Thursday 17 November 2016

KUIH KERIA LEPAS GERAM

6 November 2016

Sundate!  Hari ni dating dengan anak2.  Si kakak nak makan sushi...dah beberapa hari dok berzikir ngajak.  Okey la, sunday ni mama tak buat apa2. Moh ler kita...

OOTD
Menyempat lagi tu...OOTD katanya.  Tapi akak bukan orang 'ada2'.  Orang lain OOTD baju beli kat H&M, suar beli kat designer2 terkemuka.  Akak takyah nak designer sangat, outfit pasar malam je, janji cantik, murah dan boleh berjimat.

Tudung : pasar malam
Baju : pasar malam
Seluar : Uniqlo
Kasut : Zawara
Kombinasi yang mantap walau murah haha..

Sampai kat Bangi Gateway, kedai Sushi Toyyiban aku order Fries sushi, Takoyaki dan Mee Udon.  Sedih sebab udon rasanya tak sampai, rasa tak sama macam yang aku makan kat Osaka aritu.

Ni udon yang kat Bangi

Ni udon yang kat Osaka.
Rupa macam sama tapi tak serupa.

Semacam satu perasaan frust jer,  balik dengan rasa kecewa.  Dalam perjalanan balik masih berfikir...nak tau apa yang difikirkan???

Tadaaaaaaa......Rasa nak gelak pon ada, aku ni peel bila rasa marah je jadi masakan, asal marah je jadi kuih.  Caner tu? Macammana la nak kurus, asik mentekedarah jer.

Aku nak share resepi kuih keria ni, step yang mudah dan dah jadik memang sedap.


Bahan-bahan

Ubi keledek (tak kira la kaler putih ke, kuning ke pepel ke)
Kopek dan rebus buh garam sikiiiiit je
Lepas dah empuk, tos dan ditumbuk2...macam kat pic bawah ni

Jangan tumbuk kuat sangat kang belobang bekas tu.

Dah dilenyek gaul dengan tepung gandum, takde sukatan.  Ikut la, kalau melekit sangat pada tangan tambah la tepung tu sikit2 sampai cantik adunan tu tak melekit kat tangan.  Pastu buat la bulat2 dan lobang kat tengah.

 
Pastu goreng.

Pastu dalam kuali lain masak gula 2 sudu besar gula bersama 3 sudu besar air.  Masak sampai gula berbuih tutup api.  Masukkan kuih keria yang dah digoreng tadi.  Golek2...siap untuk dihidang.


Hasilnya memang mabeles.  Selamat mencuba.







Thursday 20 October 2016

FAME Lipstik

Hai peeps! For the first time aku nak bagi feedback pasal lipstik FAME ni.  Lipstik ni ku fikir tak best tapi bila tengok ramai yang follow brand ni, aku pon teringin nak mentry..mengetest..mencuba.  Aku start cari2 ejen disekitar kawasan aku.  Cari2 jumpa ejen yang boleh COD area Dengkil.  Aku call tanya samada dia leh COD kat kawasan aku tak, sekali dia cakap dia tak sampai sini tapi dia tak mengecewakan aku.  Dia pass aku pada kawan dia yang berada di area BBST.  



For the first time pakai, rasa ringan je, rasa best je.  Lipstik ni mula2 nampak moist then lama2 sikit dia jadik matte.  Memang best la, senang nak apply tak mcam certain matte lipstik yang ada kat pasaran tu, apply trus kering.  Susah nak ratakan.  Harga sangat affordable RM29 sahaja, mampu tengok dan mampu milik.  


This is LE FAME.  Lepas ni nak try yang ni.  Special edition ni once habis dah takde restock dengar2nye.  So kene grab cepat.  Set ni RM70 sahaja ada dua color Topaz dan Glam.

