Tuesday, 14 February 2017

Catatan Perjalanan Si Pengembara - Dubai PART 1

DUBAI 
8/2/2017

Satu pengembaraan singkat, aku ke sebahagian tanah Arab secara solo kali ni.  Dubai yang terkenal dengan kekayaan emas...emas...dan emas...  Bersepah sana sini kedai emas, macam kedai runcit aku tengok dah, dan aku salute, kedai emas dia takde jaga or security.  Mungkin orang sana kurang nak mencuri kot...kalau berani curi la kalau nak kene potong tangan. Tapi hajat aku ke sini bukan nak cari emas tapi sekadar untuk kenal tempat ni.

Perasaan bercampur baur, excited dan dalam masa yang sama sedih gak nak tinggalkan suami              dan anak2.

Bye-bye kakak, tolong jaga ayah dan adik2 okeyy.  Mama pergi kejap jer.

Bermula 8 Februari 2017 aku memulakan perjalanan menaiki penerbangan Emirates, semua orang pun tahu flight Emirates ni memang mahal tapi disebabkan takde flight MAS ke Dubai, terpaksa guna penerbangan OneWorld.  Tambang hanya RM700++  return (tu harga staff, orang lain tak dapat hehe).

Tiap kali aku travel aku tak pernah terfikir untuk bersoping sopingan (ada ke wording cenggitu? belasah).  Nak tau bajet aku ke Dubai...aku hanya tukar duit dirhams AED400 bersamaan lebih kurang RM480 sahaja.  Kenapa? tak percaya?  Kene percaya sebab aku cuma bawa duit kat tangan segitu je.  Siap berbaki AED60.

Penginapan kat sana, aku dok hostel je sebab aku sorang, buat ape nak membazir tidur hotel mahal2, takat untuk tidur saje.  Bagi aku kalau nak tidur selesa baik jangan travel, tidur kat rumah je yang sememangnye selesa, betul tak?  Itu pendapat aku, lain-lain orang lain2 pendapat. So jangan kecam akak hehe. Aku tinggal kat Backpackers Accommodation Al-Karama.  Satu bilik 6 orang, 3 katil double decker.  Jangan bimbang semua perempuan.  Nasib aku baik sebab dapat  roommate yang baik2 belaka.  Sorang dari Morocco (muslim), sorang dari USA, Uzbekistan (muslim) dan 2 orang local yang memang menginap disitu kerana bekerja.  We respect each other.  Aku nak solat dalam bilik pun dorang okey je, takde nak buat2 muka ke ape.  Harga penginapan satu malam hanya RM45 so total untuk 2 malam hanya RM90.  Aku booking melalui Agoda.com.  Aku rasa kalau tak booking awal, harga untuk walk in adalah berbeza dan agak mahal.  Kat Dubai ni mana ada benda yang murah, semua pun mahal.  Jadinya kita kene bijak memilih.

Aku check in pada 8/2/2017 jam 10 malam.  Flight berlepas jam 1.10 pagi 9/2/2017.  Perjalanan mengambil masa 6 jam lebih.  Perbezaan masa Malaysia dan Dubai ada 4 jam.  Dubai lewat 4 jam dari Malaysia.

Menanti waktu berlepas...mata dah rabak tak boleh tahan, biasa tidur awal.


Sambung PART 2...






No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...