Monday 29 December 2014

Roti Sosej Gulung


 
Ini 1st time aku try buat roti ni.   Waaaaaa!!! kenapa tak sama dengan yang beli kat kedaiiii....tensen mak jemah.  Dimanakah silapnye...dimana..dimana??????
 
Bahan2 yg aku gunakan :
 
500gm tepung roti
Sepeket Instant Yis Mauripan
Sikit garam
Sikit gula
100gm marjerin
2 sudu bread improver
Fresh milk
2 biji telur
1 biji telur untuk sapu atas roti
 
Dimanakah kekurangannye????


Friday 26 December 2014

Sambal Telur Pecah



Buntu tak tau nak masak apa.  Akhirnya ini la hasilnya.  Ayam goreng tepung dengan sambal telur pecah.  Walau simple tapi anak2 aku suka.  Abaikan ayam goreng yang terhangus sikit tu.  Kalau cepat memang camtu.  Api dapur kemain besor.  Patutnya tadi api ala2 je hehe...nak cepat siap, cepat leh rehat.

Tahun Paling Malang 2014

Tersentuh bila melihat kawan2 fb mengepost gambar2 keadaan di kawasan yang dilanda banjir yang teruk.  Banjir yang bagi aku amat dahsyat.  Tanpa bekalan makanan, perhubungan terputus, tiada ubat-ubatan.  Sekolah, Hospital dan banyak tempat2 awam tenggelam.  Ya Allah! Kau ringankanlah bebanan mereka.  Bantulah mereka Ya Allah!.  Tahun ini adalah tahun yang agak malang bagi kita rakyat Malaysia.  Satu2 musibah Allah turunkan kepada kita.  Seolah2 Allah memberi amaran kepada kita.  Mungkin terlalu banyak kemungkaran yang berlaku.  Aku mendoakan agar mangsa2 banjir lebih kuat mengharungi dugaan ini.  Kami yang tidak terlibat ini sentiasa mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan kalian.  Aku tidak dapat membayangkan jika aku sekeluarga berhadapan dengan dugaan seperti ini. 
 


 
Bukan sahaja di bahagian Timur Malaysia yang terlibat banjir, kini di Shah Alam juga mengalami banjir tetapi tidak seteruk di sana.  Hati aku pun tak tenang sebab keluarga aku di area Shah Alam.  Moga Allah melindungi kaum keluargaku di sana.  Bagi yang termampu, bantulah mereka seadanya.  Mereka memerlukan pertolongan dari semua pihak.  Salurkanlah bantuan dimana2 saja.
 
 
'PRAY FOR PANTAI TIMUR'


Back To School



Tak lama lagi sekolah dah nak buka.  Macam2 bende nak kene sedia.  Fening mak apak korang ni nak! 

Anak-anak memang dah get ready je.  Yang tak berapa nak ready mak ngan apak ko ni hahaha...Tapi ye lah, sebagai mak bapak dah tentu kita kene siap siaga menghadapi hari persekolahan ni awal-awal lagi. Biarlah susah mana pun, keperluan anak perlu disediakan.  Takkan aku nak biar anak aku tak sekolah pulak ye tak? Yang jadi anak pun jangan nak demand sangat ye, apa yang disediakan tu terima aje.  Janji boleh pergi sekolah, belajar.  Itu yang paling penting.

Excitednye la anak, anak sape ni??? cer teka..hahaha.  Dah tentu anak aku.


Cuti Krismas dipenuhi dengan aktiviti jahit menjahit lencana sekolah.  Alhamdulillah dah 98% keperluan dan buku2 sekolah siap.  Tinggal sikit2 je lagi.

Debor jugak nak mula sekolah ni.  Si adik dah start nak ke alam persekolahan sebenar.  Nanges ke tidak?  Pandai ke tidak nak belanja kat kantin sekolah? Oh! mak ko yang risau lebih ni.  Jangan la wat hal ye dik. 
 


Nampak cam kental tapi tak tau la 1st day sekolah nanti.


