Thursday 20 February 2020

AYAM PERCIK VERSI AKU

Sedap hohohoooiiiii

Hari-hari memasak sampai ke satu tahap tak tahu nak masak apa.  Itulah dilema seorang mak-mak.  Rasanya dah habis pusing menu kalau hari-hari masak.  Dan dilema seorang aku adalah bila anak-anak kau, hari-hari nak makan masakan ayam.  Sampai satu masa aku rasa, tengok ayam tu pun aku rasa nak muntah.  Ada ketika dulu disebabkan teringin sangat nak makan ikan, aku hanya beli ikan untuk aku dan suami.  Beli 2 ekor aje sampai tokey kedai tu tanya 'beli ikan untuk kucing ke?' !@#$%^&* sabor je la.  Ye, kucing berkepala hitam hahahaha😁

Hari ni aku rasa nak masak ayam percik versi aku...ni betul2 ikut cara aku sendiri, tak tiru mana resepi.  Dan macam biasa, resepi aku resepi campak2 sahaja.  Tapi kena hati-hati gak, ko campak tu pelan2 sikit, kang terkeluar dari periuk pulak hihi.


Bahan-bahan:
*Ayam sekor ko potong 4 bahagian, bersihkan dan lumur garam kunyit sikit dan kukus.  Lepas kukus ko balut dengan daun pisang, bakor atas kuali.  Takyah nak bakor arang bagai, kita wanita berkerjaya, semua nak cepat dan mudah.

*Cili mesin dalam 4 sudu besar, ikut memasing punya tahap pedas, nak pedas ko buh la banyak (dah siap buh bawang besar, bawang putih dan halia)

*Serai 3-4 batang (potong2 dan blend sekali dengan cili tadi)

*1 kotak kecil santan

*1/2 keping asam keping

*Garam, gula, perisa

*Air setengah cawan

*Sikit bancuhan tepung jagung (untuk pekatkan kuah)


Cara-cara:
Tumis cili blend tadi sampai agak kering, masukkan santan, gula, garam, perisa, asam keping.  Tambahkan setengah cawan air dan masak hingga didih pastu buh la air bancuhan tepung jagung. Dah masak siramkan atas ayam yang kita bakar tadi.  Siap!  


Mudah kan cara aku masak? sempoi je, takyah kalut2 nak cukup bahan sangat.  Apa yang ada je, kita olah dia bagi sedap je.  Selamat mencuba resepi yang mudah ni.  Buat sambil pejam pun boleh kahkah😄

Bakor ayam atas pan jerrr










No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...