Monday 22 December 2014

Birthday Adam Darwish

Hampir terlupa, hari ni birthday Adam Darwish yang ke-8.  Pejam celik pejam celik, dah besar anak mama yang lahir sebesar tapak tangan tu.  Walau mama terpaksa melahirkan Adam lebih awal, Adam cukup sifat tapi masih ada kekurangan.  Adam anak istimewa.  Ada kelebihan...ada kekurangan.  Tapi aku terima dia seadanya.  Dia amanah dari Allah buat aku sekeluarga.  Masih terngiang2 kat ingatan aku masa melahirkan dia, lahir tidak cukup bulan.  1.2kg aje.  Boleh bayang tak dengan berat segitu, besar mana dia.  Banyak dugaan selepas melahirkan dia.  Doktor bagitau, anak yang lahir 'premature' ni memang daya tahan badan tak kuat.  Dah la lahir tak cukup bulan, 'hernia' pulak.  Hati ibu mana yang tak sedih.  Baby kecik 'hernia' pulak.  Tiap2 malam dia menangis.  Tiap kali dia menangis aku pun nangis huhu.  Nampak je luaran aku ni kental tapi dalam hati ada taman.  Alhamdulillah, dah buat operation semuanya kembali normal hingga la dia berumur lebih kurang 3-4 tahun dapat tau plak dia ada sikit masalah pendengaran dan tonsil.  Wahhh hebat sungguh dugaan aku membesarkan anak ini.  Dia bukan pekak cuma kurang pendengan sikit.  Patut la kat rumah suka dengar tv kuat2.  Kat sekolah cikgu pulak cakap dia tak boleh concentrate bila cikgu mengajar.  Bila disiasat baru tau dia tak dengar, tu sebab dia bagi perhatian kat apa yang cikgu dia cakap.  Buat operation lagi untuk buang tonsil dan masuk 'cromet' sejenis tiub kat dalam telinga.  Adam oh Adam.  Alhamdulillah dah ok dah sekarang cuma dia disahkan sebagai 'slow learner' oleh doctor pakar....tu sebab aku panggil dia 'istimewa'.
 


 




 

Dengan adik dia...kawan gaduh kawan tido kawan main, kawan wrestling.  Semua nak kene sama, dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau boleh nak sama.   Haisshhh!!!
 
Sangat excited.
 
Cukup sederhana tapi sungguh bermakna.  Mama doakan moga panjang umur, murah rezki, jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.  Ucapan ni juga ditujukan untuk semua anak2 mama.
 
 

 
Happy 8th Birthday Adam Darwish!

 

No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...