Monday 14 October 2019

Beli Jiwa Anak-anak SEMPORNA Part 2

Hari kedua....

Pukul 8.30 pagi kami berkumpul di Jeti Pelancong.  Jeti ni khas untuk pelancong yang ingin ke pulau-pulau yang terdapat di Semporna ni.  Waktu pagi memang sesak dengan manusia. Kat sini memang banyak sangat ejen yang menjual pakej2 pulau.  Aku booking pakej sebelum sampai ke sini lagi sebab tak nak booking last minit.  Semua aku setelkan sebelum sampai.  Sangat banyak pakej yang ditawarkan dan aku memilih untuk ke 3 pulau sahaja.  Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan.  3 pulau ni pun dah cukup cantik bagi aku.  Aku ambil pakej ni dengan Cik Ann no tel : 014-3567379.  Pakej ni merangkumi 3 pulau, makan tengahari, peralatan snorkeling dan harga RM79/pax, harga tu sebab kami hanya berlima..kalau lagi ramai harga akan jadi murah sikit.  Okey la tu, rasa tu yang paling murah.  Aku bukan seorang yang gemar aktiviti air.  Suami dan anak-anak memang suka, dorang pandai berenang, aku?  hareemmm hahaha.  Tapi takpe la demi insan-insan tersayang ni, ku gagahi jua meredah ombak badai.  Tapi pastikan sebelum berlepas makan ubat mabuk dulu...kalau tidak jawabnya termuntah terbelahak la nanti.


Ready to go..


Nampak tenang tapi dalam hati, berdebar-debar tuhan je yang tahu.

Jernihnya air macam dalam pool.

 Seronok la dorang, dorang tak tau perut mak ko ini bergelodak berkocak, tunggu masa nak terkeluar je huhu..

Boheydulang Island




Yeaayyyy.. pulau pertama Boheydulang Island.  Kat island ni selain dapat mencuci mata boleh juga buat aktiviti hiking.  Nak hiking pulak perlu sewa kasut, NO sliper.  Pemandangan dari atas bukit lagi cantik tapi aku tak memilih untuk hiking sebab lutut tak berapa ok. Suami dan anak-anak pun tak berapa gemar hiking so kami dok tunggu je la kawan-kawan seboat kami untuk naik atas bukit.  Kami posing je kat bawah ni.  Pulau ni juga ada disediakan tandas awam, tapi airnya adalah air laut, masinnn.

Lepas beberapa jam kat pulau ni, kami pun bergerak ke pulau kedua.  Pulau Mantabuan.  Kat pulau ni nanti kami akan makan tengahari selain aktiviti bergambar dan mandi2.  





Menu lunch kami..okey la.  Ayam masak kicap, sayur kubis goreng, telur dadar, nasi buah pisang dan air mineral.




Tour guide bagitau kami tak boleh lama dipulau ni memandangkan, air akan surut.  Kami perlu bergerak ke pulau ketiga untuk aktiviti snorkeling. Jom gerak!

Sibuan Island.  Pulau ni pun cantik dan berpenghuni.  Maksud aku ada perkampungan dalam pulau ni.  Aku difahamkan oleh tour guide kami, sebenarnya pakej yang kami ambil ni termasuk 1 lagi pulau iaitu Tatagan.  Pulau tatagan tu terdapat perkampungan bajau laut.  Sejak akhir-akhir ni banyak insiden yang tidak diingini terjadi.  Jadinya pihak berkuasa tempatan/polis tidak membenarkan pelancong ke kawasan tersebut atas faktor keselamatan.  Kejadiannya adalah kes kecurian.  Kejadian berlaku pabila boat-boat pelancong mendekati perkampungan tersebut, anak-anak bajau laut berkerumun kat boat dan ada yang panjang tangan mengambil barang dari pelancong tanpa disedari. 



Seronok sangat letteww


Mak buat ape tu?? mak menung je tengok anak-anak berenang haha..

Dah kecut semuanya..lepas snorkeling kami pun bergerak semula ke darat.  Waktu balik, driver boat ni saje bawak laju, pening kepala aku, dengan ombak yang kuatnya dan 2-3 kali juga boat mati di tengah laut.  Cuak giler aku.  Aku je la yang cuak, orang lain lekkk je haha..Selagi tak sampai ke darat selagi tu la hati ni berdebar2.

