Hari Keempat....
Sesampai je Paris Gare Du Nord Station, hujan renyai2. Trip sebelum-sebelum ni, aku ke Paris naik bas je, dan berhenti di stesen bas Gallieni. Kalau naik Eurostar Train ni akan berhenti di Gare Du Nord St. Tempatnya luas sama macam di St. Pancras St. London. Turun saja aku terus cari mesin untuk beli Ticket t+. Kalau beli satu harga E1.90 dan kalau beli sekali 10 pcs akan jadi E16.90. Cara kegunaan korang boleh gugel ye.
Disebabkan masing-masing duit note besar-besar terpaksa q kat kaunter untuk beli tiket. Lepas beli tiket, kami terus ke platform 31 kalau tak silap aku. Tak sure boleh tanya pekerja di kaunter. Dikawasan platform aku tengok ramai polis sedang bertugas. Naik seram pulak. Rasa insecured. Polis memang sentiasa berjaga-jaga oleh sebab mogok. Aku pulak rasa sangat tak selesa kerana terlalu ramai orang berkulit hitam. Terasa seperti aku berada di Afrika. Dulu aku rasa orang kulit hitam ni takde la ramai sangat. Kali ni serius aku katakan memang terlalu ramai. Aku rasa kawalan kemasukan warga asing tidak ketat, itu yang menyebabkan ramai puak2 pak itam ni masuk negara ni dengan sesuka hati. Hari semakin gelap tapi jam baru menunjukkan pukul 6 lebih. Aku harus lebih berhati-hati ketika berada disini. Berasak-asak dalam train tu dah menjadi kebiasaan kat sini.
Kediaman kami beberapa station dari Gare Du Nord. Sampai di stesen Aulnay-Sous-Bois. Rumah ni serius memang cantik dan moden. 1 je kelemahannya, berada di tingkat 2 dan takde lift. Masing-masing dah la bag berat macam batu. Nasib baik tuan rumah tinggal di tingkat 1 dan dia yang tolong kami angkat bag naik atas. Aku tempah rumah dari Airbnb. Harga untuk 2 malam, 6 orang lebih kurang RM1380.00. Rumah ni ada 2 bilik tidur dan sofa bed di ruang tamu. But serius, rumah ni lebih luas dari rumah di London.
Ni bangunan kediaaman.
Dapur yang kiut miut tapi best sbb lengkap.
Lorong nak ke dapur (kiri) dan bilik (kanan)
Pemandangan dari ruang tamu rumah. Bangunan depan tu la train station Aulnay-sois-Bois. Memang dekat gile. Kiranya lokasi memang sangat strategik. Lagi satu, di kawasan berhampiran terdapat restoran-restoran halal. Memang mudah.
Ni tuan rumah siap bagi map. Senang hidup sis hehe
Sampai je letak bag, kami turun semula cari makan. Hari pun dah gelap, Mes tak ikut kami pergi makan, dia penat dan nak berehat kat rumah je. Tuan rumah kata kat sebelah bangunan ni ada restoran Thai. Kami dok cari2 tak jumpa. Rupanya kedai tu tutup. Kami sambung cari kedai lain, jumpa la restoran fast food macam KFC. Sebat je la, dah lapor. Dah kenyang, balik bersihkan diri dan tido. Esok nak keluar awal.
Hari Pertama di Paris.
Hari ni aku keluar awal pagi untuk ke Gare Du Nord. Dari situ kami akan menaiki bas City Tour (hop on hop off), tiket beli secara online di Malaysia. Harga lebih kurang macam kat london cuma murah sikiiiiiit. Itupun mungkin sebab currency exchange. Malangnya di Paris memang sangat sukar untuk berkomunikasi. Sebilangan kecil sahaja yang boleh berbahasa inggeris. Aku bercakap dengan dorang dah macam ayam dengan itik bercakap. Nak tanya lokasi bus stop City Tour ni ambil masa yang sangat lama, tercari-cari. Yang bagi informasi pun tah pape. Kejap kat sini, kejap kat sana. Fening aku. Tapi akhirnya kami jumpa juga tempat tunggu bas tu. Disebabkan kawasan Gare Du Nord ni bukan di dalam kawasan bandar, kami perlu bertukar2 bas city tour untuk sampai ke bandar. Ada map tak jadi masalah. Kalau cuaca di London sejuk, kat sini 2x ganda sejuknya. Dah la sejuk angin kuat pulak tu, memang menggigil la kami.
