Monday 11 October 2021

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga.

Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak dorang g berenang kat pulau2 yang cantik.  Kali ni aku bawa sekali anak buah aku.  Si kakak aku tak bawa memandangkan dia kat kolej tak boleh nak cuti.

 Walau teruja, SOP tetap kena jaga ye anak2😎.  Masa plan trip ni, ada dengar2 di Sabah akan buat pilihan raya.  Kita tawakal je la.  Musim2 covid ni sibuk nak buat pilihanraya, pelik betul dengan orang2 politik ni.



Bila tengok anak2 seronok dan excited kita pun jadi lega.  Takut time2 PKP ni memasing stress, makan dalam.  Benda kita tak nampak kan, takut emosi masing2 terganggu.  Kesian anak2 zaman millenium ni bila diuji dengan covid, semua kena duduk dalam rumah je.  Minda tak berkembang.

Sesampai je Tawau terus gi amik kereta sewa.  Sehari sewaan RM150 untuk sebuah kereta Alza dari Syarikat Unicity Car.  Senang berurusan serahan kereta dan nak pulang kereta.  Dari airport Tawau ke Semporna lebih kurang 1 jam perjalanan.

Sesampai je kat Semporna hari pun dah menjelang tengahari, memasing pun dah lapar.  Cari kedai makan dulu, kita isi perut pastu baru cari hotel.  Aku akan menginap kat Hotel Sipadan Inn 3. Harga aku dah lupa la, pegi la gugel sendiri ye memandangkan trip ni pun dah hampir setahun berlalu. Tapi serius hotel ni memang strategik, view yang sangat cantik.


Nice view kan???




Dari balkoni bilik ni pun dah boleh nampak laut.  Tenang je rasa.


Petang2 boleh turun dari hotel dan jalan2 kat tepi2 laut tempat kapal2 ikan berlabuh.  Kat area sini jugak kalau takde musim covid ni, ada pasar malam yang best.  Macam2 makanan laut ada, fresh pulak tu.

1st day ni takde aktiviti sangat pun, jalan2 menikmati pemandangan je.  Sok pagi2 baru kita jelajah pulau2 yang ada.  Aku amik pakej dengan company Windia.  Ada banyak pakej pulau, aku amik yang ada ke pulau Mabul.  Aku nak tengok yang orang kata Mabul tu sangat cantik.
Selain Mabul ada lagi 2 pulau yang dorang akan bawa kita.  Pakej yang aku amik ni harganya RM80 termasuk makan minum tengahari, jaket, snorkeling dan insuran kalau tak silap.  Entrance pulau sekali tapi tak termasuk entrance ke Pulau Mabul, tu charge lain.


Memasing excited nak explore pulau2.



Ni area Pulau Mabul, subhanallah...dengan air yang jernihnya...terkedu tengok sbb cantik sangat.


Anak2 Bajau laut.  Meraih simpati kita meminta sedekah atau dorang berniaga hasil laut atau air kelapa fresh.  Tapi kita kena hati2 la, sbb sebelum ada kejadian kecurian.  Jangan leka, dorang suka datang kat bot2 kita, kalau ada yang jahat tangan tu sempat dia mencopet.  So barang2 berharga/dompet kena simpan leklok.



Penakut dengan air hahaha..












Lobster besar ni dalam RM80-100.  Pandai2 la nak ngejas harga dengan orang Bajau laut ni.  Selain lobster, ada juga seafood lain yang dijual.  Agak murah la compare kat semenanjung ni.  Kita boleh beli seafood ni then bila naik ke darat cari kedai2 makan minta dorang masak untuk kita.

Balik dari Semporna ni meletup2 kes covid naik.  Kami balik dari Tawau ni sampai di airport KLIA dikehendaki untuk membuat swab test dan dikuarantin 14 hari.  Sabor je la.
Experience betul.


Alhamdulillah setelah kuarantin 14 hari kami semua disahkan negative. Syukurrr















Monday 2 March 2020

KERABU SELOM

Bila kau teringin nak makan kerabu tapi takde kedai yang jual, terpaksalah ko masak sendiri.  Kalau beli pun lom tentu ikut tekak kita kan..bila tengok kat blog2 orang yang pandai masak kerabu, memang serius...terliurrrr




Bahan2:

-kelapa parut 1/2 biji (ambil putih saja) (aku guna 1/2 dari 1/2 biji kelapa saje)
-bawang putih 2 ulas*
-cili api 2 biji*
-belacan sikiiit*
-udang kering setengah sudu makan*
-garam dan perisa
-limau sambal (separuh biji)
-1/2 biji bawang besar (potong kasar)
-daun selom (ikut suka nak banyak mana)
-taugeh (ikut suka nak banyak mana)
-isi kerang (option)

Cara2:

Tumbuk bahan bertanda*.  Gaulkan dengan kelapa parut dan perahkan limau.  Masukkan kelapa tadi dalam kuali tanpa minyak.  Letak isi kerang, garam dan perisa.  Sangai hingga agak kering sikit.  Sejukkan dan gaul dengan daun selom yang telah dihiris dan taugeh.  Last sekali gaulkan dengan bawang besar yang telah dihiris tadi.  Siap!