Semua pelancong dinasihatkan tidak berada di lautan sekiranya suasana semakin gelap.  Itu adalah peraturan yang telah diberikan oleh polis yang memantau.  Dulu aku berfikiran bahawa Semporna dan pulau-pulau berdekatan ni memang tak selamat.  Sebabnya banyak dengar kisah penculikan oleh lanun laut.  Tapi bila dengar cerita dari orang-orang yang dah sampai sini dan banyak membaca blog2, tempat ni selamat selagi kita patuhi peraturan yang telah ditetapkan.  Dan satu lagi, setiap pulau yang ada ni telah dikawal oleh polis.  Di pulau Sibuan contohnya, memang ada kubu pertahanan dan polis yang berkawal 24 jam.  Terima kasih abang askar dan polis kerana telah menjaga keamanan pulau-pulau ini.  

Balik dari pulau kami terus balik ke resort untuk bersihkan diri, makan dan rehat.  Malam keluar cari makan lagi.  Tempat makan yang sama tapi pilihan menu yang berbeza.  Sempat lagi mendobi baju-baju basah siang tadi tu.  Malas nak bawa balik baju yang kotor hehe.



Hari ketiga..

Kami check out awal jam 8 pagi.  Kami bercadang untuk ke Pekan Tawau.  Sebelum bertolak balik ke Tawau, kami bersarapan di pekan Semporna.  

Perjalanan dari Semporna ke Tawau lebih kurang sejam setengah.  Pekan tawau ni tak ada apa yang menarik sangat.  Kami pusing-pusing pekan saje.  Berhenti di sebelah Hotel De Choice untuk tapau nasi.  Dulu kali pertama datang ke Tawau aku menginap di Hotel De Choice ni, harga pun murah.  Aku tapau Nasi Ayam Penyet Madu...harga RM5 saje..yang penting sedap.  Flight balik kul 2 petang.  Babai Semporna...babai Tawau...ada rezki boleh datang lagi.
























Friday 11 October 2019

Beli Jiwa Anak-anak SEMPORNA Part 1

SEMPORNA 1 Oktober ~ 3 Oktober 2019


In sha allah bulan Januari 2020, akan ada satu lagi trip mak jemah ke Europe.  Sebelum tu, sistur harus beli jiwa anak-anak.  Kesian, memasing dah lama tak berjalan jauh.  Kebetulan si kakak cuti mid sem dan budak berdua kecik tu belum exam moh ler bawak berjalan.  Tapi ada yang sedihnya bilamana si abang tak dapat nak join, exam dia dah nak dekat katanya.  Mak pun rasa terharu sebab sejak akhir-akhir ni, tanggungjawab sebagai pelajar tu nampaknya digalas dengan baik.  Mak pulak sebak.

Sebab taknak buang masa, kami pilih flight yang pertama hari tu.  Kul 6.55 pagi, tapi nak ke epot perlu seawal jam 4.30 pagi.  Bangun jam berapa pulak?? hahaha.

Urusan check in berjalan lancar, flight pun takde nak delay2.  Perjalanan ke Tawau hampir 3 jam.  Sesampai kat epot Tawau lebih kurang kul 9 lebih.  Tunggu urusan kereta sewa.  Sewa dengan kawan kepada kawan suami.  Sehari RM100 so total untuk 3 hari 2 malam RM200 sajer..murah kan kan kan.

Perjalanan dari epot Tawau ke Semporna ambil masa 1 jam ikut cara pemanduan memasing, lagi laju lagi cepat sampai lagi tak selamat hehe.  Sampai di pekan Semporna dalam kul 12 lebih.  Pusing-pusing cari tempat makan.  Kata orang, orang kata laa, dah sampai sini wajib cuba ikan bakarnya.  Aku try makan ikan bakar berdekatan dengan jeti awam Semporna.  Nak ke kedai ni perlu melalui kedai-kedai kecil (lorong kecik) menuju ke jeti awam tu.  Aku pilih ikan kayu (kata orang situ) tapi bagi aku ikan kayu tu macam ikan Tuna/tongkol, sotong yang fresh dan besor2.  Ada macam-macam jenis sayur yang siap dibungkus dan dijual dengan harga RM1 jerrr.  Aku tak reti nak makan rumpai-rumpai ni so aku pilih je sayur kacang panjang dan kerabu mangga.  Untuk dak kecik dua orang yang tak reti makan ikan ni, aku belikan je ayam goreng.  Setiap sajian akan diberikan kuah macam kuah singgang, walau jernih tapi sedap rasanya.


Alhamdulillah...total RM36 jerrr

Lepas makan, check in resort.  Aku pilih Scuba Tiger Resort sebab resort ni kat tepi laut.  Aku ni jenis yang takut dengan air, so takyah la pilih resort kat tengah laut tu, tengok air laut beralun pun dah rasa nak mabok.  Harga resort untuk 3 hari 2 malam RM200 jer.  Booking dibuat melalui Trip.com. Satu bilik 1 double bed, 1 single dan 1 double decker..ngamm.

