Bangun seawal 4.30 pagi untuk siapkan bekalan. Keluar dari rumah jam 5 pagi, perlu jalan kaki ke tempat berkumpul untuk menaiki bas. Berkumpul untuk naik bas jam 5.45 pagi. Kami sampai ke tempat menunggu bas awal sebab dari rumah ke tempat tunggu bas berjalan dalam 20 minit je. Sampai je situ kawan-kawan cari kopi dulu kat 7E. Kopi di 7E murah AUD1 je. Murah kan??
OOTD...ready for snow hunter. Semua muka sembab.
Seawal 5.30 dah terpacak tunggu bas.
Extragreen Holidays
Tiket untuk trip Mt. Buller ni aku dah booking siap-siap dari sini. Korang boleh booking kat website Extragreen Holidays. Harga RM200/pax, so far agen ni yang termurah. Syarikat ni dipunyai oleh orang cina, tak kisah lah orang cina ke orang india ke, janji sampai tempat yang nak dituju. Perjalanan ke Mt. Buller ambil masa lebih kurang 5 jam dan bas akan berhenti di satu lagi perhentian untuk pick up penumpang. Setelah 2 jam perjalanan bas akan berhenti di salah satu pekan kecil Yea, Victoria untuk berehat. Untuk makluman semorang, bas ni tak benarkan kita makan dalam bas. Memang giler ah, lapor nak mampus. Dah lah keluar dari rumah awal pagi tak sempat nak jamah apa-apa. Jadinya, sebagai pengajaran, sila la bersarapan sebelum naik bas. Bas pulak jangan la ko jangka sangat selesa macam dok tempat 1st class...seat tak ubah macam dalam flight Air Asia. Pekan kecik ni serius, macam pekan dilanda garuda. Susah nak jumpa orang lalu lalang. Semua dok terperuk dalam rumah gamaknya. Mungkin juga disebabkan cuaca yang agak sejuk, mereka lebih selesa berada dalam rumah.
Kawasan rehat Yea, Victoria
Lepas berehat dalam 10-15 minit kita sambung perjalanan lagi. Sepanjang perjalanan kita akan dijamu dengan pemandangan indah dengan ladang-ladang terbentang luas. Sesekali ternampak jugak bebiri, kuda dan lembu. Bas mula mendaki bukit, aku rasa tempat yang dituju telah hampir. Nampak la di lereng-lereng bukit tu serpihan-serpihan salji. Teruja sangat.
Yeaayyy dah sampai Mt. Buller, sambil menunggu kawan2 pegi sewa seluar dan tobogan, kita pose dulu. Salji masa ni kalau nak kira macam dah penghujung. Dah tak tebal, 2 hari sebelum aku ke sana, dikhabar salji turun dengan lebat. Walau salji dah sipi2, sejuknya takleh nak bawak bincang. Yelah, kita bukan biasa sejuk macam ni, paling2 pun sejuk ekon kat opis je. Lepas selesai urusan sewa menyewa, isi perut dulu. Lapornye nauzubillah. Kat area ni ada disediakan seakan cafe, tapi boleh juga disediakan tempat untuk kita makan. Kat cafe tu takat minum kopi ke beli coklat boleh la, yang lain tak tau la kehalalannya. Tu sbb aku dah siap-siap bawak bekalan, bekal nasi goreng Brahims dan telur goreng. Dah lapor nasi goreng sejuk pun sodap haha.
Tempat ni kira bukan puncak lagi. Nak ke puncak kita perlu naik chair lift (open gondola). Nak ke stesen gondola tu, kita kena naik shuttle bus. Free je tak kena bayar. Cuma kita perlu alert waktu, kalau tak silap bas tu 1/2 jam sekali.
Ni area stesen chair lift. Harga untuk naik chair list ni AUD22/pax return. Okey la, nak rasa pengalaman. Sekali seumur hidup hehe.
Seumur hidup tak pernah naik yang open macam ni, kalau kat genting tu banyak kali dah rasa. Feelnya tu lain...seremmm
Tak lama sangat pun nak ke kemuncak. 20-25 minit dah sampai. Tak sabar nak tengok salji kat atas.
Dah sampaiiiii...wow speechless
Ais kepal, tinggal letak perisa je.
Salji memutih.
Eksyen je tu, mainnye idak..sewa tobogan AUD10.
Kita pose sampai muntah hahaha..
Tour guide pesan sebelum kul 3 petang harus berkumpul semula di tempat awal tadi untuk perjalanan balik. Sampai di city hampir kul 8 malam. Semua keletihan, bersihkan diri, masak ala kadar, makan dan pengsan. Esok mula hari baru ke Brighton Bathing Boxes.
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteajoqq^^com
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.club....^_~
segera di add Whatshapp : +855969190856