Short Vacay 10-14 Oktober 2019
Pemburuan Salji bermula. Bertolak dari KLIA pada 10 Oktober 2019 jam 10.10 malam, perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Akan tiba di Airport Tullamrine jam 7.55 pagi waktu Melbourne. Seperti biasa bila tiba di kaunter immigration debaran terasa, adakah lepas segala tok nenek makanan dan ubatan yang dibawa. Alhamdulillah...urusan dipermudahkan. Lepas tanpa sekatan, hanya tunjuk list sahaja. Masa ni rate adalah AUD2.88.
Keluar saja pintu arrival, mencari booth untuk beli simkad. Kami dok usha OPTUS simkad dengan harga AUD10, cukup la untuk kegunaan sepanjang kami di Melbourne.

Jom gerak...buku merah jangan lupa bawak.
Besor yakmat beg, macam nak g umrah. Penuh dengan baju dan kasut winter je.
Harus pose kat situ menandakan dah sampai destinasi.
Lepas beli simkad, cari bas nak ke Melbourne city. Kita naik Skybus, harga sehala sekepala AUD19.95. Sila jangan convert, rasa nak nanges haha.
Bas double decker, selesa siap ada wifi. Perjalanan ke city dalam lebih kurang 20-25 minit saja tapi tambang mahal nak mam***. Bas akan berhenti di Southern Cross Station. Ini adalah station ketapi dan bas.
Yeayy dah sampai Southern Cross St. Disebabkan belum boleh nak check in hotel, kita simpan bag kat tempat simpan luggage. Harga AUD30 untuk 4 bag.
Disebabkan perut dah lapor naw2 kita makan kat kedai kebab halal dalam station ni. Kedai ni dulu masa 1st time aku ke Melbourne kawan aku yang kenalkan kedai ni kat aku. Portion kebab sangat besar, walau kebulur macam mana pun ko, takkan habis sebiji kebab ni dimakan dalam satu masa. Harga kebab + air AUD12 (sila jangan convert...nanti tak lalu makan).
Ni Akma, kawan masa kat ITM dulu. Alhamdulillah sekarang dah jadik travel buddy sebab dia pun suka berjalan macam aku.
Ni nak bagitau je, kebab ni besor yakmat. Nak makan, nak bercakap...kepoh tul makcik ni haha.
Dah makan, dah kenyang..apo laie jom la kita start ukur jalan. Tiap kali trip mesti aku dah siap-siap itinerary tapi biasa la kan...kekadang ada jugak yang kita plan tak menjadi atau tak mengikut seperti dalam itinerary. Apedehal...kita yang buat itinerary tu, suka kita la nak ubah-ubah kannnn. Kita mulakan dengan mencari tram station terdekat untuk round-round city ni. Tram ni free, ko pusing la sampai muntah pun takde sape nak charge ko. Tapi kena gak tengok map sebab ada tram yang luar kawasan dan ko akan dicharge.
Auntie ni sangat mesra alam. Dia bekerja dengan syarikat tram ni. Fungsi dia ni, kot nak tanya pasal free tram ke laluan tram ke boleh tanya dia. Dia expert. Laluan yang sepatutnya aku servey ditutup katanya jadi terpaksa ikut laluan lain tapi masih menggunakan laluan tram free. Kami berhenti di area Flinders Street untuk ke Hosier Art Street. Agak jauh menapak juga untuk sampai ke tempat tu. Dan dalam masa yang sama ko akan melalui kedai souvenier Arthur Daley's dan sebuah gereja lama iaitu St Paul's Cathedral. Di kawasan tu juga terletaknya Flinders Street Station yang mana aku akan ambil train dari situ untuk ke Brighton Bathing Boxes.
Turun-turun je tram, nampak kedai Chemist Warehouse yang banyak jual parfume tu. Singgah situ dulu. Menggila tengok parfume murah. Tolong la pesan kat kawan-kawan yang ada tu, kot dah masuk kedai tu tak keluar-keluar, azan kat telinga kawan tu ye...dalam tu syaitoon nye banyak. Boleh leka la jadinya.
Hosier Lane Street Art ni adalah salah satu tarikan di Melbourne ni. Lorong ni dipenuhi dengan lukisan-lukisan dikiri kanan dinding. Dan lukisan ni akan ditukar-tukar. Sangat kreatif.
