Monday 16 May 2016

BACKPACKERS LANGKAWI

Bersawang dah rasanya blog akak ni.  Last update Januari lepas, berapa bulan dah takde cerita.  Kekadang bukan apa, kekangan masa tu yang membuatkan tak dapat langsung nak buka blog ni. Oleh itu, banyak la peristiwa, kejadian dan cerita-cerita yang nak 'distory tellingkan'..nah koo tah mana tah dapat perkataan tu haha.

Ni cerita bulan April hari tu.  Anak-anak dok bising, 'nak naik kapal terbang, nak naik kapal terbang'...'asik-asik mama je naik kapal terbang'.  Mmm nampak tak! betapa anak-anak  ni begitu tak puas hati dengan mak dia.  Asik mak dia je yang syok sendiri berjalan tak bawak anak-anak. Hahaha.
Mak pon, 'ye la ye la, kita naik kapal terbang g Langkawi'.  Kemain sonok anak2 bila mak dah bagi greenlight nak terbang.  Tak tido malam dibuatnya.  Memang dah lama benar budak-budak ni tak seronok macam ni.  Nak terbang ni feel dia lain sikit, keterujaannye lebih sikit dari hari-hari biasa.

Disebabkan si emak malas nak pack baju dalam bag, so anak-anak dikerah untuk memikul bag sendiri.  Saje nak train dorang untuk ber 'backpack'.  Pikul la memasing sorang satu bag.  Bukan takat anak-anak, sekali dengan bapaknya ku kerah.  So berbackpackers la kami anak beranak.  Dorang okey je, sonok je. Anak sonok mak pon gumbira.  Nak diceritkan, anak aku yang sorang ni Adam Darwish, dia anak 'istimewa' tapi kekadang fikirannya tu tak menunjukkan dia ada kekurangan dimana-mana.  Dah duduk dalam flight, crew served air dan kacang, 'ni je, makanan lain takde??'. Adehhh lahai nak, kita bukan nak terbang jauh, takat langkawi memang itu je yang ada.  Sabar ye dam, nanti dah sampai tempat dituju, tempat pertama yang kita pergi adalah 'kedai makan'.








Flight seawal pagi, sebab takmau rugi masa.  Kami ke sana pun tak lama, 2 malam je. So kene manfaatkan masa yang ada.  Dan kami ke sana bukan untuk acara bersoping sopingan tapi sekadar merehatkan badan sambil menikmati keindahan Langkawi.  Bak kata orang, jalan-jalan cari makan..gitewww.  Penginapan dah aku book siap2 sebelum pergi. Tapi kalau tak book awal pun bersepah je motel dan hotel.  Sediakan ongkosnya saja.  Kereta sewa pon kami dah sampai airport sana baru call.  Disebabkan kami pergi bukan peak seasons so kereta sewa melambak dan sangat murah.  Untuk 2 hari Myvi RM120 sahaja.  Kami berenam tapi sewa Myvi saje.  Bukan kedekut tapi jimat hehe.  Bukan nak tido dalam kereta pon kannn.

Memang setiap kali aku kemana-mana, itinerary mesti aku sedia awal.  Aku taknak dah sampai destinasi tercangak2...blurr tak tau nak watpe.  Sesampai airport dah ambil kereta, perut pon dah lapor jom kita cari kedai makan.  Memang itu tujuannye kan, jalan jalan cari tempat makan.  Kami makan kat kedai ni, lauk diaaa tu haaa berderet. Macam-macam ada tapi jangan la ikut nafsu syaitooon yang direjam kan.  Ambik je lauk yang betul nak makan, jangan membazir kerana membazir itu amalam sape???? yeee amalam syaitooon yang direjam.



Perut dah kenyang, muka pun ada sinyummmm.  Lepas makan kami terus menuju ke penginapan, terawal la pulakkk sampainya.  Baru pukul 12 tenghari.  Bilik kami pon belum tersedia.  Lupa nak bagitau, penginapan kami di area Pantai Chenang.  Dulu datang ke sini dah lepak Pekan Kuah.  Dok situ kalau niat nak bersopingan boleh la.  Disebabkan belum boleh nak check in kami terus gerak ke Pekan Kuah, saje nak cuci-cuci mata.  Memang niat nak g shopping mall baru tu Bangunan Haji Ismail ke ape tah namanya.  Tak ingat.  Sampai situ, kunun nak cuci mata sekali tercuci poket daaaa.
Mana taknye, si anak dah ternampak lambakan coklat-coklat kegemaran dorang.  Tak keruan dah semuanya.  Wahhhh bukan main, ceduk, ceduk buh dalam bakul, mak dengan pak korang dah terkedip kedip mata sambil berpandangan hahaha.  Dah..dah tu nak! Pitam mak pak korang.

Habis kat situ, kami dok pusing-pusing Pekan Kuah.  Waktu tu panas berdenting so dok dalam kereta pusing je la.  Niat nak ke Dataran Helang pon tak kesampaian.  Takyah gi la, dulu dah gi kan.  


 Sampai motel, check in pastu...bomm, pengsan. Kita tido rehat-rehat dulu, petang nanti kita jalan lagi cari makan.  Lewat petang kami pon keluar.  Carik makan lagiiii.  Makanan dan kami tidak dapat dipisahkan haha.  Ada satu tempat makan yang menarik.  Nama tempat ni Laman Padi ada restoran Seashells dalam tu.  Best giler makan kat pondok-pondok tengah sawah.  Memang kreatif ar owner tempat ni.  Tapi harga makanan boleh tahan ke tak boleh tahan ye.  Susah nak describe.  








Dah kenyang, apa lagi....bayor laaa.  Abam sado sila bayor ye.  
Dah..dah...bangun, dah nak malam dah ni. Jom balik. Kumpul tenaga, esok nak lepak beach pulak.


******tido******


 ESOKNYA

Acara yang paling disukai oleh anak-anak aku maupun anak-anak orang lain.  Berendam dalam air.  Moh kita layan gambar-gambar yang menampakkan kegembiraan mereka itu.









Dah puas mandi kita g tempat lain pulak. Moh kita ke Telaga Tujuh, dah terbayang sejuknye air terjun kat situ.



sambung PART 2













SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...