Friday 24 February 2017

Catatan Perjalanan Si Pengembara - Dubai PART 2

Panggilan masuk ke pesawat, bermula perjalanan aku.  Sesungguhnya aku melangkah demi mencari ilmu dan pengalaman di tempat orang lillahita'ala.  Masuk pesawat dengan sikit debaran.

 Desert Safari..mu tunggu akakmu datang.


Sambil nak tunggu panggilan masuk, crew akan masuk dalam pesawat dulu.  Kapal A380 dengan jumlah crew seramai 36 orang..ramai betul.


Tulisan arab ye, aku dulu sekolah arab jugak..tapi haramjadah dah tak ingat bahasa arab.

Menu

Taraaa...in arabic, hamek ko...tu la dulu mak antor g sekolah arab lari haha..don worry ada translation di muka sebelah.

Menu aku untuk malam tu, isi perut sebelum tido.  Dah siap makan kita lolap.

Tido bangun tido bangun, pun tak sampai2.  Luar tingkap gelap gelita je.

Akhirnya sampai juga...masa ni waktu Dubai dalam kul 4 lebih.  Semua orang sedang diulit lena kot.

Dah landing...

Mak aiiii, besaunye epot.  Terpaku seketika.  Punya la kaya negara ni, setiap jam kat dinding tu rolex okeyy..


Dalam epot pun ada pokok kurma.


Maskot dubai, si unta.  Dalam terpaku dan leka melihat luasnya epot ni, sampai tak tau nak tuju arah nak ambil luggage.  Kalau jadi pada korang sesat dalam airport jangan sesekali panik.  Releks..cari je pandu arah pasti jumpa.


Memandangkan sampai sini masih awal pagi, pun belum masuk waktu subuh, kita cari surau.  Untuk persediaan kembara, tolong google siap2 waktu solat waktu tempatan.  


Masuk surau luruskan badan sambil tunggu azan subuh.  Terkejut bila dengar azam berkumandang dalam airport.  Terasa duduk dalam masjid.  Bagus la tempat ni.


Selesai solat, aku menuju ke station Metro untuk ke pusat bandar.  Metro beroperasi seawal 5.30 pagi.
Cari mesin untuk membeli tiket nol.  Aku pilih one day pass yang boleh digunakan tanpa limit untuk semua Zone untuk sehari.  Korang pusing la bandar Dubai tu dari ujung sini sampai ujung tanjung pon harganya AED22 sahaja lebih kurang dalam RM27.50.  Kad nol ni juga boleh digunakan untuk menaik Tram dalam bandar.  Sangat2 berbaloi.  Laluan Metro di Dubai tidak rumit seperti negara2 lain yang mempunyai lebih dari 5 line.  Di Dubai hanya ada 2 line sahaja.  Line merah dan hijau.  So memang senang sangat nak baca map.





Tuan tanah nak gak bergambor sekeping dua.

Dari epot aku menuju ke Station Burjuman.  Hostel yang aku tempat berdekatan dengan station metro ni.  Niat dihati nak simpan bag dulu walaupun aku tau waktu untuk check in adakah jam 2 petang.  Saje try...kot2 owner baik hati, boleh check in awal.

Sampai station Burjuman, aku mencari hala ke hostel, tengok dalam map macam dekat je, agak jauh jugak rupanya, berpeluh gak la ketiak walau pagi tu cuaca sejuk je tapi matahari perit memancar.  Sesampai aku kat hostel, owner lom bangun tidor..aku ganggu tidor dia kot, langsung tak dibaginya check in awal.  Salah aku juga, memang dah bgtau waktu check in kul 2, aku yang degil hahaha....

Takpe la, kita jalan2 la bandar dulu sambil nak tunggu waktu check in.  Aku ke Station Burjuman semula untuk start mengexplore bandar Dubai.


Dalam train, mula2 aku terkejut bila sampai sini kebanyakkan orang2 disini adalah orang Pakistan, India, Filipina dan Bangladesh.  Mungkin sebab negara2 ini terletak berdekatan dengan tanah Arab.  Memang sangat ramai, orang tempatan boleh dikira tapi orang pendatang sangat ramai.  Bila aku cuba cari2 maklumat rupanya disini 4% sahaja terdiri daripada orang tempatan dan selebihnya adalah orang luar yang migrate ke negara ini.  Okey aku dah faham sekarang.  Sama macam negara kita.

Tempat-tempat yang aku singgah adalah

Burj Khalifah
Mall of Emirates
World Trade Centre 
The Dubai Mall
Emirates Tower

Sepanjang perjalanan, aku tengok negara ni banyak bangunan tinggi2 dan cantik.  Bijak orang arab ni, boleh buat bangunan tinggi mencakar langit atas tanah berpasir.  

