Sunday, 25 September 2016

Japan - Tokyo PART 1

Alhamdulillah 14 September 2016 yg lepas dengan izinNya dapat aku jejakkan kaki ke bumi Jepun, #kakjemahkejepun weiii. Teruja, takut semua perasaan bercampur baur.  Walau banyak rintangan dan dugaan, dapat aku tempuh bersama kawan2 'kaki jalan'.  Kisah pengembaraan selama 7 hari kalau diceritakan mau berepisod tapi aku akan cuba untuk memendekkn tanpa tertinggal satu babak yg menarik pon.  Mana yang baik tu boleh la korang share sebagai panduan. Mana yang buruk tu korang abaikan la ye hehe.

Bermula dengan perjalanan di KLIA flight MH0088 menuju ke Narita yg mengambil masa lebih kurang 7 jam. Naik kematu punggung kak jemah.  Dah lama tak travel jauh.  Eh! eh! Lan Kristal pon naik sama flight dengan kita laaa.  Wow teruja, dia dan family nak bercuti kat Disneyland katanya. Humble je orangnya, duduk pon kat kelas ekonomi sama cam kitaorang.
Flight kul 11 malam, dah ngantuk tahap dewa ke 17 ni.  Selalu aku kul 8.30 malam je dah membuta.  Memang pasang niat dah boarding je nak tido.  Masuk kapal takleh tidur la pulakk. Tengok la movie sambil in flight crew hidang kudapan malam.  Yang tak boleh blah nye, ada sorang crew ni, dia chinese (lelaki) dan aku tau dia memang warga Malaysia, aku tak tahu kenapa masih ada orang Malaysia yang tidak peka.  Dah sah2 aku bertudung ko boleh pulak tanya aku 'Beer??' Aku rasa nak naik angin je rasa.  Tak tau ke aku ni Muslim, terang2 aku bertudung gini ko nak serve beer kat aku, aku tenung je muka dia.  Urut dada je aku menahan sabar.  Pleasee la  Malaysia Airlines, ko train staff ko macam mana???.  Tak heran la lately banyak naww komplem pasal airlines ni.  Dah la malas nak pikir sangat mamat yang tak peka tapi pekak ni.  Hilang mood travel aku.

Selesai kudapan malam, mata dah berat..memang kene tido.  Tido punya tido, terjaga tengok kat luar dah terang benderang tapi masih kul 4 pagi. Aduhhhh terlepas subuh aku.  Tiba kat Narita Airport dalam kul 7.40 pagi waktu Tokyo.  Tokyo awal sejam dari Malaysia so takde pening sangat nak kira masa.

Urusan di Imigresen Tokyo run smoothly, kat sana dorang bergerak pantas.  Takde nak melenggang lenggang kak limah.  Semua terkejar kejar, tak paham aku pebenda yang dikejarnya.  Kita orang releks2 jer.  


empunya blog

Geng kaki jalan@ukur jalan hahaha...

Narita Airport


Waduhhh!!! seronoknye dapat jumpa Lan Kristal.

Keluar je airport benda pertama yang kami cari adalah mesih nak top up Passmo kad untuk menaik train2 yang ada kat Tokyo ni dan Subway Map.  Itu benda paling penting aku rasa kalau nak travel kat negara orang.  Tempat pertama yang aku plan nak pergi adalah melihat dengan mata kepala aku sendiri Gunung Fuji.  So, dari airport aku perlu ke Shinjuku Station untuk dapatkan bas nak ke Lake Kawaguchiko.  Perjalanan dari bandar Tokyo nak ke Lake tersebut lebih kurang memakan masa 2 jam perjalanan.  Kawasan ini terletak dipinggir bandar, kira macam balik kampung la.


Disebabkan kad Passmo aku dah ada, tinggal lagi nak top up je la. Kad Passmo ni lebih kurang macam kad Touch N Go je kekdahnya.  Biasalah 1st time memang terkial kial la nak guna mesin tu.  Tapi nanti dah biasa jadi terror la.


Subway map ni lebih kurang je dari negara2 lain, so tak la susah sangat nak study nye.

Pengembaraan menaiki train bermula.


 
Dalam train yang ku kira masih lengang, masa ni belum mencabar lagi.  Masih ada ruang untuk bernafas.

Abam sadooo, ni atlit sumo ke hape tah.

Sampai area Shinjuku Station, kami bercadang untuk tidak memikul bag yang amat berat untuk dibawa ke Mt. Fuji.  Kita simpan barang2 yang tak perlu dalam locker.  Kat Jepun ni loker macam ni bersepah2 di mana station pon.  Tapi memang agak menyenangkan la, tak perlu pikul bag berat2 ke hulu ke hilir.  Loker ni boleh digunakan dalam tempoh 3 hari.  Lepas 3 hari, aku tak tau apa jadi hehe.



