Tuesday 31 October 2017

HONG KONG DERRR!

Ini cerita dah basi beberapa tahun lepas.   Aku tak sure, aku dah pernah cerita ke tak pasal insiden nak ke Hong Kong ni.  Lawak pun ye...patut flight aku pagi, dah berkobar nak fly flite penuh pulakk...so tunggu 2nd flite petang pulak.  Dapat fly petang, sampai kat Hong Kong dah malam, time tu nak masuk musim sejuk, tunggu luggage sekali luggage ilekkk...tanya staff kat situ, dicheck2 luggage masih kat KLIA.  Aduhhhh...tak bertukor la baju kecik baju besar gamaknya.

Sehelai sepinggang naik bas dari epot Hong Kong ke penginapan kat bandar.  Sejuppp giler...dengan baju itu jugak la tido.  Staff kat epot tu gtau, esok baru luggage sampai dan diaorang akan hantar terus ke penginapan.  Bertabah je la...

Orang nak fly la, hal kerja kita bincang lepas ai balik holiday okeyyy...kerja sampai mati pun tak  akan habis2.

Incik suami yang setia menjadi peneman...cia cia ciaaa

Suke letteww dah nak terbang.

  
Selambak muka dia hahaha...

Bab makan part yang paling aku suka..

Adekkk manisss, one of the crew

Dah sampai Hong Kong guyssss...


Keadaan sebegini memang akan jadi biasa bila kita travel.  Baca map adalah menjadi satu kemestian.

Trip buddies waktu tu.

 

View dari salah satu bukit yang menjadi tarikan pelancong.  Dari atas bukit ni akan nampak hampir keseluruhan Hong Kong.

Yang ni dah kenapa??  Banyak sangat tgk cerita kung fu, gini la jadinya.






Monday 30 October 2017

KONVOKESYEN EYA

Sabtu 28 Oktober 2017 hari bersejarah untuk adik bongsu aku Eya.  Hari ni jugak termerai lah dia sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Bahan).  Lepas ni banyak lagi liku-liku kehidupan sebenar yang akan lebih mencabar di alam pekerjaan.  Semoga akan lebih sukses lepas ni.  

Sepatutnya aku tak pergi konvo ni tapi disebabkan anak aku yang tak lama lagi akan menduduki peperiksaan SPM, aku pergi juga untuk bagi semangat tengok moksu dia grad.  Moga aura2 adik aku tu tempias kat Alia.

Alia pulak memang bersungguh sungguh nak attend konvo moksu dia.  Katanya, kat sekolah dia tahun ni takde buat pra-grad untuk pelajar tingkatan 5.  Dia agak frust.





Tiada apa yang lebih membahagiakan kedua orang tua bilamana melihat kejayaan anak-anaknya..





Semoga moksu sukses dimasa hadapan.  Untuk Alia, mama doakan kejayaan kakak setimpal dengan usaha.  Aminn...

Tuesday 24 October 2017

PHUKET

Bercuti tanpa sengaja...hahaha
Ada ke orang tak sengaja bercuti...tah pape tah.
Ni kisah aku dan suami.  Hari tu aku admitted kat hospital..vertigo kata doktor.  Doktor nasihat suruh rehat...okey doktor saya pergi berehat ye.

Admitted 2 hari aku dah menggelitik minta kuar hospital.  Bosan la wei dok spital.  Aku rasa kesihatan aku pon dah okey, aku minta balik.  Nasib baik doktor kata okeyyy.

Hari Khamis aku discharge, esoknya beli tiket dan booking hotel, malamnya hantar anak-anak balik kampung.  Budak-budak ni memang suka balik rumah neneknya.  Pagi2 Sabtu aku ke Phuket.  Nak rehat kannn.  

 

Sampai je sana terus cari simkad.  Banyak je kaunter2 kat situ offer simkad yang murah dan internet berkelajuan tinggi.  TB149.00 (RM19.37) untuk 8gb selama 7 hari.  Rate untuk TB10 = RM1.30.  Senang nak kira.

