Hari Kedua..
Hari kedua di London. Awal pagi keluar rumah untuk bersarapan di Mile End. Kawasan yang senang untuk dapatkan makanan halal. Satu stop saja dari Bromley-By-Bow Station.
Chef yang dipertanggungjawabkan untuk memasak breakfast kami.
Tu sis punya English Breakfast, air sejuk takleh tinggal walau dalam cuasa sejuk. Range harga makanan bermula 5-10 pound. Sila jangan convert, nanges nanti😜.
Selesai makan, kami pun beransur dan menuju ke Marble Arch Station untuk sightseeing london menaiki Hop On Hop Off (bas 2 tingkat). Harga tiket lebih kurang P35.10, beli online masa kat Malaysia. Kalau beli on street akan jadi lagi mahal. Bas ni akan lalu semua tempat-tempat menarik di london. Kita cuma perlu drop off je, ambil gambar then naik semua next bas untuk destinasi seterusnya. Bas ni ada 4 laluan, merah, biru, hijau dan oren. Kita boleh pilih nak mula dari mana mengikut map yang disediakan. Tiket bas yang aku pilih ni yang classic, dia bagi kita free one way river cruise. Jimat dah kat situ.
Big Bus City Tour
London Eye
London of Tower
Coppa Club, tempat makan dalam Igloo..nak tempah kena 2-3 bulan awal
Thames River Boat Cruise
Buckingham Palace
Balik dari sightseeing kami ke Oxford Street untuk ke Primark. Primark adalah tempat membeli belah mampu milik. Barangan disana murah dan bebaloi untuk level2 sis rakyat marhaein ni😊. Gambar galak membeli belah takde pulak hehe. Memang saja taknak ambil gambar sebab soping macam dah takde hari esok hahahaha...
Balik terus pengsan memasing.
Hari Ketiga..
Hari ni santai-santai cuci-cuci mata. Nak ke Malaysian Hall dan Harrods. Keluar rumah takde la awal sangat. Kita cari Malaysian Hall di area Bayswater. Kawasan ni memang terkenal dengan orang-orang Malaysia yang belajar dan bermastautin. Kawasan ni juga banyak restoran halal dan kedai cenderamata.
Map tak pernah lekang dari tangan.
Masing-masing penat tak abis lagi. Sambung tidor dalam train.
Makan kat sini pun sebab ada orang rindu sambal belacan. Kelakar betul. Tu sepinggan P6.50
Jom kita pergi Hyde Park cari angsa putih.
Hyde Park
Harrods
Sakit kaki weiiii...kita minum dulu
Lepak Starbuck. Jom balik penat dah.
Hari Keempat..
Awal pagi pegi sarapan kat area Mile End lagi. Ingatkan nak cuba restoran lain selain di Med's. Kedai tutup pulak, Med's je yang buka, belasah je lah. Lepas makan balik rumah siap-siap nak St. Pancras International Staion untuk ke Paris.
Breakfast like a queen
Gara-gara bergambar kat sini la, bag galas aku tertinggal..bolehnya tak perasan. Gile ah!
Memusing-musing bagai nak pitam mencari. Aku berdoa dalam hati moga masih ada orang yang baik hati. Eza bantu aku cari bag tu. Keluar masuk kedai tanya. Ada yang suruh aku pergi ke tempat simpan luggage, mungkin ada di sana. Aku bertanya juga pada cleaner yang ada dikawasan tu, dia kata ada security yang bawa pergi bag tu. Aku dan Eza mencari tempat simpan luggage. Tiba kat kaunter, aku disoal macam2 soalan untuk memastikan bag tu bag aku. Lega, masih ada yang prihatin. Memang bag aku ada kat situ. Memang takde apa yang berharga sangat dalam bag tu sekadar powerbank dan poket wifi. Tapi kalau hilang poket wifi tu jenuh gak nak ganti, mau beratus jugak. Ikutkan aku perlu bayar P5 untuk ambil bag tu tapi atas ihsan penjaga kaunter tu, ini kali pertama aku hilang bag, dia tak kenakan apa-apa bayaran. Sebagai balasan, aku ada 2 cup yogurt so aku bagi la kat penjaga kaunter tu. Senyum je dia..aku pun legaaaa.
Penat cari bag..dah jumpa kita minum duluuu
Acah-cah pro, walhal haramm tak reti😜
Sambil-sambil nak tunggu check in kita ronda2 kat St. Pancras ni ambik gambor
Sementara menunggu train ke Paris. Check in kul 2.30 petang.
Dah melepasi Immigresen.
Gumbira dah duduk dalam train. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam lebih.
Tambang train return lebih kurang RM400++. Tak ingat exact price. Train sangat selesa, ada cafe dan toilet yang bersih.
Kawan aku Akma mesti nak kena kopi, so layannnn...
Sampai di Paris lebih kurang pukul 5 lebih. Waktu ni cuaca gerimis dan dah gelap. Aku berdoa semoga senang la nak cari tempat penginapan. Lagi-lagi ketika ni Paris masih lagi berdemo di sesetengah tempat. So kami perlu lebih berhati-hati. Sambung cerita kat Paris di Part 3😘
No comments:
Post a Comment