Monday 10 October 2016

Japan - Osaka Part 3

19/9/2016


Tiba hari yang ditunggu-tunggu, dengan harapan dapatlah balik hari ni.  Seawal pagi aku beratur depan kaunter.  Orang yang pertama, kaunter pon belum buka aku dah tercegat.  Buka je kaunter aku meluru, tiba2 staff tu tanya 'u staff?' aku angguk je.  Then dengan muka yang eksen betul, dia kata hari ni flight overbooked.  Omaiiigadddd again? Sedeyyyyyy.  Mati kutu la kene dok epot lagi satu malam.  Kali ni memang rasa macam nak nanges.  Dah tipon husband, nasib dia redho je tapi aku yang tak puas hati.  Kalau boleh nak cari cara lain, nak balik jugak hari ni.  Call maksu aku, dulu dia ex-staff MAS, tanya dia macam2, nak tukor tiket la, nak try balik dari Tokyo la, nak naik Air Asia la.  Tah pape tah.  Fikiran bercelaru, sel2 otak tak dapat nak berhubung masa tu.  Dah macam orang gila aku rasa hahaha.  Nasib baik waras lagi.  Kawan aku sorang ni pon nampak gaya redho je, then aku pon rasa cool kejap.  Nak ke mana pon tak tau dah.  Merayap je la dalam epot tu.  Kebetulan ada shopping mall dalam epot tu, asik keluar masuk kedai je la.  

Masa tu duit Yen pon dah abes, aku pon ajak la kawan aku ni ke arrival hall, niat dihati nak tukor duit kat money changer kat situ.  Dah turun arrival hall, kami dok kira2 duit, tetiba ada sorang mamak jepun datang kat ktorang.  Rasa cuak gak, dia tak berapa fasih berbahasa inggeris.  Bukan la nak kata english aku power giler.  Tapi memang teruk la english dia.  Tapi dia cuba juga bercakap, ada sesuatu yang nak disampaikan.  Yang aku tau dia cuma tunjukkan batch police, itu pun macam curi2 tunjuk kat aku.  Aku mula curiga.  Betul ke dia ni polis??? Dah seram dah ni.  Dia tanya ktorang dari mana, buat apa kat jepun ni, siap nak tengok paspot.   Uissshhh debor dah ni.  Dah kenapa pulak, apa salah yang aku buat ni?  Seribu satu pertanyaan bermain dalam fikiran.  Pastu dia ada sebut2 'patrol'.   Eeeee aku tak paham la.  Dia cuba buka translation kat fon dia, cuba untuk sampaikan apa yang dia nak cakap.  Tak pahammmmmm!!! pebenda mamat ni nak ni.  Aku sampai terfikir, dia ni ingat aku ni terrorist kot.  Sebab kan sekarang ni banyak kes IS ke pebenda tu kan.  Mungkin dia tengok aku ni bertudung dia ingat aku pengganas kot.  Sekali aku terfikir, ada kaunter jual sim kad, tentu yang menjual tu pandai berbahasa inggeris.  Aku pon pergi tanya kat budak jual sim tu, aku kata mamat ni tunjuk batch polis dia,  betul ke dia ni polis?  Mamat tu pon datang kat kaunter sim kad tu dan dia explain dalam bahasa jepun then budak tu pon translate la kat aku.  Rupanya, dia bimbang aku dengan kawan aku ni ada masalah kat epot ni.  Dia rupanya memang pegawai polis yang meronda kawasan epot. Dan dia kata waktu2 macam ni orang macam kami ni jarang berada di epot.  Waktu sekarang ni ramai pelancong yang datang dari belah2 China dan Korea.  Dia bimbang kalau-kalau kami ada masalah.  Laa itu je ke yang nak ditanya.  Saspen betul.  Pastu dia bagitau supaya berhati-hati.  Aku pon cakap la, aku cuma nak tukar duit, aku terkandas kat epot ni sebab flight penuh nak balik.  Aduhhhh gelabah tul aku dibuatnya.

Nilah dia mamat jepun tu.  Pegawai Polis rupanya.  Dia pegang paspot aku, dah risau dah ni.  Nak kene tangkap ke ape sebab asik merayau je kat epot ni huhu.  Ni memang pengalaman paling win.  Takleh lupa ni.

Sepanjang aku kat epot ni jangan tanya, aku mandi ke tidak.  Yang penting bersihkan part2 yang penting aje.  Epot ni ada je bilik air, tapi nak mandi berbayar.  15 minit RM20.  Memang tak payah la jawabnya.  Bersihkan diri kat toilet sudahh.  Lupa nak cerita toilet kat Jepun ni memang bersih, sistematik dan canggih.