Selesai, kita cari minibus ke Patong Beach.  Minibus ni van je bukan la bus pun.  Harga tambang ke Patong Beach TB180/person = RM23.40 sehala seorang.  Kenapa aku ke Patong Beach? sebab aku booking hotel kat area situ.  Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam.  Van akan berhenti di satu syarikat yang menawarkan pakej2 Island Hoping dan macam2 aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian.  Aku dah baca blog2 orang lain, katanya tak perlu ambil dengan syarikat kerana harga lebih mahal.  Ditepi2 jalan merata2 orang akan jual pakej ni termasuklah kat hotel.  Harga lebih murah.

The Gallery Hotel Patong

Yang penting ada swimming pool, walau aku tak pandai berenang..nak jugak rendam2 kaki.  Aku tak suka mandi pantai, berpasir.  Dah sampai hotel tapi masih belum boleh check in.  Check in kul 2 petang.  Sekarang baru pukul 11 lebih.  Jom la kita ronda2 Patong Beach cari makan tengahari.  Kat hotel ni ada khidmat sewa motor.  Tapi motornya buruk hahah.  Aku pergi ke sebelah hotel, ada tempat sewa motor jugak.  Motornya baru.  Sewa motor sehari (24 jam) TB250.  Kalau pandai jek tokey kedai boleh dapat TB200.  Dapat motor dengan minyak full.  Esok pulang kene full jugak ye.

Jom jalan-jalan carik makan.  Aku nak cari Masjid area sini, tadi masa naik van ada nampak tapi tak pasti naik motor ni jumpa ke idak.  Area masjid memang banyak kedai makan halal.  
1st try..hampa.  Tak jumpa masjid tapi ada la jumpa kedai makan halal.  Belasah je la, janji halal dan boleh dimakan.  Lepas makan pusing-pusing area pantai lepas tu balik hotel untuk check in.  Dah kenyang mata pun ngantuk.

Tadaaaaa...

Mineral water

Lepas bersihkan diri, solat..tido, ngantuk wei.  Keluar dari rumah mak pagi tadi awal bebenor.  Petang nanti kita keluar lagi cari masjid ye.


Petang tu aku keluar lagi nak pusing explore area Patong ni.  Jumpa jugak bila tanya-tanya orang kat sini.  Tapi yang kelakar, bila kita tanya mosque dorang tak tau, rupanya dorang sebut masjid jugak.  Ni namanya Masjid Nurul Islam.  Berdekatan dengan masjid ni, kiri kanan depan.. memang berderet kedai makan halal.  Dan kat sini memang terkenal dengan makanan berasaskan pulut.  Pulut manis, pulut mangga, pulut ayam, pulut daging.  Semua pun nampak sedap.




Mampu pegang je..harga lobster lebih kurang RM220/kg.






Muka puas hati depan makanan.  Makan malam di KUSUMA SEAFOOF.  Kedai ala-ala food street tapi mahal bebenor.

Malam minggu.



Syurga makanan.

Elephant Tracking TB1400/2 person.  Menangis tokey bila laki aku minta diskaun hahah..

Kedai makan kecik macam ni pon ada free wifi.  Tak kedekut.  @Hawa Kitchen.

Ini memang sedap sangat.


Hari ni makan di kat sini.  Sedap dan murah.  Lokasi seberang jalan masjid.  


Phuket FantaSea


Banana pancake coklat

Phad Thai aka kue teow goreng.  Sedap!

 
Sambil makan sambil tunggu sunset..kenyang dah moh ler kita balik.  Sebelum balik hotel singgal kat satu booth untuk arrange minibus esok untuk ke airport.  TB200/person.  

Sebelum check out..kita berendam jap.  Pukul 10 pagi check out dan menuju ke airport.

Tamat percutian honeymoon kekonon sambil jalan-jalan cari makan selama 3h 2m.
























SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...