Sunday 21 January 2018

KOREA 2018



SELAMAT TAHUN BARU 2018!

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang dah lepas.  Pada 3-6 Januari 2018 aku  memenuhi hajat anak perempuan untuk ke Korea.  Dah lama dia teringin nak ke sana.  Lepas habis exam SPM hari tu kami pun dok bincang-bincang untuk trip ni.  Kawan opis aku Meslina tak ketinggalan untuk sama-sama join.  Perancangan yang kami buat lebih kurang 2-3 minggu saje.  Dalam tempoh tu la dok cari-cari penginapan, study subway dan rancangan perbelanjaan.  Last minit adik bongsu aku pun ikut sekali trip ni.  Jadinya kami berempat akan ke Seoul.


Sepatutnya flight kami pada 2 Januari  jam 11.30 malam tapi delay ke jam 2.30 pagi 3 Januari.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Aku akan sampai ke Seoul lebih kurang jam 9.30 pagi waktu tempatan.


Tercapai hasrat budak ini.

Ini adik bongsu aku...jangan ditanya kenapa adik beradik aku semua kecik-kecik molek.  Aku? molek juga hokeyyy hahaha....

 Keluar je dari arrival hall..di sebelah kiri cari kedai macam 7E untuk membeli T-Money.  T-Money ni fungsinye macam kad touch N go.  Boleh digunakan untuk subway, bas, teksi dan kedai-kedai serbaneka.  Harga kad W2500 (lebih kurang, sbb tak ingat tapi untuk kad sahaja).  Kad perlu ditambah nilai.  Aku top up hanya W30,000 saja.  Jangan bimbang, mesin top up akan berada di setiap station subway.

Image result for t-money card
contoh kad T-Money

Anak perempuan aku ni memang rapat dengan moksu dia.

Lepas selesai urusan beli kad, kami menuju ke train station untuk ke Seoul Station.  Aku pilih All Stop Train, tambangnya murah berbanding Express Train.  Tambang boleh rujuk kat bawah ni.  Aku akan berhenti di Seoul Station dan tukar train untuk ke Chungmuro.  Penginapan kami di Come On Guest House Myeondong.

Train station terletak bersebelahan dengan airport, jadinya kami perlu keluar dari main building airport dan ke bangunan sebelah.  Keluar je dari building...Ya tuhan...rasa nak membeku.  Ditepi bangunan ada kolam air pun frosted.  Macam tak percaya, tapi percayalah.


Train yang sangat selesa.



Airport Railroad Express (AREX)

Fare (Incheon International Airport Station Seoul Station)
·         Express Train: Adults 14,800 won (Standard fare) / Children 6,900 won
* Special discount is currently available as follows until further notice: Adults 8,000 won
·         All Stop Train: Adults 4,250 won
* Above fare is based on a standard one-time use transportation card (excluding 500 won refundable deposit). Deposit can be refunded at the arrival station.
  


Aku sarankan kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Korea atau mana-mana destinasi lain, sebaiknya korang melanggan pocket wifi dari Malaysia.  Untuk wifi ni aku hanya perlu membayar RM20/hari dan boleh dikongsi 5 device dalam satu masa UNLIMITED.  Itu yang penting, murah dan jimat kan.  Aku langgan Samurai Wifi.

Sampai di Station Chungmuro exit 1, keluar dari station betul-betul depan ko ada Hotel DOMA (sila dongak ke atas sebab signboard hotel mmg tak nampak kat bawah).  Kami mencari signboard hotel bagai nak gila..bila dongak ke atas baru nampak.  Jalan terus dan akan melalui Burger King, belok kanan dan jalan terus dalam 1 km.  Come On Guesthouse Myeondong disebelah kanan sahaja.

Keluar saja exit 1, sebelah kanan ada tempat ni.

Sampai di Guesthouse baru jam 1 lebih.  Check in jam 3 petang.  Mr. Sunny penjaga guesthouse yang sangat baik hati.  Bilik kami belum tersedia, kami meminta izin untuk menggunakan shared kitchen yang disediakan untuk makan.  Cuaca sejuk harus perut berkeroncong.  Lepas kenyang isi perut rehat-rehat diruang makan, kami difahamkan bilik telah siap dan kami di bawa ke bilik yang ditempah seminggu sebelum.  Bilik yang dipilih Family Studio yang dilengkapi dengan private bathroom dan kitchen.  Sangat selesa, yang penting ada dapur tu...aku kan mak-mak.  Pergi mana pun tetap nak masak.  



Nampak tak apa atas peti ais tu?  Stok makanan dari Malaysia.

Lepas mandi (mandi ke?? haha) tak mandi pun, sejuk ya amat...cuci yang penting2 solat2, kami ke tempat pertama Namsan Tower.  
Myeongdong Station (line 4), exit#3..jalan terus melepasi 7 eleven sampai jumpa Pacific hotel. Berdiri berdepan dgn Pacific Hotel, pilih lorong di sebelah kiri anda. jalan terus mendaki bukit hingga ke cable car. Cara ini sgt penat kerana perlu mendaki beratus2 anak tangga utk sampai ke puncak.  Cara kedua dari Chungmuro Station exit 2, ambil bas no. 2 (tambang W800 sehala).

Tiket untuk cable car ke tower adalah W6000 sehala dan W8000 round turn.  Kami sampai di tower hampir jam 5, suasana semakin gelap.  Kebiasaannya pada musim sejuk waktu siang sangat pendek.  





Suasana semakin kelam dari atas bukit.

Saki baki salji ditepi-tepi bukit Namsan Tower.



Kau kunci cintaku dalam hatimu..chia..chia..chia...




Sejuknya lahaiii...dah2 jom turun.

Perut dah laparrrr...jom cari makan.  Kali ni nak g redah Myeondong Street cari makan.  Jom!!

Keluar je dari Myeondong St. exit 8 jalan terus je.
Nampak uniqlo belah kanan dan nature republic belah kiri. Ambil lorong pertama belah kanan. Jalan terus dan jumpa (jalan 5 minit je). Keluar exit akan jumpa street yang menjual macam-macam skin care.  Tempat ni aku tak minat sangat.  Ni tempat kesukaan adik aku.  Aku nak cari kedai makan Yoogane Myeondong.  Ramai muslim yang aku jumpa makan di sini, dan kebanyakkannya datang dari Indonesia dan Malaysia. 





Marinated Seafood Fried Rice.  Menu ni akan diserve bersekali dengan side dishes, tapi self service.  Kena ambil sendiri ditempat yang telah disediakan.  Air kosong jugak diberikan secara percuma.  Jimat!


Lepas makan jelajah street.




Lautan manusia di Myeondong Street.

Udang goreng tepung 6 ekor W5000=RM18.00 (tak payah lah..kat Malaysia pun ada udang)

Seketul ubi manis W3000=RM11 (pun tak payah la, rebus sendiri kat umah je)

Dah malam, jom balik.  Kaki dah sakit.  Sambung....



  












SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...