Hampir setahun trip ni aku plan bersama kawan-kawan. Asalnya ramai yang nak ikut tapi akhirnya yang betul-betul join hanya 7 orang termasuk aku. Mengumpul duit bagai nak rak hehe...kumpul dalam tin biskut. Akhirnya 26hb April 2017 kami bergerak. Kami bertujuh tapi yang akan menaiki pesawat AA 6 orang. Aku sendiri akan menaiki pesawat MAS. Memang kami berpisah tapi beza waktu penerbangan hanya sejam sahaja. Yang menaiki AA akan check in di KLIA2 dan aku di KLIA. Setel urusan check ini yang naik AA. Aku? Sedih betul. Sampai di KLIA jam 7.30 malam. Beratur di 'standby counter' hampir jam 8.30 malam dan tetiba sistem down. OMG...flight aku jam 9.50 malam. Sempat ke ni??? adududududu..
Kalau tak lepas aku terbang malam ni gamaknya rakan-rakan yang 6 orang tu tak tau la, dahnya aku ketua rombongan cik kiah. Berdoa panjang aku moga2 urusan aku dipermudahkan.
Alhamdulillah...sempat check in dan berlari macam tak cukup tanah ke Satelite Building. Dah la sengsorang, sabor je la.
Masuk je dalam kapal, leganya takleh nak cakap la. Bersyukur sangat. 8-9 jam nak betapa dalam flight ni. Sampai di Airport Auckland dalam jam 11.30 pagi waktu tempatan. Beza waktu Auckland awal 4 jam dari Malaysia. Agak lama beratur nak keluar. Negara New Zealand ni lebih kurang sama macam Australia, agak particular bab2 makanan yang nak dibawa masuk. Barang2 makanan telah aku listkan untuk declare dan barang tu semua pada kawan2 yang menaiki AA. Flight AA akan transit di Gold Coast Australia selama lebih kurang sejam. Dorang akan sampai dalam kul 4 petang.
Airport Auckland
Kita posing sambil2 menunggu rombongan sampai.
Kat Epot Auckland ni ada gak disediakan 'prayer room' tapi suraunya sangat la open. Memang takde asing lelaki dan perempuan. Bagi aku tak kisah la, janji ada tempat untuk solat. Setelah menunaikan solat rombongan semua sampai. Alhamdulillah, barang-barang makanan yang telah declare lepas semuanya. Dorang pon dah letih dah lapar. Moh ler kita cari tempat untuk isi perut dan recharge energy. Kat tingkat 1 epot ni ada foodcourt, setelah diteliti ada satu kedai kebab yang halal, dan ada juga mcdonald. Kat mcd tu takat nak makan fries dan fish filet tu boleh la. Kebabnya NZD15 (RM48) rasa nak terkecik makan. Beli apa2 pun kat sini sila jangan convert kalau tidak menangis airmata darah gamaknya.
Tu baru 3 orang, lagi 3 orang mana..mana???
Cukup korum rombongan cik kiah.
Dengan tukang jaga line bus pun nak bergambar hahaha..
Malam ni memang kitaorang kene berkampung kat epot ni sebab esok pepagi kami kene ambil penerbangan pertama jam 6.30 pagi ke Christchurch menaiki pesawat tambang murah Jetstar. Murah pun tak berapa nak murah la. Kami perlu bergerak ke Domestic Terminal jam 5 pagi lebih kurang. So malam ni takleh nak tido-tido beria...kang lena sangat langsung tertinggal. Bestnya kat sini, ada bilik air disediakan untuk mandi. Macam tau2 je ramai travellers yang akan tido di epot. Autumn pon dah sejuk gegel apetah lagi kalau winter.
Muka happy naik flight tazzabar nak sampai Christchurch. Sampai Christchurch je terus ke Jucy Rental Car nak amik kereta dan menuju ke Park N Save untuk beli barang-barang untuk dibawa ke penginapan pertama di Mt. Cook.
Sesampai kat epot Christchurch, kami dijemput oleh wakil Jucy untuk ke opis untuk urusan sewaan.
Pick up menuju ke Jucy Rental.
