Hai! hai! haiiii!...Ni nak cerita, malam aritu, aku ngan laki aku gi dating lagi...anak2 dah tido ape lagi....memalam bute kita pergi me'nyate' hahaha. Aku dihantui cerita pasal sate Willy yang kesedapannya digembar gemburkan ketika ini. Aku ni kan pantang dengar orang cerita benda tu sedap bende ni sedap...memang menggelitek ler perasaan nak mencuba. Aku pun try la sate willy branch Nilai. Memang tidak disangkal lagi kesedapannya. Satenya sangat lembut dan juicy bak kata dorang. Tapi memang sungguh juicy la kooo. Rasanya kalah kot sate kajang tu. Harga pun ok la 80 sen untuk daging dan ayam. Perut dan kambing lain2 harga. Aku rekemen la sate willy ni. Cuba la try test.
Tapi ada satu lagi sate yang aku nak suggest, sate ni jual kat tepi jalan je. Hari2 aku balik keje mesti lalu kedai sate ni dan mesti ramai orang kerumun gerai sate ni. Al maklum murah...sedap pon sedap. Yang bestnya harganya pat posen sahaja (40 sen). Ko rasa ko pernah jumpa sate semurah dan sesedap camtu. Sate willy dengan sate pat posen ni bezanya saiz saje. Haruslah kalau pat posen dapat saiz kecik...nak besor beli la yang 80 sen. So kesimpulannya, dua2 sate ni memang sedap. Tetiba tengah menaip ni rasa nak meleleh air liur teringat sate yang lembut arrrrhhhhh...sedapnye sate willy tu...Hoiiii korang letak ape haa kat sate ni...ko letak 'spender' ke hape ni, aku dah dok giaannn je hahahaha.
No comments:
Post a Comment