Burj Khalifa

Ihsan pakcik google

Burj Khalifah...bangunan kedua ke ketiga tertinggi di dunia kalau tak silap aku...kagum aku tengok.  Tapi aku tak amik kesempatan untuk naik ke tingkat atas Burj Khalifah, takotttt.  Bangunan 








Pak pak Arab dalam Mall, jangan heran tengok dorang berpakaian macam ni, memang pakaian tradisional dorang.  Ini mungkin orang tempatan.


Dalam mall ada aquaria, sama macam Aquaria kat KLCC

Deretan kedai intan berlian, batu permata, emasssssss emassssss




Jeruk-jeruk buah zaitun, memang buah zaitun ni belambak kat tanah arab.  Aku sempat la beli black olives yang selalu kita selalu guna untuk tabur atas pizza, satu bekas taufufa AED4.99 saje.  Penggemar rempah ratus pun boleh dapatkan berbagai jenis rempah dengan harga yang agak murah selain rempah yang ada di jual kat Istanbul yang pernah aku jumpa.  Murah...murah

Mall of Emirates


Burj Al Arab terlihat dikejauhan.  Burj Al Arab ni adalah hotel yang tersangatlah mewah.  Hotel ini terletak di pantai Jumeirah.  Aku tak pergi pun tempat tu memandangkan aku tak berapa suka nak ke belah-belah pantai, lagi2 time panas lit2 ni.  Hotel bertaraf 7 bintang, ini tempat orang ada2 je.  Kita orang yang tak berapa nak ada ni hanya mampu tengok sahaja. 

Ihsan pakcik google lagi.


Wanita-wanita arab memang suka berpakaian jubah berwarna hitam, apa sebabnya, aku belum kaji.  Tapi orang kat sini banyak ikut mazhab lain dari mazhab kita kot.  Sebabnya bersolat boleh nampak jambul kat depan, nampak leher sikit.  Pergerakan dalam solat juga, boleh sedang solat, berhenti jap betulkan selendang, meleraikan anak bergaduh kat sebelah.  Aku perati je, memang lain sangat dengan cara kita bersolat.  Tak pe lah itu antara dia dan Allah.  Jangan kita terikut2 sudah la
.


Kalau kita pergi bajet trip macam aku ni, bawa lah bekalan makanan sikit macam megi ke roti ke biskut ke, senang untuk lapik perut sebelum jumpa tempat makan.  Dah penat berjalan, jom cari makan.  Jangan bimbang, kat Dubai ni banyak la sangat supermarket Carrefour.  Kita boleh makan kat cafe atau tapau saje.  Harga barangan tidak terlalu mahal kecuali buah buahan asia seperti nenas, pisang, tembikai.  Sebab ape?  Sebab buah2 tu semua dorang import dari negara asia, tempat dorang hanya banyak tanam buah kurma, zaitun, buah tin dan buah2 yang biasa kita jumpa kat Mekah.  Pisang takleh tanam kat tanah pasir ye hehe.  Geram aku tengok buah strawberi ni gemuk-gemuk, macam aku jugak.

Dah petang, kaki pun dah start sakit berjalan sambil mengheret bag..tengok jam pun dah lebih kul 2, jom la kita gerak balik ke hostel untuk check ini.  Hampir keseluruhan bandar Dubai dah ronda.  Esok berkobar nak pergi trip ke Desert Safari yang popular kat sini.



Lepas check in, aku pon bagitau kat owner hostel aku nak pergi trip ni untuk esok hari.  Kali ni aku dah buat silap.  Aku tak booking dari Malaysia.  Sepatutnya aku perlu buat booking dulu, ku fikirkan sekarang ni bukan time peak season kat Dubai, then aku pon wat lekkk je.  Sekali owner hostel cakap trip untuk esok dah fully booked.  Oh sedih sekali, aku datang sini salah satu sebabnya adalah untuk join trip desert safari ni.  Sekali dah penuh.  Hampa...korang len kali jangan buat cam aku.  Nak g trip yang popular ni sila la booking awal untuk mengelakkan kekecewaan seperti aku.  Plan dah tergendala, so esok hari aku hanya boleh pusing2 bandar je.  

