Monday 26 September 2016

Japan - Kyoto

16/9/2016
Selamat Hari Malaysia!!!!

Sejauh mana kita mengembara, sehebat mana dugaan yang dihadapi di tanah air sendiri, Malaysia tetap dihati.

 
Ini adalah syarikat bas yang sepatutnya bawa aku ke Kyoto.  Tapi mungkin disebabkan bas ni dah penuh, syarikat ini telah menyediakan bas lain.  Tak kisah lah janji sampai dengan selamat.  Tiket bas dari Tokyo ke Kyoto adalah Yen 5800/person.  Time aku pergi ni exchange rate adalah                 RM4 = Yen 100, tengah melambung tinggi.  Sabor je la.

Welcome to Kyoto!

Kyoto Tower.

Takyah mandi, kita bersihkan diri ala kadar kita pusing Kyoto dulu.  Kyoto merupakan satu bandar kecil.  Kebanyakkan tempat pelancongan di Kyoto ni adalah tokong orang2 Jepun.  Aku rasa tak perlu lah nak pergi melawat semua tokong ni.  Hari ni kita guna 1 day pass Kyoto untuk round2 bandar kecil ni.  Pas ni membolehkan kita explore Kyoto dengan menaiki bas.  Ko naik la bas tu berapa puluh kali pun, harga kad tu tetap sama.  Harga pass lebih kurang Yen500 sahaja.

1 Day Pass

Sebelum memulakan perjalanan kita cari makan dulu ye.  Yang ni namanya Onigiri, benda ni je rasanya yang senang cari dan mudah nak makan.  Bagi aku asal perut terisi, kira bersyukur je.  Onigiri ni berasas nasi dan ada la filling macam tuna, ikan, bilis, seaweed, crab, udang dan salmon.  Ada juga filling yang berasaskan daging lembu.  Tapi kita cari yang seafood saja lah.  Nak makan daging2 tunggu balik Malaysia.



Kemain sonok itu budak makan green tea eskrem yang glemer kat Bambo Forest.





Kebun buluh.  Sekarang dah takyah susah2 nak pergi kebun buluh kat Kyoto ni, dengar cerita kat Sepang pon dah ada.  Buktinya....ni haa.

Ni dekat Banghuris Ulu Chuchoh, cuma pokok buluh kat sini kecik2.






Salah satu temple yang sempat dilawati.

Ikutkan map ni tokong ni akan menuju ke atas bukit tapi akak tak daya kot dan panjat bukit tu, kat bawah2 je la ye.



Pembasah tekak.  Sedap ni, snow ice perise stoberi.  Penat berjalan dalam hutan buluh.


Salah satu tarikan di Kyoto, sungai yang sangant cantik.






 










Sila jangan muntah, asik2 muka tuan punya blog hehe..



  


Jom balik ke Tokyo St. untuk menunaikan tanggungjawab, ambil bag dari loker simpanan dan menaiki train menuju ke Osaka.  Jumpa di Osaka nanti.

~bersambung di entry Osaka~







Japan - Tokyo PART 2

15/9/2016
Kul 4 pagi waktu tempatan dan 3 pagi waktu Malaysia dah masuk waktu Subuh.  Selesai solat, sambung tidur balik tapi kul 5 lebih dah terang benderang.  Takleh tidur huhuhu.  Pagi ni kami perlu check out awal sebab hari ni nyer plan nak ronda2 bandar Tokyo dan malamnye pulak kami akan bertolak ke Kyoto menaiki bas malam.

Tempat pertama nak pergi adalah DiverCity Tokyo Plaza.  Apa aku nak carik kat situ?  Tungguuuu....
DiverCity Tokyo Plaza ni terletak di kawasan Odaiba (Daiba) sebuah pulau buatan.  Nak menuju ke situ perlu amil train di Shimbashi st.  Sebelum kita gerak gi situ, kita simpan bag besor kat loker dulu ye.  Meringankan bebanan.



