Entry kali ni aku nak cerita pasal percutian aku ke Istanbul. Dah beberapa kali trip ni tertunda atas sebab2 yang memang tak dapat dielakkan. Maknanye Allah belum mengizinkan la tu. Tapi kali ni Alhamdulillah...ISTANBUL kami anak beranak datang!
Kitaorang pergi 4 Februari 2015, flight kul 1 pagi. Sepatutnya flight kul 12.30 pagi tapi delay disbbkan traffic kat sana. Takpe la kul 12 ke kul 1 ke...naik kapal trus lolap...perjalanan amik masa lebih kurang 10 jam gitu la...kebass je rasa punggung tapi nasib baik kapal tak full so leh la cepat2 cop seat yang sebaris kosong..leh baring hehe cerdik tak cerdik tak??
Dalam flight kemain anak aku tak tido2..layan movie P.Ramlee, terkekek2 sengsorang, aku kata jangan bising Adam...orang lain nak tidor. Adam dengan Danesh melayan movie tah sampai kul berapa, mak, apak, abang dan kakak ko dah ngorok hahaha. Sampai Istanbul kul 6 pagi time sana, kat Malaysia waktu tu dah kul 12 tghri. Beza 6 jam Istanbul ke belakang. Nak kuar flight ingatkan ada la 'PLB' rupanya takdak..turun tangga ye macam AA. Dengan sejuknya, baju sejuk dok dalam bag lagi...fuh berasap la mulut. Masa tu kalo tak silap suhu 6 darjah kot, ye la pepagi bute memang la sejuk kan. Currency yang dorang guna Euro dan Turkish Lira. Guna la memane yang korang suke.
Ni Apartment yang kitaorang anak beranak stay sepanjang kat sana. Highly recommended ye.. Ekim Apart Istanbul. Sila la menggogle. Mr. Saban will attend you, very hengsom and nice person. Service tip top. Harga semalam Euro65 sebab sekarang tengah low season. Kalau high season mahal la sikit.
Kat Istanbul ni banyak tempat2 bersejarah yang boleh dilawati. Masjid2 lama, muzium2. Paling glemer Masjid Biru (Blue Mosque). Aku stay area masjid ni la so walking distance jer tempat2 menarik ni semua. Nak ke Grand Bazaar pun jalan kaki jer. Boleh je kalau nak naik Metro tapi tak dapat la nak menghayati pemandangan dan pengalaman berjalan tu.
Salah satu kedai Turkish Delight
Rempah ratus yang terkenal di Turki dan banyak kat Grand Bazaar. Aku tak beli pun. Guna kari Babas sudehhh.
Sekitar Grand Bazaar
Kat Turki ni banyak kedai manisan. Paling glemer ni la Turkish Delight. Boleh bawak balik buat buah tangan. Tapi sesape yang ada diabetes, lupakan saje. Manis tahap potong kaki hahaha...tapi bila tengok manisan ni memang menggiurkan.
Geramm je tengok manisan ni. Yang peliknya tak pulak dorang kene diabetes.
Kebab Ikan.
Makanan ruji orang kat sini adalah roti. Segala-gala beroti. Kalau aku disuruh makan roti 24 jam...nangesss!! Tu sebab trip kali ni se'bag' stok makanan aku bawa haha..siap bekal sambal tempe ikan bilis, WAJIB tu. Tapi kalau nak pekena pizza ala2 Turki senang je nak dapat kat restoran2. Makanan halal pun tak susah nak cari kat sini, tapi nasik berlauk macam kat Malaysia memang tkde la.
Turkish pizza dan special kebab
Kedai jual kebab bersepah sepah. Kebab dorang memang sedap tapi takde sos. Sila bawa sos dari Malaysia hehe.
Lagi satu tarikan di sana, Jus Delima dan Jus Grapefruit. Aku tak try pon tapi ada la beli buah delima. Isi memang merah menyala dan manis.
Buah berangan
Selain dari roti, dorang suka jugak makan kekacang.
Selain masjid2 dan muzium2 yang ada, taman2 dorang pun cantik2. Ni kalau pergi time musim bunga lagi best...bunga merata rata. Taman dorang bersih je. Time sejuk gini daun pokok pun takde...togel je pokok2 kat taman.
Ni nak cite pasal kucing kat sana. Ya Allah...punya la gemuk2 kucing terbiar kat sana, semua gebu2. Geramm je tengok.
Dah alang-alang sampai kat Istanbul ni rugi rasanya tak naik cruise menyusuri Sungai Marmara. Kalo tak silap aku, sungai ni yang memisahkan Turki kepada 2 bahagian, iaitu benua eropah dan benua asia tetapi masih dalam Negara yang sama. Naik cruise ni untuk pakej family (6 orang) TL80 x RM1.85 (rate ketika itu) = RM148, ok la harga tu.. Kene pandai pilih pakej sebab ada yang mahal mencecah Euro60 untuk seorang. Harus bijak!
Kalau nak beli souvenier pulak, pon korang kene pandai. Jangan main beli jer. Tapi kalau korang banyak duit ok je. Aku jimat duit hehe. Survey dulu, jangan beli area2 pelancongan, cari je kedai2 kat tepi2 jalan. Bendanya sama aje harga je beza2. Kene bijak sekali lagi.
Ok last but not least, picture tuan tanah kedaung bersama soulmatenye. Nak gak interprem. Bukan senang nak dapat berdua duaan begini. Selalunya ada je yang menyelit. Next year In sha allah...ke KOREA ke kita ye.
-TAMAT-