LONDON, PARIS, BRUSSELS & AMSTERDAM
Apakah tandanya kalau tapak kaki gatal? Kata orang-orang tua, nak berjalan. Kalau gitu memang pe'el suka berjalan la aku ni sebab tapak kaki asik gatal. Tengah tahun 2015 aritu aku dok plan nak jelajah eropah versi backpackers bersama-sama maksu dan kawan aku. Cadangnye nak ke London, Paris, Switzerland, Italy then naik ke Brussels dan berakhir di Amsterdam. Tapi apa kan daya, cuti pun tak berapa nak ada. Ngam-ngam hoo jer cuti. Kiranya bila aku amik cuti seminggu ni cuti aku dah '0'. Can u imagine, baru bulan Oktober cuti dah habis. Siap kene sound lagi dengan pegawai sebab cuti dah habis hahahaha....
Tapi nak buat camne keinginan mengatasi segala. Disebabkan dah kehabisan cuti, aku pun terpaksa ubah rancangan. Nampak gaya 4 negara je leh jelajah.
LONDON
Ceritanya, maksu aku ni dah nak menamatkan perkhidmatan dia kat MAS. So dia teringin benor nak g jalan-jalan jauh sikit. Tu yang aku bawa g London dan Paris, ikutkan tempat tu aku dah pernah pergi tapi demi maksu, ku bawa jua. Tapi aku sebenarnya ok je kalau pergi London tu banyak kali pun, aku suka jer. Tak tau la kenapa. Sebab sejuk kott. Tapi kali ni pergi rate agak tinggi, so agak terasa la. Bila la nak turun mata wang dorang ni haisshh!
Kat London aku stay umah student Malaysia, sewa bilik jer. Asal ada tempat tido bagi aku dah memadai. Siang satu hari ko nak berjalan kan...takyah la nak hotel2 sangat. Ni kan namanya jalan2 bajet. Harus betul2 bajet hehe. Bilik yang kitaorang sewa ni comel je, walau kecik tapi selesa la. Tuan rumah punya la peramah dan baik hati. Mau taknye, siap masakkan untuk kitaorang...ai is malu la camni, balik berjalan tuan rumah suh makan.
Disebabkan kitaorang tak banyak masa nak berjalan cover semua tempat, kitaorang plan naik Hop On Hop Off je sebab 1 hari leh cover semua tempat. Jimat masa dan tenaga. Kaki nak pakai lama oiiii. Banyak lagi tempat nak pergi ni.
Gumbira setelah 13 jam lebih dok mereput dalam flight hahahah.
Tepek sikit gambar tuan tanah kedaung.
Sudut peringatan Puteri Diana dengan Dodi (kott...aku pun tak ingat). Kat dalam pyramid tu ada cincin yang dikatakan pemberian si Dodi ni.
Kat Harrods ni mampu cuci mata je. Takde niat nak shopping pon.
Ni kat Hamsley London, gudang permainan kanak2. Bertingkek tingkek. Penuh dengan segala tok nenek mainan. Ini kalau anak2 aku ikut mau pitam, semua benda nak dibelinya. Toiletnye pun cute je.
Victoria Coach Station

No comments:
Post a Comment