Selamat mencuba!

Rupa kelapa dalam kuali untuk sangai tanpa minyak.


Thursday 27 February 2020

NASI PLANTA


Ikutkan hati memang malas yakmat nak masak.  Tapi bila difikirkan anak-anak nak makan, terpaksa la rajin jugak.  Hati ni meronta ronta nak masak ikan tapi kang jawabnya tak makan la anak-anak.  Idea...idea...

Yes, nasi planta dengan sup ayam.  Anak-anak aku ni jenis suka makan nasi-nasi berperisa ni contoh nasi ayam, nasi planta, nasi tomato.  Kadang-kadang dia boleh makan nasi je tanpa lauk.  Meh aku kongsi resepi nasi planta versi aku yang simple.


Bahan2:
-Beras 2 cawan (rendam kejap) aku guna beras biasa je, nak sedap guna la beras yang       panjang2 tu.  Basuh dan tos
*Bawang jepun sebiji yang kecil saje
*Bawang putih 2 ulas
Blend bahan*
-Kiub ayam 1
-Planta 2 sudu besar
-Garam 
-Bawang goreng untuk hiasan

Cara2:
Cairkan planta, tumis bahan blend dan kiub ayam.  Dah hampir kering buh air dan masukkan beras, buh garam sikiiit.  Masukkan air agak2 seinci dari atas beras.  Tanak hingga masak.  Pastu tabur sikit bawang goreng. Siap!




Sunday 23 February 2020

IKAN CENCARU SUMBAT

Sedap tau ikan sumbat kelapa dan bakar ni..tapi kat kedai kekadang tak kena dengan tekak kita. Meh aku share resepi kelapa sumbat yg senang ni.

Bahan2:
-Kelapa parut 1/2 biji (amik yg putih je)
-Bawang putih 3 ulas
-Cili api 4 biji (nk pedas buh la bebanyak)
-Serai 1 tangkai (hiris)
-Garam dan perisa
-Asam jawa sebesar ibu jari
-sehelai daun kunyit (hiris halus)

Cara2:
Tumbuk cili, bawang putih dan serai yg dihiris2. Dah lumat, gaulkn dgn kelapa parut tadi. Letak asam jawa, garam dan perisa. Gaul sampai mesra semuanya. Pastu hiriskan daun kunyit. Sumbatkan la kat ikan..ikut suka nk sumbat depan ke blkg🤣


Thursday 20 February 2020

AYAM PERCIK VERSI AKU

Sedap hohohoooiiiii

Hari-hari memasak sampai ke satu tahap tak tahu nak masak apa.  Itulah dilema seorang mak-mak.  Rasanya dah habis pusing menu kalau hari-hari masak.  Dan dilema seorang aku adalah bila anak-anak kau, hari-hari nak makan masakan ayam.  Sampai satu masa aku rasa, tengok ayam tu pun aku rasa nak muntah.  Ada ketika dulu disebabkan teringin sangat nak makan ikan, aku hanya beli ikan untuk aku dan suami.  Beli 2 ekor aje sampai tokey kedai tu tanya 'beli ikan untuk kucing ke?' !@#$%^&* sabor je la.  Ye, kucing berkepala hitam hahahaha😁

Hari ni aku rasa nak masak ayam percik versi aku...ni betul2 ikut cara aku sendiri, tak tiru mana resepi.  Dan macam biasa, resepi aku resepi campak2 sahaja.  Tapi kena hati-hati gak, ko campak tu pelan2 sikit, kang terkeluar dari periuk pulak hihi.


Bahan-bahan:
*Ayam sekor ko potong 4 bahagian, bersihkan dan lumur garam kunyit sikit dan kukus.  Lepas kukus ko balut dengan daun pisang, bakor atas kuali.  Takyah nak bakor arang bagai, kita wanita berkerjaya, semua nak cepat dan mudah.

*Cili mesin dalam 4 sudu besar, ikut memasing punya tahap pedas, nak pedas ko buh la banyak (dah siap buh bawang besar, bawang putih dan halia)

*Serai 3-4 batang (potong2 dan blend sekali dengan cili tadi)

*1 kotak kecil santan

*1/2 keping asam keping

*Garam, gula, perisa

*Air setengah cawan

*Sikit bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)


Cara-cara:
Tumis cili blend tadi sampai agak kering, masukkan santan, gula, garam, perisa, asam keping.  Tambahkan setengah cawan air dan masak hingga didih pastu buh la air bancuhan tepung jagung. Dah masak siramkan atas ayam yang kita bakar tadi.  Siap!  