Ada tempat duduk untuk anak kecil.  Ye lah kan kalau mak2 yang dukung anak tu nak buang air dia boleh letak anak tu kat seat tu.  So mak2 senang nak buang air tanpa gangguan.

Walau jepun ni cebok pakai celet2 je tapi tetap ada air pancut dari bawah.  Kalau tandas europe, haramm nak ada air, terpaksa tadah dari luar.



Cara-cara nak guna tandas, nak picit air ke nak picit musik ke semua ada kat situ.



Puas dah merayap, keluar masuk mall dekat nak 10 kali, dah penat cari makan plak.  Kuar masuk family mart ni pon dah hampir berpuluh kali.



Dinner ni je la hari ni.  Mushroom sup + roti tebal.  Syukur kenyang.

 Senang hati main tipon, kat epot wifi sangat best.  Tak kedekut wifi.  Aku terbaca ig salah sorang rakan yang memang tinggal di Jepun, katanya ribut sedang menuju ke arah Kansai.  Tetiba cuak, Kansai ni area epot la wei...dikatakan ribut akan sampai pagi esok.  Terus wassup husband bagitau, mohon doakan semoga takde benda buruk berlaku.  


Sebab dok dalam epot yang berekon, badan tak berpeluh so, tak busuk yee.  Alaaa orang Jepun pon bukan suka mandi.  So kita sama haha.

20/9/2016
Seawal pagi bangun, bersihkan diri mana yang patut, tengok cuaca kat luar, berangin je nampak sebab tgk pokok bergoyang-goyang.  Minta2 la ribut sampai sini lambat lagi.  Aku nak balik ni oiii. 

Morning briefing.

Mampu bergambar je tak mampu memiliki.

On the way ke departure building.

Kaunter bukak je terus meluru dan aku jumpa Manager on duty pagi tu.  Orang jepun tapi beruniform MAS.  Aku cakap dah 2 malam tido epot ni.  Harap dapat balik.  Then dia pon check2...okey flight ok hari ni, so boleh balik.  Ya Allah rasa nak sujud syukur rasanya.  Dapat balik jumpa laki jumpa anak.  Tapi kat hati masih rasa bimbang, bimbang pasal ribut ni pulak.  Jangan lah flight aku nak boarding kang ribut sampai, delay pulak nanti.

Selesai urusan immigresen, rasa lege bila dah kat tempat menunggu untuk naik kapal.  Dari jauh dah nampak gelap, angin semakin kuat, air laut tepi landasan dan berkocak2.  Allahhh dugaan lagi.  Berdoa panjang dalam hati.  Awam berarak laju.  Aku tak pernah tengok awan macam tu punya laju berarak.

Waktu ni belum kuat anginnye.  Hampir waktu nak masuk ke dalam kapal, hujan semakin lebat dan tak nampak jambatan dan menara hujung sana tu.  Semua putih je.  Aduhaii dah sampai ke ribut taufan ni.  Satu yang aku sangat pelik, orang2 tempatan releks je macam takde ape yang akan berlaku.  Rupanya bila aku selidik ribut taufan ni memang acara tahunan.  Pertukaran musim yang menyebabkan ribut ni.  Patut la wat lekkk je.

Ni lah Miss yang dok tolong kami untuk dapatkan seat untuk balik hari ni.  Lupa nak tanya nama.  Anyway tq Miss.  Okey nak masuk dalam kapal dah.

Legenya bila dah dapat masuk kapal dan dah duduk dalam ni.  Selesai semorang masuk kapal dah ready nak fly, kapal pon dah tolak sikit tiba2 berhenti.  Cuak lagi, kapal bergoyang-goyang, rupanya tempias ribut dah sampai, takleh terbang lagi.  Dok la dalam kapal tu hampir setengah jam.  Tunggu angin reda sikit.  Ye lah kan takkan goyang2 gitu nak terbang jugak.  Dah reda sikit pilot pon bagi arahan untuk anak kapal bersedia nak take off.  Rupanya angin tu datang dari arah bertentangan dengan arah kapal ni nak terbang so takde masalah la, kalau arah angin tu sama arah kapal ni memang tak lepas la nak terbang.  Masa nak take off tu pon goyang2 gak.  Berdoa je la.  Lege bila dah sampai atas kapal pon stabil dah tak goyang, kapal meninggalkan kawasan ribut.  Alhamdulillah...  Terbanglah aku hampir 7 jam.  Touch down KLIA lebih kurang pukul 5.30 petang.
Alhamdulillah sekali lagi.
