Aku nak cerita pasal roommate aku dari US ni.  Dia berumur 60++.  Masih kuat dan dia travel sorang-sorang memandangkan dia single mother.  Ada 2 orang anak yang sebaya dengan aku dan bekerja sebagai askar di US.  Rupanya bila dengar dia bercerita, waktu ni di tempat tinggal dia tengah musim sejuk ya amat.  Dia sendiri pon tak tahan dengan suhu sekarang, jadi dia perlu keluar dari negara dia mencari tempat yang agak panas.  Dia dah hampir sebulan tinggal di hostel tu.  Dan selama dia kat situ, dia takde pon explore bandar Dubai.  Hanya keluar di sekitar hostel sahaja.  Kesian pulak.  Dia semacam excited juga nak ikut aku g desert safari tapi apa kan daya...tak berdaya.  Jom la ikut aku ronda2 esok ye makcik.  Roommate aku yang sorang dari morocco ni pulak sangat frendly, sangat cantik, sangat polite.  Dia tanya aku dari mana, aku gtau aku dari Malaysia, dia happy giler bila tau aku dari Malaysia.  Siap terus cakap melayu kat aku, aku lak yang terkejut beruk.  Rupanya dia pernah mengajar kat Indon sebagai guru bahasa inggeris, jadinya dia agak fasih berbahasa melayu indon.  Dia juga pernah ke Malaysia dan dia kata Malaysia best, tapi dia tak tau hazabnya dok kat Malaysia, semua pon mahal, semua benda pon nak naik harga.  Yang turun hanya airmata kita je huhu.

Esoknya aku pon ronda2 bawa la makcik US ni, nama dia Lynda.  Seronok dia, dia kata tak terfikir nak jalan2 ke bandar.  Rugi la kalau dah sampai Dubai dok terperap je kan.  Aku dan Lynda pergi ke tempat yang dikenali sebagai Dubai Old Town.  Kawasan ni berdekatan dengan persisiran laut, banyak kapal2 dagang berlabuh, dan banyak juga kedai2 emas, kedai rempah dan banyak la lagi kedai.  Barang kat sini agak murah berbanding kat bandar.

Seharian aku berjalan bawak si Lynda ni.  Kesian dia, sakit kaki.
Dah penah berjalan sepanjang hari, moh ler kita balik rehat.  Eh sebelum aku balik sempat lagi soping cekelat2 ni, memang murah compare kat sini.  Jom soping cekelat.

Tu semua kiriman2 kengkawan.  Sambil menyelam minum air.

Dah penat malam ni kita makan piza arab je la, murah AED5 sahaja (sebesar regular piza kat malaysia).

Sedap weiii, penuh ngan cheese.. aku makan satu lebihnya bagi kat roommate.  Dah kenyang makan bersihkan diri dan solat pastu tidor.  Sok nak balik dah.

Tiba hari nak balik dah.  Masih ada rasa terkilan sebab tak dapat pergi padang pasir, naik unta, naik 4 wheel drive kat padang pasir, tengok tarian gelek padang pasir dan lepak tengok matahari terbenam.  Ohhh sungguh rugi, tapi aku percaya perancangan Allah tu lebih baik.  Mungkin satu hari nanti aku akan datang lagi, mungkin dengan orang tersayang, mana tauuuu..kann

Dalam flight Emirates A380 ke Kuala Lumpur.  Crew dalam flight ni ada yang datang dari lain-lain negara.  Maksud aku, ada juga cabin crew ni orang Malaysia.  Nama dia Mawar, aku ingat dia Indon, rupanya orang kita dan dah bekerja dengan Emirates hampir 3 tahun.  



Sebab penerbangan balik ni bukan malam hari jadinya takleh nak tidor sangat, so kita layan movie, makan, berwifi je la.  Aku wassup laki aku dari dalam flight, laki aku terkejut sebab dia monitor flight ni pada radar dalam fon dia, patutnya aku dalam penerbangan, dia heran macam mana aku boleh wassup dia dalam kapal.  Okeyy orang kerja dengan airlines pon tak tau, so aku lagi advance dari laki aku hahaha.  

Duit balance yang aku bawa balik Malaysia AED60.


Perbelanjaan yang aku belanjakan untuk trip DUBAI

Flight tiket pergi balik RM723.00 (ini staff tiket)
Hostel untuk 2 malam RM90.00
                                    -------------
                                    RM813.00 (setel sebelum travel)

Tiket Metro 2 hari       RM55.00
Makan                         RM50.00
Soping cekelat            RM300.00 (kiriman orang)
                                   -------------
                                   RM405.00 (bawak duit kat tangan RM480 dan berbaki RM75)

Ini cara aku berbelanja, lain orang, lain caranya tapi ini cara aku.  Sepatutnya duit untuk trip padang pasir hanya RM120 (termasuk makan minum dan transport dari hostel ke padang pasir dan aktiviti, memang rugi kalau tak join sebab murah) sebab dah tak jadi pergi aku belilah kiriman kawan je.  

Itu je lah yang aku boleh share setakat ini.  Next trip... in sha allah New Zealand.  Moga-moga Allah permudahkan urusan aku dan kawan2.


















SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...