Tersentuh bila melihat kawan2 fb mengepost gambar2 keadaan di kawasan yang dilanda banjir yang teruk. Banjir yang bagi aku amat dahsyat. Tanpa bekalan makanan, perhubungan terputus, tiada ubat-ubatan. Sekolah, Hospital dan banyak tempat2 awam tenggelam. Ya Allah! Kau ringankanlah bebanan mereka. Bantulah mereka Ya Allah!. Tahun ini adalah tahun yang agak malang bagi kita rakyat Malaysia. Satu2 musibah Allah turunkan kepada kita. Seolah2 Allah memberi amaran kepada kita. Mungkin terlalu banyak kemungkaran yang berlaku. Aku mendoakan agar mangsa2 banjir lebih kuat mengharungi dugaan ini. Kami yang tidak terlibat ini sentiasa mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan kalian. Aku tidak dapat membayangkan jika aku sekeluarga berhadapan dengan dugaan seperti ini.
Bukan sahaja di bahagian Timur Malaysia yang terlibat banjir, kini di Shah Alam juga mengalami banjir tetapi tidak seteruk di sana. Hati aku pun tak tenang sebab keluarga aku di area Shah Alam. Moga Allah melindungi kaum keluargaku di sana. Bagi yang termampu, bantulah mereka seadanya. Mereka memerlukan pertolongan dari semua pihak. Salurkanlah bantuan dimana2 saja.
'PRAY FOR PANTAI TIMUR'



No comments:
Post a Comment