Thursday 6 October 2016

Japan - Osaka Part 2

18/9/2016

Hari yang ditunggu-tunggu, nak balik Malaysia dah yeaaayyyy!
Awal pagi dah check out nak ke Airport Kansai.  Tamat dah pengembaraan kak jemah ke jepun.

Bersemangat nak balik, babai rumah jepun hehe
























Merenung jauh tu, dah sampai Malaysia gamaknya.  Yang sorang lagi tu tak sabor dah nak balik Malaysia.  Ada yang dirindu lettewww!!

 





Nak ke Kansai Airport train akan menyeberang laut.  Airport ni seakan akan berada di seberang lautan dan berada di sebuah pulau kecil.


Udah sampei di Airport, moh cari kaunter tiket.




 
Legenya dah nampak kaunter MAS.  Tapi tungguuuu, blom boleh balik yee.  Sebab procedure MAS adalah jika staff tiket harus standby.  Flight balik penuhhhh....omaigaddd! Adakah kene tido kat epot, adakah? adakah? adakah?  Jawapannya ye, memang kandas, tunggu next flight esok pagi.  Sehari ada satu saje flight, maka bersedih hati la dua sekawan ni.  Yang sorang lepas balik sebab memiliki full fare tiket.


Ni lah orang-orang yang menyebabkan flight penuh, One World katanya, airlines lain nompang flight kite, jadi kite yang takleh balik huhuhu.  Memasing dah call suami masing2 bagitau tak dapat balik.  Apa jadik pada suami2 itu bila isteri2 tak dapat balik.  Urus anak sekolah esok ye.  Tapi suami2 kite ni dah biasa hadapi situasi ni, so masing2 dah tau tugas.  Kami?  Merayau2 lah dalam epot ni.

Ada kawan sonok ler, cer ko terpaksa stay sengsorang, mau nanges tak berlagu.

  

 Orang lain tak dapat balik nangis2 susah hati, kami....senang ati isi perut haha...Airport Kansai ni sangat frendly muslim.  Ada restoran halal, ada tempat solat.  Family Mart yang macam 7E tu.  Tempat nak lepak pon agak selesa, toilet pon best.  Tu set yang aku makan tu tah bape inggit tah tapi lebih kurang Yen1000 = RM40 gitu le.  Sekali makan boleh la, 2-3 kali makan tokey balak pon bankrup.  Tapi lepas makan apa kita nak buat ye, mmmmmm ting!!!! idea sudah mare.  Dekat dengan epot ni ada Factory Outlet.  Jom kita jelajah.

Nak ke outlet tu kene naik bas.  Gigih cari bas, rupanya ada shuttle.  Okey la tu, tambang dalam Yen200 = RM8 sehala, kira murah la tu kan.  Tapi kalau shuttle kat tempat kita nak Mitsui tu free je pon.  Sini semua nak berbayor.

Rinku Premium Outlet


Konsep sama je dengan outlet kat Malaysia.  Jalan punya jalan, bag sandang terputus dua2 belah.  Jawabnya memang ke tong la bag tu, reput ke hape.  Terpaksa beli bag lain huhu, tkde niat nak soping tapi ini soping terpaksa.

Boleh la, janji ada bag nak isi barang2 yang tah ape ape tah tu. Merayau sampai hari dah nak gelap.  Dah2 jom balik epot semula.

Surau yang sangat luas dan selesa.

Malam ni kita dinner ni je.  Syukur dari takde.

Telur asin pon ade, RM4 hengget koo sebiji.

Dah makan, cari port nak tido.  Tido lah mana tau esok kaya hahaha.  Tido dengan harapan esok dapat balik...sweet dream (sweet la sangat kene tido kat kerusi, terbayang tilam kat umah).  Kita tengok apa akan jadi esok, dapat balik ke idak?  Nantikan....


~sambung Osaka Part 3~





















SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...