Friday, 11 October 2019

Beli Jiwa Anak-anak SEMPORNA Part 1

SEMPORNA 1 Oktober ~ 3 Oktober 2019


In sha allah bulan Januari 2020, akan ada satu lagi trip mak jemah ke Europe.  Sebelum tu, sistur harus beli jiwa anak-anak.  Kesian, memasing dah lama tak berjalan jauh.  Kebetulan si kakak cuti mid sem dan budak berdua kecik tu belum exam moh ler bawak berjalan.  Tapi ada yang sedihnya bilamana si abang tak dapat nak join, exam dia dah nak dekat katanya.  Mak pun rasa terharu sebab sejak akhir-akhir ni, tanggungjawab sebagai pelajar tu nampaknya digalas dengan baik.  Mak pulak sebak.

Sebab taknak buang masa, kami pilih flight yang pertama hari tu.  Kul 6.55 pagi, tapi nak ke epot perlu seawal jam 4.30 pagi.  Bangun jam berapa pulak?? hahaha.

Urusan check in berjalan lancar, flight pun takde nak delay2.  Perjalanan ke Tawau hampir 3 jam.  Sesampai kat epot Tawau lebih kurang kul 9 lebih.  Tunggu urusan kereta sewa.  Sewa dengan kawan kepada kawan suami.  Sehari RM100 so total untuk 3 hari 2 malam RM200 sajer..murah kan kan kan.

Perjalanan dari epot Tawau ke Semporna ambil masa 1 jam ikut cara pemanduan memasing, lagi laju lagi cepat sampai lagi tak selamat hehe.  Sampai di pekan Semporna dalam kul 12 lebih.  Pusing-pusing cari tempat makan.  Kata orang, orang kata laa, dah sampai sini wajib cuba ikan bakarnya.  Aku try makan ikan bakar berdekatan dengan jeti awam Semporna.  Nak ke kedai ni perlu melalui kedai-kedai kecil (lorong kecik) menuju ke jeti awam tu.  Aku pilih ikan kayu (kata orang situ) tapi bagi aku ikan kayu tu macam ikan Tuna/tongkol, sotong yang fresh dan besor2.  Ada macam-macam jenis sayur yang siap dibungkus dan dijual dengan harga RM1 jerrr.  Aku tak reti nak makan rumpai-rumpai ni so aku pilih je sayur kacang panjang dan kerabu mangga.  Untuk dak kecik dua orang yang tak reti makan ikan ni, aku belikan je ayam goreng.  Setiap sajian akan diberikan kuah macam kuah singgang, walau jernih tapi sedap rasanya.


Alhamdulillah...total RM36 jerrr

Lepas makan, check in resort.  Aku pilih Scuba Tiger Resort sebab resort ni kat tepi laut.  Aku ni jenis yang takut dengan air, so takyah la pilih resort kat tengah laut tu, tengok air laut beralun pun dah rasa nak mabok.  Harga resort untuk 3 hari 2 malam RM200 jer.  Booking dibuat melalui Trip.com. Satu bilik 1 double bed, 1 single dan 1 double decker..ngamm.

Kawasan resort

Tumpan bergambar depan resort orang

Selesai urusan check in, kami anak beranak berehat.  Hari ni tak ada aktiviti, free n easy je. Lewat petang meronda pekan lagi dan nak cari makan malam.  Ada tapak pasar malam di tepi laut, ku fikirkan pasar malam macam kat semenanjung tapi rupanya tempat makan open air.  Tempat ni dibuka setiap malam kalau tak silap.  Ada banyak pilihan makanan dengan tawaran harga yang agak murah.




Satay dan sayap yang sedap!

Pisang sira, sedap gak tapi takleh makan banyak...boleh potong kaki.

Lepas makan malam kami balik ke resort.  Kat Sabah ni hari gelap awal, seawal kul 6 petang dan kul 6 pagi dah terang.

Di resort ni ada menyediakan private pool (kolam tepi laut) la kiranya, khas untuk penghuni resort ni.  Buka sehingga malam.  

Budak tak reti sejuk, memalam pun nak berenang.  Tak sabor nak tunggu hari esok.

Lepas puas mandi, bersantai..kemain lagi.  Dah-dah jom balik tido, sok nak gerak awal untuk ke pulau.











1 comment:

  1. AJO_QQ poker
    kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
    Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
    di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
    - play aduQ
    - bandar poker
    - play bandarQ
    - capsa sunsun
    - play domino
    - play poker
    - sakong
    -bandar 66 (new game )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    PROMO MENARIK
    di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
    Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
    withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
    menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
    Permanent (acak) |
    Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...