Wednesday 24 December 2014

Ayam Blackpepper

 
Jangan tanya kenapa ayam blackpepper aku tu tak kaler hitam.  Aku takde jawapannye.  Ini lauk tengahari tadi.  Terkejar2 balik rumah dari opis..terus masuk dapur.  Ini je yang sempat aku masak.  Resepi mcm biasa, campak2 
 
 
Bahan-bahan :
Ayam
Bawang merah, bawang putih, halia (blend untuk tumis)
Bawang besar (hiris)
Sos blackpepper
Daun bawang untuk hiasan


SELAMAT MENCUBA!


Steamboat Ala Johnny's

Disebabkan pagi ni dah terSENTAPP! dengan seseorang, makanya nak sejukkan hati...mari kita makan2 bersama kawan2 kat opis.
 
Nah kooo! membuak2 dalam periuk sampai nak terkeluar.  Fuh! mabeles.
 
Kemain sonok semuanya nak makan2.  Muka ada senyummmmmm :)
 
 
Punya la layan steamboat ni...sedap...mantap...sorang 2-3 mangkuk termasuk la aku sendirik.  Harapan lepas makan 2-3 mangkuk ni hatiku leh sejuk sikit.
 
 
-I'M A FOOD LOVER-

Monday 22 December 2014

Ikan Patin Tempoyak

 
Lauk ni bukan la kegemaran aku tapi kegemaran anak perempuan aku...boleh je aku makan cuma bukan peberet.  Seumur hidup aku, ni 1st time aku masak lauk ni.  Demi untuk mu kakak.  Cubaan pertama, not bad..rasanya boleh tahan laaa.  Selalu kalau kitaorang pegi trip mana2 yang melalui Hentian Temerloh, mesti berenti makan lauk ni kat situ.  Request by kakak ler.  Layankan aje.
 

Macaroni Carbonara

Setelah seminggu kakak dan adam kat rumah nenek, semalam dah berkumpul semula semua anak2.  Rumah kembali riuh macam biasa.  4 orang anak riuhnya macam ada 10 orang dalam rumah.  Pagi2 ni sempat sediakan sarapan tuk dorang kat rumah.  Almaklum dah seminggu tak dapat rasa air tangan mak ko ni.  Rindu kan...rindu kannnn.
Toksah kata anak2 suka, mak dorang pun suka gak.  Tapi tak sempat nak bawak bekal tadi.  Mampu tengok je la.  Takpe, asalkan anak kenyang, mak senang.


Birthday Adam Darwish

Hampir terlupa, hari ni birthday Adam Darwish yang ke-8.  Pejam celik pejam celik, dah besar anak mama yang lahir sebesar tapak tangan tu.  Walau mama terpaksa melahirkan Adam lebih awal, Adam cukup sifat tapi masih ada kekurangan.  Adam anak istimewa.  Ada kelebihan...ada kekurangan.  Tapi aku terima dia seadanya.  Dia amanah dari Allah buat aku sekeluarga.  Masih terngiang2 kat ingatan aku masa melahirkan dia, lahir tidak cukup bulan.  1.2kg aje.  Boleh bayang tak dengan berat segitu, besar mana dia.  Banyak dugaan selepas melahirkan dia.  Doktor bagitau, anak yang lahir 'premature' ni memang daya tahan badan tak kuat.  Dah la lahir tak cukup bulan, 'hernia' pulak.  Hati ibu mana yang tak sedih.  Baby kecik 'hernia' pulak.  Tiap2 malam dia menangis.  Tiap kali dia menangis aku pun nangis huhu.  Nampak je luaran aku ni kental tapi dalam hati ada taman.  Alhamdulillah, dah buat operation semuanya kembali normal hingga la dia berumur lebih kurang 3-4 tahun dapat tau plak dia ada sikit masalah pendengaran dan tonsil.  Wahhh hebat sungguh dugaan aku membesarkan anak ini.  Dia bukan pekak cuma kurang pendengan sikit.  Patut la kat rumah suka dengar tv kuat2.  Kat sekolah cikgu pulak cakap dia tak boleh concentrate bila cikgu mengajar.  Bila disiasat baru tau dia tak dengar, tu sebab dia bagi perhatian kat apa yang cikgu dia cakap.  Buat operation lagi untuk buang tonsil dan masuk 'cromet' sejenis tiub kat dalam telinga.  Adam oh Adam.  Alhamdulillah dah ok dah sekarang cuma dia disahkan sebagai 'slow learner' oleh doctor pakar....tu sebab aku panggil dia 'istimewa'.
 


