Wednesday 6 February 2019

BALI 2019

3-6 Januari 2019


Kegembiraan terpancar, kalau ngukur jalan memang semua berseri-seri muka.
Depart KLIA jam 9 pagi.


Selepas 2 jam lebih perjalanan, sampai di Ngurah Rai Airport Denpasar Bali.  Sampai lebih kurang kul 12 lebih.


I'am here in Bali..2019 baru dapat jejak kaki kat sini, plan dari awal tahun lepas nak datang, tapi keadaan tidak mengizinkan dengan kabaran Gunung Agung meletup.  Semoga trip kali ni baik2 saja, Gunung Agung please be nice, kasik can kakak nak explore Bali.


Tempat makan pertama kami di Ayam Tulang Lunak Malioboro.  Katanya ayam kat sini boleh dimakan bersekali dengan tulang2nya.  Mai kita tengok.


Serius semua lapor bebenor, walhal dalam flight tadi dah makan.  


Yang sempat dicuri-curi snap.  Sebenarnya tak boleh amik gambar menu dorang ni, tah kenapa tah.  


Ini yang kami order, Ayam Goreng Presto Crispy, Kangkung apetah namanya ada tahu dan tempe goreng.  Satu lagi hidangan tu Ayam Presto Telur Asin (yang ni agak muak dimakan)


Lepas abis makan kitaorang plan nak ke sinun GWK, Garuda Wisnu Kencana nama tempat ni.  Kami tak larat nak jalan seluruh kawasan yang dikatakan sangat luas.


Ihsan pakcik Google.  
Inilah dia kawasan GWK tu.  Jenuh nak berjalan dalam kawasan ni, paling-paling kena habis satu hari nak explore satu tempat ni je.





Nama tempat ni Melasti Beach.  Ini salah satu tempat baru untuk pelancong-pelancong.  Pantai yang bersih dan view yang sangat cantik.



Dua beranak ni dah kenapa??

Ini adalah kawasan Uluwatu Temple.  Ala yang ada 'Kecak-kecak Dance' tu.  Tapi akak memang sejenis yang agak lemah semangat, so akak dengan anak akak takde la pergi tengok show tu.  Tengok topeng penari tu je dah boleh buat akak tak tidur malam haha.  Tempat ni ada banyak monyet yang jahat2.  Hati-hati kalau ke sana sebab monyet ni suka ambil barang-barang yang ada pada kita, contoh macam gelang, jam, selipar, bag...pendek kata apa yang ada pada kita yang attract dia, memang dia berani rampas.  Jangan la sesekali bawa makanan, lagi la dia suka.


Sambil-sambil menunggu kawan-kawan g tengok show, kita dok santai-santai je la dua beranak.



Nama tempat ni Melasti Beach.  Ini salah satu tempat baru untuk pelancong-pelancong.  Pantai yang bersih dan view yang sangat cantik.









Sepanjang trip ni aku pilih hotel ni sebab hotel ni memang terkenal seantero Indonesia.  Kalau pergi ceruk mana pun kat Indon pasti ada Fave Hotel.  Modern Concept, i like dan yang paling penting, dia served makanan halal.













SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...