9-17 Januari 2020
Pembukaan tahun 2020 diserikan dengan keterujaan 6 sekawan meneroka benua eropah. Setahun dah merangka, merencana dan membuat tabungan. Alhamdulillah tiba masanya menjelajah London dan Paris bersama kawan-kawan. Ini trip aku kali ketiga ke London dan Paris. Sekurang-kurangnya aku dah tau selok belok disana.
Ready to go gaiss
Flight MH02 dari KLIA ke Heathrow London mengambil masa lebih kurang 13 jam lebih, hampir 14 jam memandangkan MAS memilih untuk tidak melalui kawasan berisiko (bertempur). Istighfar sepanjang perjalanan mohon moga dipermudahkan urusan dan dilindungi sepanjang perjalanan.
Safely landed at Heathrow Airport jam 5.30 pagi waktu tempatan. Kemain semua muka teruja, gembira..sis pun sama hihi.
Selesai pengurusan diri, cuci muka, gosok gigi tanpa mandi hahaha..kami ke underground station untuk membeli oyster kad dan membuat tambah nilai.

Fungsi kad ni macam kad touch n go. Hanya perlu top up. Harga kad sahaja Pound5 dan boleh tambah nilai serendah 5pound juga. Kalau nak balik nanti kita boleh pulang semula kad ni dan akan dapat refund setelah ditolak admin fee.
Penginapan aku booking di Airbnb di area Bromley. Sangat dekat dengan train station dan Tesco. Memang tempat ni sangat strategik. Restoran halal juga senang nak jumpa. Dari train staion Bromley-By-Bow ni satu station saja ke Mile End. Di area situ lagi banyak restoran halal. Untuk mencari yang halal memang tiada masalah. Dalam Tesco juga banyak terdapat produk halal seperti ayam dan daging. Beras juga boleh didapati di Tesco dan harganya tidak mahal.
Penginapan yang sangat selesa. Harga untuk 3 malam 6 pax lebih kurang RM2400. Lebih kurang RM400/pax/3 malam. Murah dah tu, dengan lokasi yang sangat strategik. Rumah kami berada di tingkat 2. Ada elevator so tak bimbang nak pikul bag naik atas. Apartment ada 2 bilik dan 1 sofa bed. Ngam untuk tidur 6 orang. Walau apartment ni comel je tapi memang selesa, dengan dapur yang lengkap dengan segala periuk belanga dan peti sejuk. Rumah juga dilengkapi dengan mesin basuh, so senang la korang nak membasuh siap dryer lagi. Siap terus lipat hehe. Sepatutnya waktu check in pukul 3 petang. Since kami tiba awal pagi, aku bagitau dengan tuan rumah minta izin untuk letak bag awal. Punya la baik hati tuan rumah ni, dia benarkan kami masuk selepas jam 11 pagi. Tq tuan rumah. Dapatlah kami berehat-rehat meluruskan badan.
Apartment kami namanya Bailey House.
Ready..nak g park. Tengok kat maps nampak cam dekat je, sekali menapak jauh daaa. Adehhh rasa nak putus urat keting. Dengan keadaan sejuknya. Tobatttt. Bila berjalan dalam keadaan sejuk perut pun lapar. Dah la lapar, nak terkucil sesaje hahaha...
Muka tak sabar nak tunggu makanan. laporrr
Sempat menyinggah kat restoran arab ni. Nak panaskan badan dan isi perut. Makan sup panas2, rasa lega tekak. Lepas makan boleh sambung perjalanan menuju ke Victoria Park.
Laluan menuju ke Victoria Park.
UK ni memang terkenal dengan taman-taman yang luas untuk penduduk beriadah. Pelik betul aku tengok orang putih ni, agak tak sejuk ke joging time2 sejuk gini...
Balik dari taman ni aku ternampak bas untuk ke Tesco. Tesco tu berdekatan dengan rumah kami, jadi aku terfikir kenapa tidak balik naik je bas, takyah dah nak menapak. Memang plan kitaorang nak ke Tesco untuk beli barang2 basah untuk dimasak. Sampai di Tesco beli barang-barang dan balik rumah. Pukul 5 petang dah gelap.
Plannya balik nak masak tapi sebab semua pun dah letih menapak tadi tu, semua tombang tak sedar diri. Kul 6 petang dah tidor ok, 6 petang waktu london bersamaan dengan pukul 1/2 pagi di Malaysia, mau tak ngantok hahaha. Dapat tidor sejam dua pastu bangun masak. Kelakar la weii, orang lain nak tidor boleh pulak kitaorang bangun masak la makan la. Kecelaruan waktu kitaorang ni, lom boleh biasakan diri.
By me :)
Nasi arab by Chef Kak Su.
Lepas makan sambung tido zzzzzzz.....
No comments:
Post a Comment