 




 

Dengan adik dia...kawan gaduh kawan tido kawan main, kawan wrestling.  Semua nak kene sama, dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau boleh nak sama.   Haisshhh!!!
 
Sangat excited.
 
Cukup sederhana tapi sungguh bermakna.  Mama doakan moga panjang umur, murah rezki, jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.  Ucapan ni juga ditujukan untuk semua anak2 mama.
 
 

 
Happy 8th Birthday Adam Darwish!

 

E-Day My Sis

Ini kisah semalam.  Tahniah to Kakcik, sudah menjadi tunangan orang.  U look gojes, ikhlas from the bottom of my heart, hahaha.  Seriesly, ko sangat cantik semalam.
Suke ko ekk...melangkah bendul yang ada..sian abang hihi.  Tapi abang apadehal, bikers kental katanya.

Abang, dun worry..your turn will be coming soon. 


Tahniah to both of u!

Nice...tengok ler sape yang jadik penasihat hehe.

Tu yang pakai baju kaler gold tu adik bongsu aku.  Dia tu selalu jadik pesaing kakcik.  Kalau berdua ada kat umah, tak aman dunia.  Asik berkejar2...tarik2 rambut dorang ni.  Ish ish ish...adik sape la ni.

Tu mak ngan abah aku yang aku sayangi.  Ko tengok muka bapak aku tu memang sejak azali cenggitu.  Susah naww nak senyum.  Muka ketat je.  Ape pun dia tetap bapak aku walau kekadang memang kami tak sependapat.  Mak aku?? Seorang mak yang aku kagumi.

Tu semua makcik2 aku.  Pakai baju biru tu Mak Su aku.  Umur kami tak jauh beza.  Semua ni adik2 perempuan mak aku.  Muka semua sepesen jek.  Yang beza saiz.  Tapi kenapa aku nyer saiz paling besar waaaaaaaaaa! Eh..aku ikut saiz mak aku.  Idola aku tu.

My girl...kesayangan kakcik tu.

Sebelah aku tu, adik no. 2 aku yang selalu SENTAPPPP! hahaha

Pic last kasik can kak long dgn abang long kawasan beraksi plak hahaha.


21 DISEMBER 2014




Friday 19 December 2014

Mak..mak pergi pasar nak beli ape?

Hari ni rasa macam nak masak lemak ketam. Jom kita tengok kat pasar...ade tak ketam??


Misi mencari ketam.

Dah berpeluh2 satu pasar aku tawaf, akhirnya dapat gak si ketambola.  Siap sedia untuk dijadikan lauk tengahari ni.

Tu diaaaa...siap!

Selamat menjamu selera!

Thursday 18 December 2014

Daging Goreng

Resepi ni aku dapat masa aku gi Vietnam dulu.  Tiap kali aku ke sana supplier aku akan masakkan lauk ini untuk aku.  Memang sedap, senang nak sediakan.  Bahan2 pun tak susah nak dapat.
Ni la rupa daging yang aku dah rebus sekejap dan aku hiris nipis2.  Tumbukkan bawang putih 3-4 ulas, gaul dengan kicap manis sikit dan sos tiram sikit.  Pastu perap.  Kalau ko rasa nak masak bende alah ni tghri, ko perap la dari pagi.

Goreng dgn api perlahan, buh la garam ngan lada hitam sikit perisa sikit.  Agak2 dak nmpk garing sikit buh la hirisan bawang besar.  Tadaaaaaa...dh siap. 

Lauk aku tengahari ni.  Jemput makan.