Shinjuku Station

Huru hara gak la nak cari katne kaunter dan ambil tiket.  Sebabnya tiket ni aku beli online dari Malaysia, kene datang kaunter untuk ambil tiket bas.  Jepun kan memang sangat menepati masa, risau betul tertinggal bas.  Bas nak gerak kul 11.45 pagi camtu, kul 11.20 pagi dok tercari2 lagi huhu.  Nasib jumpa.

Dalam bas menuju ke destinasi.

 Sepanjang perjalanan, menyusuri perkampungan kecil berlatar belakangkan bukit bukau.

Nampak cantik sangat pemandangan sawah.
Subhanallah indah sungguh ciptaanMu.



 Teringat masa kecik dulu, kalau cikgu seni suruh buat lukisan mesti ada bukit bukau macam tu.  Betul2 macam lukisan aku.  Dejavu sungguh.


 Berhenti sekejap untuk pick up passenger lain.  Tempat ni macam Genting Highland la diibaratkan.


Pekan kecil di Kawaguchiko. Yeayyy dah sampai.



 Ingat dah sampai rupanya kene menapak ke Lake tu, adehhh pecah lelemak kak jemah.


 Vending machine bersepah2 kat Jepun, jangan la heran ye.

 Wow! dah sampaiiii....tapi aku dok tertanya2, mana Mt. Fujinye????  Sambil duduk urut dade, datang-datang gunung fuji takde cia..cia..cia.  Hari tu cuaca memang agak suram redup dan sangat berkabus.  Memang tebal giler kabus menutupi pemandangan.  Takde rezki kami nampaknya untuk tengok gunung Fuji tu.  Memang yang datang rata-rata cakap tak semua bernasib baik dapat tengok. Hampa....

 
Dah penah berjalan kan, perut pun dah lapar dan gunung pon tak nampak, kita berkelah je la tepi tasik ni.


Sepatutnya boleh nampak gunung tapi kabus tebal sangat.


 Otw balik dari tasik ke station tadi.  Nak pergi turun bukit gagah lagi, nak balik kene panjat bukit, adeehhhh tercicir punggung mak noqq!

 
Kawasan station bas.  Dari sini pon dah nampak betapa tebalnya kabus tu.


Jadual perjalanan yang tak pernah lekang dari tangan.  Sambil tunggu bas study lagi.  Aku rasa kalau zaman study dulu macam ni punya mentelaah, mau tak jadi seketery aku ni, paling2 jadik doktor hahaha...

Tunggu bas nak balik ke Tokyo untuk check in hostel.  Tunggu2 punya tunggu, ada la 2 orang mamat dari Malaysia ni pun tunggu bas yang sama.  Borak2, dorang lagi best, nak ke Jepun siap singgah kat Vietnam dulu jalan2 situ then sambung jalan kat Jepun ni.  Tah berapa hari la gamaknya perjalanan dorang.  Aku datang dari Shinjuku Station dan aku balik akan sampai ke Shibuya Station.  Sebab apa? Sebab tiket bas dari sini nak balik ke station yang sama dah fully booked.  So kene cari alternatif lain.  Semua benda ni aku dan siap2 riki dulu sebelum trip ni.

Kami bertolak dari sini ke Shibuya station kul 4 petang.  Sampai je Shibuya station ingatkan nak pergi tempat paling glemer iaitu Shibuya Zebra Crossing.  Disebabkan kami sampai kat station tu pon hari dah gelap dan badan pun dah penat, aku amik keputusan untuk terus ambil bag kat Shinjuku Station dan terus cari hostel yang dah dibooking melalui agoda.com.

Ambil bag dari loker simpan barang.

Dari Shibuya st. ke Shinjuku st. aku naik train, masa ni la bermulanya episod yang mencabar.  Waktu ni orang tempatan baru balik kerja, berasak-asak
dalam train, kene berdiri....ouchhhh kakikuuu.  Takpe2 ada hikmah ni, turun sikit berat badan hahaha.

Memang padat dengan manusia.  Nasib tak bau achemmmm.

Hari pun dah gelap, agak sukar nak cari penginapan kami.  Terpaksa bertanya pada orang tempatan.  Walau kami berkomunikasi macam ayam dan itik, akhirnya sampai juga kat guesthouse.  Nama pun guesthouse ala2 hostel, tidak lah aku menaruh harapan tinggi tempat ni macam hotel 5 bintang.  Asal ada tempat lelap sudahhhh.

Hari dah gelappp.

Tsubame Guesthouse.

Berurusan dengan tokey guesthouse.  Very polite and helpful.

Tadaaaaa tempat tido aku. Bersihnya toksah cakap la.  Bukan nak puji sangat pun, tapi serius memang bersih dan kemas.


Tunggu turn nak bersiram.

 Shared kitchen.  Kalah dapor kat umah aku, maluu..
Lupa nak ambik gambar toilet, series kecik tapi selesa.

Lapor wei, bukak bekal. Apa lagi.....serbuuuuuu

Dah makan, dah mandi, dah solat, kita bummmm.  Letak terus hilang dibuai mimpi.  Kene kumpul tenaga lagi untuk esok.

~sambung PART 2~




No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...