Sejupp walaweiiii..
Isi minyak dulu. Seliter NZD2.059 = RM6.58
Buah-buahan yang sangat fresh.
Geram tengok...hepp!! bukan pakcik tu la...geram tengok sayur2 tu.
Disebabkan aku ni sejenis spesis yang suka memasak, tengok semua sayur..rasa nak beli semua.
Cheese yang berbagai..dah macam batu bata aku tengok.
Jangan ingat orang New Jelen tak makan tempe, tapi sila jangan convert...nanges!!
Selesai memborong kita isi perut dulu sebelum sambung perjalanan.
Kedai makan halal dalam shopping mall berdekatan Park N Save.
Kemain gembira dapat makan nasi.
Gambar pon dah tonggng tebalik. NZD10.
Selesai urusan semua, kami bergerak menuju destinasi pertama Mt. Cook. Dalam perjalanan kita akan singgah di Lake Tekapo. Harap-harap kami sampai ke penginapan sebelum lewat petang kerana jam 5.30 petang dah mula gelap. Kami disyorkan agar tidak memandu ketika waktu gelap kerana bahaya, binatang liar akan keluar di waktu malam.
Ladang-ladang yang terbentang luas. Sejuk mata memandang.
Kerja gila..berhenti di tepi jalan semata-mata nak bergambar di tengah jalan.
Hijau...sejuk mata memandang.
Highway kat sini tak ada tol dan perjalanan akan melalui ladang-ladang yang luas dan dipenuhi dek bebiri. Memang banyak giler kambing-kambing kat sini, tah sape tuannya ye. Billionaire ni.
Dah sampaiiii...setelah memandu sejauh 224km...berbaloiii hoiii
Mengabadikan kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat. Jom gerak, matahari bakal melabuhkan tirai. Harus sampai sebelum hari gelap.
Perjalanan melalui celah-celah gunung ganang. Subhanallah! Pemanduan dari Lake Tekapo ke Mt. Cook sejauh 104km. Tak terasa kerana ralit dengan pemandangan yang cantik. Jam mencecah pukul 6 petang, hari dah gelap gelita. Tapi masih belum sampai ke destinasi. Pandu perlahan kerana bimbang binatang liar melintas jalan.
Akhirnya dalam kegelapan dan kesejukan sampai juga ke tempat penginapan pertama. Sangat selesa.
Check in, bersihkan diri, solat dan masak untuk isi perut sebelum berehat.
Ihsan incik gugel..memandangkan pic dalam bilik dah terdelete huhu..tapi inilah exact bilik kami.
Lengkap!
Shared kitchen yang sangat lengkap. Mak suka...mak sukaaaaa!
Hasilnya...tadaaaaaa Nasi Arab kooooo! by chep Kak Su.
Dah makan dah kemas, jom rehat! Perjalanan masih jauh.
Keesokan harinya....bangun seawal pagi kerana subuh disini jam lebih kurang 5 pagi. Usai solat subuh, jom bikin breakfast.
Breakfast by Chep Liza done! kenyang...alhamdulillah.
Hari semakin terang. Selak langsir...Subhanallah! Ya Allahhh, indahnya ciptaanMu...
Speechless
Rasa macam bermimpi berada di tempat yang cantik ni.

Dah..dah la tu posing nye! jom sambung perjalanan.
Dari YHA Mt. Cook ke Queenstown jarak sejauh 264km dan kami singgah di Lake Pukaki dan pekan-pekan kecil.
Lake Pukaki
Perjalanan diteruskan dan akan melalui pekan kecil Twizel, Omarama dan Tarras. Kami berhenti di pekan-pekan kecil ni untuk rehat seketika dan untuk tujuan ke tandas. Jangan bimbang perihal tandas, setiap pekan kecil akan ada tandas awam yang sangat bersih dan selesa. Had laju highway 100kmj sahaja dan bila masuk ke pekan kecil hanya 40/50kmj sahaja. Sila ikut had laju yang ditetapkan jika tidak mahu disaman hehe...ada cerita tu.

Jumpa di Queenstown.
No comments:
Post a Comment