Aku kat sini jadik jakun dan pelik tengok dorang berdisplin naww.  Rupanya dok beratur tepi escalator tu belah kiri untuk memudahkan orang lain yang nak cepat.  Kalau kat tempat kita ni dah lama ada aksi tolak menolak.  Ini bagi aku satu amalan yang boleh kita ikut.  Benda elok kannn.


Tadaaaaa...udah sampeiiii.  Ini salah satu landmark Tokyo.

Apa yang dicarutkan ni tah, aku tak paham.

Dah kenapa muka gitu????

Sama tak dengan patung kat belakang tu???






Yang ni dah kenapa oiii!!

ececehhh posing ayu2 giteww yg berbaju pink tu.

Ukur jalan lagi. 

Katanya stesen TV terbesar kat Tokyo.


Next aku ke Shibuya Zebra Crossing tersibuk di Tokyo.  Nak pergi situ kene naik train la macam biasa.

Waktu ni belum waktu melintas, semua standby je.  Jap lagi bila tiba untuk pejalan kaki melintas, ya Allah ramai giler orang melintas dari segenap lorong.  Eee tah dari mana la orang ramai2 ni datang tah.  




Okey dah penat tengok orang berjalan, nak rehat jap.  Pelik kat jepun ni kemain susah nak jumpa tempat duduk.  Kaki dah nak kremm, nak duduk takde tempat, cari mall la mesti dalam mall ada tempat duduk2 nak makan kan.  



Malang sungguh, harapkan mall ada tempat makan, sia2 saje.  Orang Jepun memang makan berdiri.  Yang ni takleh diikut. tak beradab je aku rasa.  Sebab orang kat sini semua nak pantas so takde istilah nak duduk2 lepak2 sambil makan2.  Semua terkejar2. Letih aku nengoknye.
 Lepas ni nak cuci2 mata area tempat tertumpunye segala gajet, anime2.
Disebabkan sekarang kita berada di negara dorang, so terpaksa lah makan berdiri gak.  Hari pun dah petang dan dah nak gelap.  












Curi2 ambik gambar pompuan tu, bukan pela*** jalanan ye tapi dia mempromosikan skincare ke ape tah, lupa dah kak jemah.

Barang elektronik, handphone dan segala macam games masa kini ada.  Mak bapak je takde jual kat sini.

Tujuan utama datang sini cari benda ni.


Memang murah compare kat Malaysia.  Hampir juling mata tengok benda2 ni murah.  Kalau la kak jemah banyak duit, semua akak beli.  Dah2 jom pergi tempat lain.  Kalau dok tenungg je pun bukan boleh beli pun hahah.


Lepas soping mata kita gerak ke Tokyo Tower.  Tu sayup2 je nampak dari jauh.  Kita menapak lagi untuk sampai ke situ.  Masa ni hari dah nak gelap.

Nak sampai tower ni kene daki bukit, rasa nak tercabut kaki rasanya.  Orang yang jarang2 bersenam macam kak jemah ni memang cepat penat.  Tapi gagahkan juga.  Tokyo Tower ni takde menda pon, cuma tower tu je la, landmark Tokyo.  Aku melepaskan penah lelah kat sini sebab nanti kul 10 malam nak naik bas ke Kyoto.  Kat sini salah satu stesen bas untuk ke Kyoto.



Kat bawah tower ni semacam ada Mall yang menjual cenderahati dan beberapa kedai makan.  Rehat2, makan2, solat dan cuci2 mata barang cenderahati.  Harga barang kat sini agak mampu milik.




Okey kul 10 lebih camtu bas pon sampai.  Kami pun bergerak menuju ke Kyoto.  Estimate perjalanan termasuk berhenti di beberapa hentian adalah lebih kurang 6-7 jam.  In sha allah kalau tiada aral melintang dan menegak, sampai Kyoto dalam pukul 6 lebih waktu Kyoto.  Bismillah....

~berjumpa kita di KYOTO~
















SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...