Dah bersawang blog akak ni dah lama naw tak dihapdet. Sejak November 2016 sunyi sepi. Hari ni baru tergerak nak kasik bersih sawang2 yang ada. Banyak sangat cerita dalam tempoh blog ni sepi. Bila dah terlalu banyak cerita, sekarang ni dah tak tau plak mana satu nak diceritakan dulu.
Bulan Disember 2016 aritu, aku busy dengan persiapan dan menghantar rombongan pengantin ke Sarawak. Adik bujang sorang mengakhiri zaman bujang dia. Dah macam rombongan cik kiah ke Sarawak. Kemain ramai pengiring pengantin, dan bila dah ramai2 tu tau je la mesti macam2 kerenah.
Segak bergaya...tapi ada satu perasaan yang susah nak aku gambarkan, gembira, sedih, terharu. Perasaan yang bercampur baur..
Picture yang tak lengkap...kalau semua dok atas pelamin mau roboh.
Pengantin di singgah sana...kami2 di singgah sini hehe.
Retis import dari Semenanjung..
Ipar2 yang kepala swengg..layankan ajer
Tumpang sekaki..hehe
Aku sayang mak aku...giler tak sayang...
Nak interprem jugakk, walau nyanyi suara tenggelam timbul
Mother & Daughter
Bersyukur majlis berjalan seperti yang dirancang. Terkehel sikit2 tu biasa la kan, mana ada yang perfect dalam dunia ni. Paling aku seronok bila tengok orang yang aku sayang seronok, pengantin, adik2 aku, mak abah aku. Semoga semuanya bahagia hingga akhir hayat dorang.
Kejadian majlis kat belah aku plak pada 14 Januari 2017 aritu. Majlis cukup meriah. Mak aku kalau buat majlis tak meriah bukan kenduri rumah Wak Ton la tu. Walau dah tempah katering, mesti nak masak gak. So memang penat la, ingatkan dah katering boleh la kita dok goyang2 kaki je hahaha...no.no.no..masak dan masak dan masak..Waduhhh mau patah pinggang gue.
No comments:
Post a Comment