.  Turun saja aku terus cari mesin untuk beli Ticket t+.  Kalau beli satu harga E1.90 dan kalau beli sekali 10 pcs akan jadi E16.90.  Cara kegunaan korang boleh gugel ye.

Paris Metro ticket

Disebabkan masing-masing duit note besar-besar terpaksa q kat kaunter untuk beli tiket.  Lepas beli tiket, kami terus ke platform 31 kalau tak silap aku.  Tak sure boleh tanya pekerja di kaunter.  Dikawasan platform aku tengok ramai polis sedang bertugas.  Naik seram pulak.  Rasa insecured.  Polis memang sentiasa berjaga-jaga oleh sebab mogok.  Aku pulak rasa sangat tak selesa kerana terlalu ramai orang berkulit hitam.  Terasa seperti aku berada di Afrika.  Dulu aku rasa orang kulit hitam ni takde la ramai sangat.  Kali ni serius aku katakan memang terlalu ramai.  Aku rasa kawalan kemasukan warga asing tidak ketat, itu yang menyebabkan ramai puak2 pak itam ni masuk negara ni dengan sesuka hati.  Hari semakin gelap tapi jam baru menunjukkan pukul 6 lebih.  Aku harus lebih berhati-hati ketika berada disini.  Berasak-asak dalam train tu dah menjadi kebiasaan kat sini.

Dining & living room
Kediaman kami beberapa station dari Gare Du Nord.  Sampai di stesen Aulnay-Sous-Bois.  Rumah ni serius memang cantik dan moden.  1 je kelemahannya, berada di tingkat 2 dan takde lift.  Masing-masing dah la bag berat macam batu.  Nasib baik tuan rumah tinggal di tingkat 1 dan dia yang tolong kami angkat bag naik atas.  Aku tempah rumah dari Airbnb.  Harga untuk 2 malam, 6 orang lebih kurang RM1380.00.  Rumah ni ada 2 bilik tidur dan sofa bed di ruang tamu.  But serius, rumah ni lebih luas dari rumah di London.  

Our nice and safe building (you are on 2nd level)
Ni bangunan kediaaman.

Keep calm and cook with a nice view :)
Dapur yang kiut miut tapi best sbb lengkap.

Entry corridor and phone
Lorong nak ke dapur (kiri) dan bilik (kanan)

Just cross the place to reach RER station
Pemandangan dari ruang tamu rumah.  Bangunan depan tu la train station Aulnay-sois-Bois.  Memang dekat gile.  Kiranya lokasi memang sangat strategik.  Lagi satu, di kawasan berhampiran terdapat restoran-restoran halal.  Memang mudah.

Easy access to all major stations and attractions
Ni tuan rumah siap bagi map.  Senang hidup sis hehe
Sampai je letak bag, kami turun semula cari makan. Hari pun dah gelap, Mes tak ikut kami pergi makan, dia penat dan nak berehat kat rumah je.  Tuan rumah kata kat sebelah bangunan ni ada restoran Thai.  Kami dok cari2 tak jumpa.  Rupanya kedai tu tutup.  Kami sambung cari kedai lain, jumpa la restoran fast food macam KFC.  Sebat je la, dah lapor.  Dah kenyang, balik bersihkan diri dan tido.  Esok nak keluar awal.

Hari Pertama di Paris.
Hari ni aku keluar awal pagi untuk ke Gare Du Nord.  Dari situ kami akan menaiki bas City Tour (hop on hop off), tiket beli secara online di Malaysia.  Harga lebih kurang macam kat london cuma murah sikiiiiiit.  Itupun mungkin sebab currency exchange.  Malangnya di Paris memang sangat sukar untuk berkomunikasi.  Sebilangan kecil sahaja yang boleh berbahasa inggeris.  Aku bercakap dengan dorang dah macam ayam dengan itik bercakap.  Nak tanya lokasi bus stop City Tour ni ambil masa yang sangat lama, tercari-cari.  Yang bagi informasi pun tah pape.  Kejap kat sini, kejap kat sana.  Fening aku.  Tapi akhirnya kami jumpa juga tempat tunggu bas tu.  Disebabkan kawasan Gare Du Nord ni bukan di dalam kawasan bandar, kami perlu bertukar2 bas city tour untuk sampai ke bandar.  Ada map tak jadi masalah.  Kalau cuaca di London sejuk, kat sini 2x ganda sejuknya.  Dah la sejuk angin kuat pulak tu, memang menggigil la kami.