Mudah kan cara aku masak? sempoi je, takyah kalut2 nak cukup bahan sangat.  Apa yang ada je, kita olah dia bagi sedap je.  Selamat mencuba resepi yang mudah ni.  Buat sambil pejam pun boleh kahkah😄

Bakor ayam atas pan jerrr










BEGEDIL IKAN SEDAP




Semua mesti suka makan begedil.  Aku salah sorang penggemar, tak kira begedil ayam ke, daging ke, ikan ke...semua aku belasah.  Hari ni aku nak sharekan resepi begedil ikan.  Ni resepi dari mak aku.  Air tangan mak memang sedap kan.  Air tangan sendiri pun sedap jugak, aku masuk bakul angkat sendiri ni, kalau bukan diri sendiri yang puji sape lagi.  Ko rasa laki ko nak puji..memang tak la.  Paling-paling bila ditanya 'sedap tak' dia akan jawab 'boleh la'. Sentap jiwa sorang isteri hahaha.  Eleh sebenarnya dia nak bagitau sedap, tapi tak terluah.  Lelaki kan memang ego.  Kalau aku masak tak sedap takkan la saiz boleh bertukar kan.  Dulu masa kawin mungkin saiz M, sekaranggggg XL.  Tu maknanya apa..apaaa???? Dah takmo bebel pasal keegoan seorang suami.  
Kita start masak lagi bagus.  Ayuh ke dapor!


Bahan-bahan:
3-4 biji kentang saiz sederhana (potong kecik dan goreng) kalau malas ko kopek kulit dan rebus je
2-3 ekor ikan rebus amik isinya (ikut suka korang la, tak kisah ikan kembung, ikan sadin, ikan tenggiri, janji isi ikan je)  kalau tanya aku, aku suka guna sadin hitam sebab dia lemak.
Daun sup (hiris halus)
Bawang goreng (beli je yang dah siap kat kedai)
Lada hitam 1 sudu makan (tumbuk halus, takde lada hitam, lada putih pun boleh)
Garam dan perisa
Telur 

Cara-cara:
Kentang yang dah direbus/goreng ditumbuk buh dalam bekas, masukkan isi ikan, buh garam dan perisa.  Buh daun sup yang diracik halus dan bawang goreng dan lada hitam/putih.  Gaul dan kepal-kepalkan.  Kalau nampak berderai, ko pecahkan telur sebiji dan gaul.  Bersedia untuk menggoreng.  Pecah telur dan kacau2 buh garam sikit, celup bergedil dan goreng.  Mudah dibuat dan sedap dimakan.


Tumbuk isi ikan dan kentang

Gaul semua bahan, pastu kepal2 ikut bentuk korang suka, nak bulat ke, nak lonjong ke, kecik ke besar ke...asal korang bahagia

Wednesday 19 February 2020

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

Hola-holaaa...
Hari tu aku ganti puasa...nak mulakan mengganti tu agak mencabar, tapi dah lepas sehari, the next day tu okey je.  Satu hari aku memang tak masak la.  Aku suruh laki aku masak.  Dia pun masak la...tapi cuma masak nasi dan goreng ayam bodo je.  Gasak la, janji boleh dimakan dek anak2.  Aku dok terpikir ape benda nak dimasak untuk berbuka nanti, takkan nasi dengan ayam goreng bodo tergolek2 je kan.  Tau je la, nafsu orang puasa ni len macam sikit.  Semua teringin...tahpapetah.  

Dah lama rasanya tak buat agar-agar santan gula merah.  Jadinya terhasil la agar-agar untuk juadah berbuka puasa.  Nah aku kongsi resepi yang senang sukatan mug.


Bahan2:
Agar-agar bertali sebungkus (20gm)
Santan setengah mug + air jadikan satu mug
Air 4 mug
Gula merah 1 mug + 1 mug air
Gula 3 sb
Secubit garam
Telur sebiji
Selai daun pandan

Cara2:
Masak gula merah + 1 mug air.  Dah larut gula tapis.  Dah tapis tapi tak cukup satu mug, tambah la air jadi 1 mug.  Masak agar-agar bersama air 4 mug dan masukkan daun pandan.  Agar-agar yang dah larut letak gula dan air gula merah tadi (1 mug tadi).  Masak hingga didih.  Dalam mug santan tadi pecah telur sebiji dan kacau guna garpu dan tambah secubit garam.  Bila agar-agar dan gula merah tadi dah larut dan mendidih, keluarkan daun pandan dan masukkan santan tadi.  Biarkan dia betul-betul mendidih dan tutup api.  Masukkan dalam loyang.  Siap!

Cantik kejadiannya tu😎

Berbuka dengan nasi goreng sardin dan telur sarang yang tak berapa sarang😊





SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...