Kawasan resort

Tumpan bergambar depan resort orang

Selesai urusan check in, kami anak beranak berehat.  Hari ni tak ada aktiviti, free n easy je. Lewat petang meronda pekan lagi dan nak cari makan malam.  Ada tapak pasar malam di tepi laut, ku fikirkan pasar malam macam kat semenanjung tapi rupanya tempat makan open air.  Tempat ni dibuka setiap malam kalau tak silap.  Ada banyak pilihan makanan dengan tawaran harga yang agak murah.




Satay dan sayap yang sedap!

Pisang sira, sedap gak tapi takleh makan banyak...boleh potong kaki.

Lepas makan malam kami balik ke resort.  Kat Sabah ni hari gelap awal, seawal kul 6 petang dan kul 6 pagi dah terang.

Di resort ni ada menyediakan private pool (kolam tepi laut) la kiranya, khas untuk penghuni resort ni.  Buka sehingga malam.  

Budak tak reti sejuk, memalam pun nak berenang.  Tak sabor nak tunggu hari esok.

Lepas puas mandi, bersantai..kemain lagi.  Dah-dah jom balik tido, sok nak gerak awal untuk ke pulau.











Thursday 10 October 2019

Trip Gaya Bajet Aku ~ Melbourne 2019 Part 3

Hari ketiga...

Hari ni aku tak rushing, chill2 je sebab hari ni plan nak ke Brighton Beach je.  Nak ke sana amik masa lebih kurang 1/2 jam je.  Kami keluar rumah lepas bersarapan, amik free tram menuju Flinders Street.  Naik train dari Flinders Street Station.  Tambang untuk train ni lebih kurang AUD4.  Kena beli kad Myki, fungsinya macam kad touch n go.
Belakang tu la Flinders Street Station


Dahhh sampaiiiii

Aku ada terbaca kat blog, nak ke beach ni ada dua jalan.  Satu boleh berhenti kat Brighton Beach Station dan satu lagi kat Middle Brighton Railway Station.
Kalau dari Brighton Beach St...kita akan menyusuri tepian pantai dan kalau kita berhenti di Middle Brighton St. tu kita akan melalui kawasan perumahan untuk sampai ke bathing boxes.  Aku berhenti di Brighton St. tu sebab dah terlepas St. Middle tu, tapi aku rasa jalan menyusuri tepian pantai lebih menarik pemandangannya.  Orang kata dari station ke bathing boxes tu 15 minit je, masalahnya kami2 berjalan ni hampir setengah jam, dah kenapaaaa?  Sebabnya banyak sangat berhenti untuk ambil gambar.  Tempat cantik oiiiii takkan nak tengok je kan, dah tentu nak abadikan kenangan.








Dah nampak dari kejauhan...penat wei berjalan dalam sejuk






 
Puas dah posing kita gerak balik.  Aku tak berpatah balik, aku cari jalan untuk naik train dari MBR St.  Memang akan melalui kawasan perumahan untuk sampai ke station.  Tersesat2 jugak aku tapi bertanya pada orang yang kami jumpa.  Akhirnya sampai juga ke station.


Sepanjang laluan ke train station.  Kawasan perumahan yang sangat bersih dan rumah pun cantik-cantik.  Kebetulan waktu ni dah hampir kepada musim bunga.  Bunga2 dah start kembang, indah sungguh ciptaanMu Ya Allah.

Balik semula ke city, sempat singgah Coles Mart untuk beli makanan.  Sampai di rumah dah hampir kul 12 tghri.  Makan-makan pastu nak check out.  Sepatutnya check out kul 10 pagi tapi aku minta jasa baik tuan rumah untuk keluar kul 12.  Nasib baik tuan rumah okey, tq tuan rumah :)

Lepas keluar kami dok berfikir macam mana nak ke Queen Victoria Market dengan mengusung beg yang besar dan berat.  Naik uber je la, walhal QVM tu dekat dan boleh je berjalan tapi bila mengenangkan bag yang berat dan dah beranak pinak tu, menung kejap haha..

Sampai di QVM, masing-masing amik turn untuk meronda dalam market untuk beli souvenier.  Ye lah, kalau sekali harung semua masuk market sape pulak nak jaga bag kan.  

Aku takde la nak soping sangat pun, dah banyak kali ke Australia ni.  Kali ni aku cuma beli baju shirt untuk diri sendiri.  Selesai soping-soping ni aku plan nak ke DFO tapi duit pun dah menipis cancel je la...terus ke airport je la, rehat-rehat sambil nak tunggu flight balik.  End of trip Melbourne 2019.









SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...