Monday 11 October 2021

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga.

Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak dorang g berenang kat pulau2 yang cantik.  Kali ni aku bawa sekali anak buah aku.  Si kakak aku tak bawa memandangkan dia kat kolej tak boleh nak cuti.

 Walau teruja, SOP tetap kena jaga ye anak2😎.  Masa plan trip ni, ada dengar2 di Sabah akan buat pilihan raya.  Kita tawakal je la.  Musim2 covid ni sibuk nak buat pilihanraya, pelik betul dengan orang2 politik ni.



Bila tengok anak2 seronok dan excited kita pun jadi lega.  Takut time2 PKP ni memasing stress, makan dalam.  Benda kita tak nampak kan, takut emosi masing2 terganggu.  Kesian anak2 zaman millenium ni bila diuji dengan covid, semua kena duduk dalam rumah je.  Minda tak berkembang.

Sesampai je Tawau terus gi amik kereta sewa.  Sehari sewaan RM150 untuk sebuah kereta Alza dari Syarikat Unicity Car.  Senang berurusan serahan kereta dan nak pulang kereta.  Dari airport Tawau ke Semporna lebih kurang 1 jam perjalanan.

Sesampai je kat Semporna hari pun dah menjelang tengahari, memasing pun dah lapar.  Cari kedai makan dulu, kita isi perut pastu baru cari hotel.  Aku akan menginap kat Hotel Sipadan Inn 3. Harga aku dah lupa la, pegi la gugel sendiri ye memandangkan trip ni pun dah hampir setahun berlalu. Tapi serius hotel ni memang strategik, view yang sangat cantik.


Nice view kan???




Dari balkoni bilik ni pun dah boleh nampak laut.  Tenang je rasa.


Petang2 boleh turun dari hotel dan jalan2 kat tepi2 laut tempat kapal2 ikan berlabuh.  Kat area sini jugak kalau takde musim covid ni, ada pasar malam yang best.  Macam2 makanan laut ada, fresh pulak tu.

1st day ni takde aktiviti sangat pun, jalan2 menikmati pemandangan je.  Sok pagi2 baru kita jelajah pulau2 yang ada.  Aku amik pakej dengan company Windia.  Ada banyak pakej pulau, aku amik yang ada ke pulau Mabul.  Aku nak tengok yang orang kata Mabul tu sangat cantik.
Selain Mabul ada lagi 2 pulau yang dorang akan bawa kita.  Pakej yang aku amik ni harganya RM80 termasuk makan minum tengahari, jaket, snorkeling dan insuran kalau tak silap.  Entrance pulau sekali tapi tak termasuk entrance ke Pulau Mabul, tu charge lain.


Memasing excited nak explore pulau2.



Ni area Pulau Mabul, subhanallah...dengan air yang jernihnya...terkedu tengok sbb cantik sangat.


Anak2 Bajau laut.  Meraih simpati kita meminta sedekah atau dorang berniaga hasil laut atau air kelapa fresh.  Tapi kita kena hati2 la, sbb sebelum ada kejadian kecurian.  Jangan leka, dorang suka datang kat bot2 kita, kalau ada yang jahat tangan tu sempat dia mencopet.  So barang2 berharga/dompet kena simpan leklok.



Penakut dengan air hahaha..












Lobster besar ni dalam RM80-100.  Pandai2 la nak ngejas harga dengan orang Bajau laut ni.  Selain lobster, ada juga seafood lain yang dijual.  Agak murah la compare kat semenanjung ni.  Kita boleh beli seafood ni then bila naik ke darat cari kedai2 makan minta dorang masak untuk kita.

Balik dari Semporna ni meletup2 kes covid naik.  Kami balik dari Tawau ni sampai di airport KLIA dikehendaki untuk membuat swab test dan dikuarantin 14 hari.  Sabor je la.
Experience betul.


Alhamdulillah setelah kuarantin 14 hari kami semua disahkan negative. Syukurrr















SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...