Tempe Berempah

Kalau dah nama ko berbintikan 'ASMUNI', takyah la ko nak ngaku ko tu melayu sangat la liza oiii..
Darah yg mengalir kat badan tu dah tentu darah jawa.  Kalau namanya jawa dah tentu takleh lekang dengan tempe.  Ko gi la jauh mana, pelusok mana, negara maju mana pon.. ko tetap nak berbekalkan sambal tempe.  Betul tak?  Aku bangga aku anak Jawa.  Petang tadi tetiba tekak nak makan tempe goreng.  Gagahkan diri gi pasar carik tempe.  Ikutkan hati nak balik umah terus tapi sebab nak layan tekak ni...pergi carik la jugak.  Laki aku pon suka makan tempe goreng cicah sambal kicap, johor style. Dulu aku tak berape reti nk mkn cicah2  sambal kicap ni tapi bila dah kawen ngan incik somi ni dah pandai dah.  Orang johor ni plak kekadang pelik2, segala bende kalau boleh nak cicah sambal kicap. Dari goreng pisangnya sampai la ke mee siput goreng dicicahnya.  Tak paham aku.

Pesanan untuk laki aku : Bee..u jangan risau, i dah tinggalkan sikit utk u.

Wednesday 17 December 2014

LONDON

Trip ni aku gi bersekalian dengan Paris aritu.  Excited nau aku ngan anak2.  Nak ke London katanya.  Dalam excited2 tu gentar jugak la, kang nak tanya2 kene cakap omputih, risau aku dorang yang tak paham apa aku cakap haha.  Aku takat broken English tu boleh la sikit2.  Ape pun aku ni kira berjiwa kental, ku redah jua.  Takut tu belakang kira.
 
Hah! ko tengok, bag macam nak pergi berbulan2.  Bag yg pink tu penuh ngan stok makanan tu.  Segala beras, snack, ikan bilis bagai...belacan je aku tak bawak haha.  Macam kat sana takde jual.  Memang ada jual, mahal la tapinya.  Aku ni kan pergi percutian bajet.
 
 Dah sampai London, sungguh teruja tapi masa kat Imigresen dia cuak gak.  Banyak nau yang ditanya.  Nasib baik aku leh jawab dengan tenangg je.  London nyer english still aku leh paham.  Jangan macam kat Ozzie, jenuh nak paham bepende yang dia sebut. 
 
Tu orang kuat aku merangkap bodyguard merangkap kekasih awal dan akhir aku cewaahhh.  Mau tak kuat...tengok saiz la kan, cer try tolak kompom tak tombang la.


 Ni apartment yang aku stay.  Apartment ni kawan aku punya kawan punya.  Ko paham tak apa aku cakap tu.  Tak paham dah la.  Dia ni Datin tapi baiknye laa.  Aku suka orang camni, apa ada pada pangkat dan darjat kan.  Memula aku tak tau pun dia datin.  Very humble.  I lap u Kak Aida hehe.  Sape nak stay sini, cam biasa roger hakak ko ni.  Tengok le hero2 aku tu...haisshh tak reti sejuk ke korang ni.
 
Sejukkk
 
Hop On Hop Off London
 
Masa ni dok menggila dengan turban Yuna hahahah.
 
 
Tu London Tower ye bukan London Bridge.  London bridge dah falling down.  Harap maklum.
 
 
 
Ini tah ape kenama tugu.  Aku pun tak ingat dah.
 
 
Area Buckingham Palace.  Elok pulak budak berdua ni, selalu bercekau je.
 
Depan istana Buckingham.  Nampak tak kat belakang tu Prince William dengan Kate lambai2. 
 
Kemain baring lagi korang ye...kene tungau baru tau.
 
Autumn/Winter
 
Alahai...sayup2 je Nampak Big Ben kat belakang tu.
 
Langsung tak bagi can tau bebudak ni.  Mak korang ni baru je rasa nak bernapas kat dalam kedai ni, cuci mata dah korang wat aksi Ultraman melawan raksaksa.  Sudahnya mak ko ni hampa...dah..dah...jom kuar sblm guard kat kedai ni halau kita. Huh! APTB.
 
Kat Victoria Station nak nunggu bas ke Paris.  Time ni memang bateri dah low.  Takpe dalam bas nanti tido la korang.
 
Bersambung kat entry Paris.
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 


SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...