Monday, 23 October 2017

PADANG, BUKIT TINGGI - PART 1

Trip Padang, Bukit Tinggi.  Memang rasa seronok bila ke sini..dah terbayang macam2 makanan dan shopping. Tapi bagi aku shopping bukanlah satu keutamaan, kita jalan2 carik makan yeaayy!

Geng jalan-jalan cari makan kak jemah

Masa ni dapat tiket yang agak murah dari Air Asia.  Jarang2 nak dapat tiket murah ni..jarang nak bernasib baik.

Kami naik kapal pertama..jam 7 lebih camtu. Sampai di Padang dalam kul 8 lebih waktu Padang. Dari Padang nak ke Bukit Tinggi ambil masa 1-2 jam bergantung kesibukan lalu lintas. Dalam perjalanan kami berhenti di pit stop makan yang pertama. Rumah Makan Lamun Ombak. Terasa rasa seperti dilamun ombak bila makan haha.






Nak bagitau je..kalau datang sini cuba la try jus2 yang ada. Mmg pure takde tambah2 air. Pekat likat. Ni jus durian belanda. Terasa rasa lagi lalu kat tekak ni..yang nak try avocado coklat pun boleh tapi akak rasa tak boleh blah sbb rasa macam makan pencuci muka. Avocado kan biasa buat tenyeh kat muka kihkih



Udang besar melengkor je.


Ini namanya sorga makanan. Nampak tak muka ceria akak tu. Tapi awas..sentuh makanan yang nak dimakan saja..kalau tidak bayar je la kesemuanya.

Lps makanan kita teruskan perjalanan dan akan berhenti di satu dua tempat yang menarik.  Perjalanan agak mencabar bila kereta banyak dan mendaki bukit. Macam jalan nak ke cameron. 

Pernah tengok bawa motor atas bas.?? Akk 1st time nampak ni.




Okeyy akak berdiri dah tak stabil.


Macam2 makanan pelik. Akak tengok je.

Teruskan perjalanan lagi dan singgah kat sini. Orang kata kalau datang Bukit Tinggi jangan lupa singgah Bika Talago. Sebelum tu kita singgah Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau. Dah sampai sini wajib mengenakan busana pengantin minangkabau ni.





Mbak ni sedang menceritakan asal usul budaya minangkabau.


Tiket masuk. Bayor ye bukan free. 


Halah halahhhh anak sape la ni. Tunggu sape la tu.



Dah2..penat tengok gambar akak ni..mau muntah ijau.


Supir bawa kami ke sini. Tapi...tak murah punnn.









Bika talago ni sebenarnya lempeng pisang dicampur kelapa dan gula merah dan dimasak secara tradisional. Nampak tak gambar atas tu..dia tepek dlm belanga tu dan tutup dan letak bara api atas tutup belanga tu. Rasanya??? Harus la sedap..

Penat dah ni...mana nak singgah lagi. Takyah singgah la..kita check in hotel rehat2. Malam kita kuar lagi cari makan.





Penginapan?? Okey sangat. Janji wifi laju hehe. Dah2 rehat.




Ni namanya soto padang dan murtabak mesir. Makan malam ni. 

1 comment:

  1. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    ReplyDelete

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...