Tuesday 6 June 2017

SOUTH NEW ZEALAND - PART 2

QUEENSTOWN

Alhamdulillah...kami dah sampai ke Queenstown, bandar kecil.  Aman damai tempatnya.
Perut kami dah berkeroncong..jom la cari makan untuk alas perut.  Orang kata Fish N chips kat sini sedap.  Moh ler kiter carik.





Tuuuu diaa...big portion, leh makan 2 orang.  Sangat sedap.  Biasa orang akan pilih ikan Dori, kali ni aku nak cuba ikan Hoki.  Serius sedap sebab tak hanyir.  Set ni NZD10 siap air.  Tak abis makan pun, tapauuuu..
Dah kenyang kita wefie jap sebelum check in.





Penginapan kami di Queenstown, Xbase Backpackers Queenstown di tengah-tengah bandar.

Lepas check in, lurus-lurus badan, aktiviti bebas.  Santai2 sambil cari kedai souvenier, orang kata murah kat sini.  Kebetulan malam ni malam minggu, hostel ni ada buat concert ke jamming hape tah.  Sebelah tu ada bar kecil.  Start malam je dorang dah start gedegang gedegung... oh my! Takleh tido.  Dalam kul 2-3 pagi gitu, tetiba bilik kitaorang kene ketuk.  Elin kejut aku, okeyyy saspen.  Tapi kitaorang buat keras je...rupanya orang mabuk minum todi daaaa...salah bilik daaa.  Nasib tak buka pintu...kalau tidak, panjang lagi la cerita ni hahaha...



View bandar Queenstown

Breakfast kami

Sambal seafood, tercair la pulakk..tapi sedap jee

Please jangan meluat tengok gambar-gambar hakak ye.  Blog akak kannn hehe

Hari ni kita akan bergerak dari Queenstown ke Te Anau.  Sebelum tu kita jelajah tempat ni, tengok apa yang ada.









Kat sini banyak aktiviti lasak...mak dah tua, tak berapa nak lasak.  Biar la orang-orang muda je yang layan.  Jom gerak! 172km ke penginapan di Holiday Park & Motels Te Anau.

Pekan kecil




Menyinggah..Madu Manuka katanya





Menyinggah lagi...ni binatang apa?? Akak pon kompius.  Dah gugel, nama dia Alcapas, selalu dapat tengok dia ni kat cerita kartun.  Comel dengan bulu yang lebat.

TE ANAU

Yeaayyy dah sampai...legee.

Gumbira mendapat kunci bilik



Sangat selesa.  Rehat jap sebelum keluar cari supermarket.



Shared kitchen.  Masak lagi..

Malam ni menu tomyam seafood, fish finger, scramble egg, sayur campur dan nasi putih.  Alhamdulillahh..Dah makan dah kemas jom balik bilik tido.  Esok awal pagi nak gerak ke Milford Sound.

Memandu seawal pagi menuju ke Milford Sound adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan.  Sepanjang jalan tiada lampu jalan, kiri kanan gunung ganang, tasik, ladang dan hutan belukar.  Perasaan takut tu takleh nak cakap la.  Tapi tawakal saje.  Tiada kereta lalu lalang. Kami bertolak jam 6 pagi dan sampai di Jeti Milford Sound jam 8.30 pagi 119km.  Kami akan menaiki cruise lebih kurang jam 9.45 pagi.

MILFORD SOUND





Breakfast kami dalam cruise ~ vegetarian

Cruise melalui lembah menuju ke lautan



Anjing laut yang sedang bermalas malasan











Uiiittt tempias, basah la weiiii, sejukkkk






 





  Kita ke Te Anau semula untuk mencari bekalan dan menuju ke Dunedin.

 Perjalanan balik dari Milford Sound ke Te Anau





Singgah lagi.  Setiap inci sepanjang perjalanann akan melalui pemandangan sangat cantik.  Rugi kalau tak bergambar

Sampai semula di Te Anau, cari port untuk isi perut.  Tepi tasik pun bolehhh


Air tasik yang sangat jernih


330km dari Te Anau ke Dunedin.  Sampai sana lewat petang.  Hari dah gelap, berkejar takut kaunter check in tutup.  Letak barang kat bilik, kami keluar cari makan.  Tak sempat dah nak masak2 bagai.
Jom redah kasi pecah ini town..

DUNEDIN


Kualiti gambar tak berapa bagus sangat sebab aku pakai camera phone jer..

Aku tak tau la pesen orang sini memang macam ni kot.  Malam memang tak keluar rumah.  Town ni sunyi macam dilanda zombie.  Walhal baru pukul 8 lebih.  Try gugel2 jumpa la satu malaysian restaurant ni




  
Briyani daging..mabeles semabeles harga NZD15.  Minum air kosong jerr. Yang lain-lain makan mee goreng mamak, mmg sama la macam mamak kat tempat kita.

Dah siang dan nak check out baru dapat ambil gambar sebab semalam sampai dah gelap gulita

Kabin aku yang sangat cute.  Tu Nora, adik aku

Cabin orang sebelah.  Satu kabin boleh muat 4 orang.  Tu Elin dan Eza, kawan sekolah aku.  Budak dua ni ada cerita dan kenangan yang terpahat depan kabin.  Tapi takleh cerita...takmo bukak aib orang kahkahkah..

Ini Mes, officemate aku.
Kabin kat sini memang cute2 la...cute macam puan belog...kahkah sila jangan muntah ijau

Nice place

Yang depan sekali ni Kak Su, dan yang speckie tu Akma.  Akma ni kawan aku masa kat ITM Jengka dulu dan Kak Su ni kawan kepada Akma.  Serius trip kali ni best.  Semua kepala ngam.

Menyampaikan hajat sorang kawan yang tak dapat join trip kali ni.

Dari Dunedin kita akan meneruskan perjalanan ke satu tempat yang dikenali dengan nama pantai batu bulat.  Ada cerita yang agak sedih dalam perjalanan ke tempat tu. Tungguuuuu....


























SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...