Dalam train dari rumah ke Gare Du Nord. Train kemain lawa lagi. Dah macam dalam kelab malam.
Punya la kuat angin terherot berot tudung.
Serius sejuk giles
de louvre museum
Geng marhaban tudung pink hihi
Bergambar disebelah terusan di Paris
Sejuk oiiii, kuat giler angin, berdiri rasa nak tombang.
Eiffel Tower
Lapor wei sejuk-sejuk ni...muka pun dah nampak naw letihnya tu..makan tenghari kul 4 petang. Dapat makan nasi arab...ya ampunn sonoknye mcam tak jumpa nasi setahun
Satisfied!
Hari kedua di Paris
Hari ni plan nak ke La Valle Village outlet. Hari ni juga kami ke check out kul 12 tengahari. Tapi kami takut kalau soping tak ingat donia, mau terlajak2 masa. So kami minta kebenaran untuk check out lewat jam 3 petang. Train balik ke london jam 6.30 petang.
Hari ni hari bekerja, ditambah dengan mogok dan laluan train banyak yang tutup so train akan jadi macam sadin. berasak asak. Sabor je la..
Wall art kat Gare Du Nord St.
Since outlet buka jam 10 pagi...kita lajakkan sikit satu station, singgah kat Disneyland dulu la. Tak masuk pun, ambik gambor jerr. Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam. Perlu tukar train memandangkan Disneyland dan outlet berada di kawasan luar bandar.
Dah sampai outlet. Semorang macam hilang arah menyoping hahaha.
Untuk anak dara ai yang sorang tu. Dia je yang suka benda2 macam ni.
Hasil tangkapan, muka puashati. Dah jom balik, duit pun dah abis🙊
Sebelum kita check out, kita lunch dulu area rumah ni. Kedai masakan thai halal.
Moh ler kita check out dan pulang ke pangkal jalan. Last pic bersama host Sabine. Sangat baik, peramah dan humble. Sape nak pegi Paris bolehlah duk kat rumah dia.
Sampai di airport Heathrow kul 9.30 malam. Kena overnite di airport satu malam sebab, nak check in di kaunter tiket seawal pagi esoknya. Tido la kami seperti gelandangan dalam airport ni. Tapi kami dah biasa.
Selepas melepasi immigresen. Di dalam kawasan duty free. Last kopek soping, habiskan duit2 syiling yang ada :)
Sarapan pagi di Restoran Lebanon halal.
Kenyang la buat masa ni. Jap lagi kul 10.30 pagi dah fly back. Dalam kapal boleh makan lagi.
Alhamdulillah selamat sampai ke tanah air tanpa cacat cela, cuma lenguh badan dan sakit kaki je, tapi semuanya berbaloi. Aku suka dan mereka gembira. Tq Allah kerana telah melindungi kami sepanjang trip ni. End trip 2020
Ringkasan Perbelanjaan kami (tanpa tiket sebab tiket kami special🙊)
(Tidak termasuk duit shopping dan duit train dalam bandar)
HOTEL
LONDON 3 MALAM |
400 |
HOTEL PARIS 2 MALAM |
230 |
EUROSTAR TRAIN RETURN |
570 |
HOP ON HOP OFF LONDON &
PARIS |
395 |
DUIT MAKAN LONDON & PARIS |
250 |
TABUNG KECEMASAN |
100 |
TOTAL |
1945 |