Saturday, 3 January 2015

Mee Kari Mamalia

Salam Maulidur Rasul!  Hari ni aku terlibat dengan perbarisan sempena Maulidur Rasul ni.  Rasa sonok gak 1st time dalam hidup aku join perbarisan ni.  Berpeluh ketiak mak noqq!! 2-3km la gitu berarak.  Turun 5kg haha..takpe...yg penting niat aku tu.  Mengingati Rasullallah.  Penat betul rasanya sebab tak pernah jalan kaki sejauh tu.  Dah penat mmg tidak ler aku memasak tghri tadi.  Seb baik incik somi dah masak tuk anak2.  Tapi korang tau je la...org laki takat masak nasi dan goreng ayam boleh la (tu laki aku la...laki org lain pandai masak kott).
Aku balik je tadi terus pengsan sbb pg tadi kul 4 pg dah bangun..fenin kepala mak.  Laki g kerja pun aku leh tk sedar.  Dah bangun tido lapor la pulak..apalagi bersilat la kat dapor.  Hasilnya.....

Hah! Tu diaaaaa. Meh aku bg resepi.

Bahan2:
Cili blend
Serbuk kari ayam
Santan 
Ayam potong kecik
Kerang
Fishcake
Kentang (potong kecik)
Tahu (goreng)

Telur (direbus)
Bawang goreng
Daun sup
Taugeh (celur)
Air
Mee (celur)
Garam

Cara nk buat kuah:
Tumis cili blend (nk dah siap bwg merah putih halia).
Masuk serbuk kari. Naik bau masuk ayam dan kentang. Dah agak masak ayam tu buh air sikit. Dah didih masuk santan, kerang, fishcake garam dah tahu. Siap.

  Ni gambor tadi. Tak menang pon..tak kisah la.  Apa yang penting? KERJASAMA!  


No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...