Dalam train dari rumah ke Gare Du Nord.  Train kemain lawa lagi.  Dah macam dalam kelab malam.

Punya la kuat angin terherot berot tudung.

Serius sejuk giles

de louvre museum


Geng marhaban tudung pink hihi



Bergambar disebelah terusan di Paris

Sejuk oiiii, kuat giler angin, berdiri rasa nak tombang.





Eiffel Tower

Lapor wei sejuk-sejuk ni...muka pun dah nampak naw letihnya tu..makan tenghari kul 4 petang. Dapat makan nasi arab...ya ampunn sonoknye mcam tak jumpa nasi setahun

Satisfied!

Hari kedua di Paris
Hari ni plan nak ke La Valle Village outlet.  Hari ni juga kami ke check out kul 12 tengahari.  Tapi kami takut kalau soping tak ingat donia, mau terlajak2 masa.  So kami minta kebenaran untuk check out lewat jam 3 petang.  Train balik ke london jam 6.30 petang.


Hari ni hari bekerja, ditambah dengan mogok dan laluan train banyak yang tutup so train akan jadi macam sadin.  berasak asak.  Sabor je la..


Wall art kat Gare Du Nord St.

Since outlet buka jam 10 pagi...kita lajakkan sikit satu station, singgah kat Disneyland dulu la.  Tak masuk pun, ambik gambor jerr.  Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam.  Perlu tukar train memandangkan Disneyland dan outlet berada di kawasan luar bandar.









Dah sampai outlet.  Semorang macam hilang arah menyoping hahaha.

Untuk anak dara ai yang sorang tu. Dia je yang suka benda2 macam ni. 

Hasil tangkapan, muka puashati.  Dah jom balik, duit pun dah abis🙊


Sebelum kita check out, kita lunch dulu area rumah ni.  Kedai masakan thai halal.

Moh ler kita check out dan pulang ke pangkal jalan. Last pic bersama host Sabine.  Sangat baik, peramah dan humble.  Sape nak pegi Paris bolehlah duk kat rumah dia.

Sampai di airport Heathrow kul 9.30 malam.  Kena overnite di airport satu malam sebab, nak check in di kaunter tiket seawal pagi esoknya.  Tido la kami seperti gelandangan dalam airport ni.  Tapi kami dah biasa.

Selepas melepasi immigresen.  Di dalam kawasan duty free.  Last kopek soping, habiskan duit2 syiling yang ada :)

Sarapan pagi di Restoran Lebanon halal.



Kenyang la buat masa ni.  Jap lagi kul 10.30 pagi dah fly back.  Dalam kapal boleh makan lagi.

Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air tanpa cacat cela, cuma lenguh badan dan sakit kaki je, tapi semuanya berbaloi.  Aku suka dan mereka gembira.  Tq Allah kerana telah melindungi kami sepanjang trip ni.  End trip 2020


Ringkasan Perbelanjaan kami (tanpa tiket sebab tiket kami special🙊)
(Tidak termasuk duit shopping dan duit train dalam bandar)  

HOTEL LONDON 3 MALAM 400
HOTEL PARIS 2 MALAM 230
EUROSTAR TRAIN RETURN 570
HOP ON HOP OFF LONDON & PARIS 395
DUIT MAKAN LONDON & PARIS 250
TABUNG KECEMASAN 100
TOTAL 1945


































SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...