Monday, 23 October 2017

PADANG, BUKIT TINGGI - PART 2

Hari ni full day berjalan sakan. Nak g tempat pemandangan yang cantik2. Sebelum tu kita sarapan kat hotel dulu ye.



Nama tempat ni Lembah Ngarai. Apa maksudnya, akak pun tak tau..yg jelas tempat ni mmg nmpk cantik.


Kemain gembira..dia tak tau belakang tu gunung berapi. Kat indon ni mmg terkenal dengan gunung berapi yg masih aktif. Akak berdoa2 agar gunung2 ni kot nak meletup pun..tunggu akak balik M'sia dulu.

Singgah sini..untuk bergambar.



Singgah sini pulak. Kata supir dulu2 kat sini dijelajah oleh orang Belanda. Orang Belanda masa tu suka ukir silver buat perhiasan. Hingga kini masih ada lagi keturunan Belanda ni yg meneruskan seni kraf ni. Semuanya handmade ye. 

 


Akak acah2 je tu.

Jom ngopi2. Walaupun akk tak minum kopi..akk minum teh je.


Tak ingat nama tempat ni. Tapi kat sini adalah tempat perusahaan buat gula tebu secara tradisional. Tebu diperah dengan menggunakan tenaga kerbau. Kerbau tu akan berjalan secara bulatan untuk menggerakkan mesin tebu.

Belakang tu tasik yang paling glemer kat sini.


Bayaran masuk

Semput mak nakk naik naik menara.

Tingginya mak aiii..gayat akak.

View dari atas Tasik Maninjau.

Tasik Maninjau

Ambun Tanai

Nak gerak dari tempat ni terjumpa pulak petani membawa hasil tanamannya. Kami pon tak lepas peluang.

Limau manis


Gadang2 buah labunya.

Jom gerak balik..nampak gaya macam nak hujan.  Singgah sini dulu.

Lobang jepang katanya. Zaman dulu2 orang jepun yang buat lobang ni..untuk apa? Akak tak tau..lom abis belajar sejarah Bukit Tinggi. Cepat la jom balik perut dah lapar. Akk nak try itiak..nak tau pebendanya..jom.

Cancang dagiang pangek ikan hamil. Lagi satu jangan tanya akak..nak tau ikan tu hamil ke tidak..kene jumpa doktor dulu.

Ni la dia itiak gulai lado (itik masak gulai cili api) pedasnya nauzubillah.
Menyetan pedasnya.

Alhamdulillah la beberapa hari makan masakan kat sini walau pedas perut akk tak meragam.  Kena hati2 memilih makanan ye.

Balik dari makan terus ke Jam Gadang.  Memang gadang jamnya. Tepi jam gadang ni ada pasar..kaki soping sila la pergi.

Gadang banar jamnya..bak kata orang minang..ye ke gitu??

Sorry gambar tempat soping dah terdelete..

Dah abis soping kita balik hotel..rehat. Malam kang carik makan lagi. Sebenarnya kalau malas nak soping kat pasar tu ada je peniaga2 menjual di tepi2 hotel.


Menu malam ni fresh mango dan nasi ayam penyet bukan dilanggar lori ye. Nasi ni memang sedapp tak macam yang ada kat tempat kita..kurengg.

Tido awal..sok pagi nak gerak ke Padang semula.

No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...