Dah penat posing kat situ kami gerak ke Flinders Street Station, nak riki2 train untuk hari ketiga nanti, tapi sebelum tu sebab cuaca yang agak sejuk, perut pun asik la cepat lapar, lepak tepi church yang aku lalu. Sambung makan kebab yang tak abis tadi.

Walau mentari memancarkan sinar, sejuk gigil hingga ke tulang rasanya. Muka ada sinyummm lepas makan. Yang tudung hijau tu travel buddy gak, kawan kepada Akma tadi. Dah banyak gak trip yang dia follow. Yang teleng kepala tu Eza, tu kawan kepada schoolmate aku. Dorang pernah join trip New Zealand dulu. Dah kenyang kami pun bergerak ke Flinders Street Station dan lepas tu Eza ajak menyusuri sungai Yarra. Dalam iti aku memang takde pun nak naik cruise tapi kat tepi sungai ni ada pula buka beberapa booth untuk Yarra River Cruise dan harga pun agak ok, kita sapuu je la. Cruise yang aku naik ni menawarkan sight seeing sepanjang sungai Yarra yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Dalam pakej ni kami juga ditawarkan minuman sejuk panas dalam cruise...bestttt. Harga lebih kurang AUD19/pax.
Riverland
Ready to explore Yarra River.
Melalui Melbourne City Marina, tempat bot2 persendirian yang mewah.
Dalam cruise, sejuk kena angin luar...kita masuk dalam minum kopi dulu..
Penat wooo berjalan, singgah 7E
Selesai aktiviti menyusuri sungai hari pun dah petang dan kaki pun dah terasa penat, aku bergerak semula ke tempat turun dari tram tadi untuk ke Southern Cross Station semula untuk mengambil bag dan untuk check in hotel. Badan pun dah terasa sengal-sengal, almaklum tidur dalam flight bukannya boleh tidur betul-betul, sekadar tidur2 ayam.
Lepas masing-masing ambil bag, kami dok plan nak ke hotel naik bas tapi bila tengok map, perlu berjalan lagi nak mengheret bag yang berat lagi, tukor ler naik uber je la. Senang, terus sampai depan pintu hotel.
Aku dok booking penginapan ni kat Airbnb sebab nak cari rumah yang boleh masak-masak. Sebab dah terbiasa, walau ko trip ceruk mana pun, mesti nak ada agenda masak2 tu...trip mak2 macam aku ni harus masak walau sekadar masak megi.
Penginapan di 42 Lighthouse Apartment. Aparment milik lelaki vietnam. Rumah sangat cosy, bersih, moden di tingkat 18. Paling best tang bilik tidor. Keliling cermin hokeyyy, takdak dinding batu. Syooo syeksi...acik nak kemban caner ni hahaha...Harga untuk 2 malam lebih kurang RM700++ tak ingat exact price. Tapi kira murah ler tu, apartment tengah bandar, dekat dengan kedai-kedai...kira cam senang la nak cari barang makan. Coles dekat, Mart2 banyak...best la kiranya. Tapi ko datang Melbourne jangan expect banyak kedai halal la, agak sukar nak cari kerana Melbourne ni dipenuhi dengan orang cina yang migrate ke sini. Dah rasa macam duduk di China Town. Bertabah je la...sebelah apartment ni ada kedai Asian yang dimilik oleh bangsa Cina.
Kat lobi je sis dah teruja..lawo sangat dindingnya, penuh dengan cerimin
Apartment ni 69 tingkat. Baru dok tingkat 18 dah gayat, apetah lagi tingkat 69. Dalam rumah merangkak la kot ye, gigil dok tinggi2 haha..
Dining hall yang cute
Hall dan sofa bed. Actually rumah ni boleh masuk 5 orang
Area nonton, tak sempat lahai nak nonton nye...
Tempat yang paling aku suka...dapor, walau kecil tapi selesa
Bilik 1
Bilik 2
Ni la yang aku kata syoo syeksyi tu
Sampai je rumah, rasa legaaa leh lunjur kaki, badan semua. Perut pun lapor gak. Mandi manda la pastu kuar lagi. Plannya malam ni nak ke bangunan menara tinjau tu tapi sebab keletihan yakmat, sempat g mart je cari barang2 sikit, nak masak bekal untuk esok. Esok nak bangun awal untuk ke Mt. Buller, misi mencari salji hehe..
Balik dari mart dapat beli strawberi yang sedap ni, besar dan manis
Sambung part 2 la ye.....
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856