Sunday, 31 January 2016

KOREA PART 1

11~13 Disember 2015

Trip kali ni aku berduaan bersama encik laki.  Puas pujuk nak ajak jenjalan.  Akhirnya tewas dan akur dengan permintaan binik dia ni haha.  Aku dah tau dah kenapa dia ni tak suka jalan jauh.  Mereput dalam kapal terbang adalah factor utama dia tak suka long journey.  Nasib la ke Korea ni amik masa lebih kurang 6 jam gitu.  Kalau tidak mmg tak hinggin dia nak teman aku yang kaki jalan ni.  Flight kitaorang kul 11 lebih 10.12.2016.  Mendarat kat Incheon airport lebih kurang kul 6 lebih gitu la.  Makcik bangga hokeyyy bawa nama Sepang ke Korea.

Ini bukan kisah Honeymoon kami.  Ini kisah perjalanan kami.  Ada masa kita perlukan ruang untuk baiki hubungan.  Di rumah masing2 akan sibuk dengan tanggungjawab masing2.  Si ayah keluar mencari rezki untuk keluarga, si ibu sibuk menguruskan rumahtangga dan anak2.  So inilah masanya untuk kami perbaiki hubungan kami.
 






Dah sampai, sambil tunggu encik laki berasap kat luar, kita selfie kejap.







Pemandangan sepanjang perjalanan dari epot nak ke penginapan.



Dah check in kat TravellersA Hostel.  Siap2 nak cari makan tengahari.  Laporrr, tapi kene mendaki bukit nak cari restoran.  Rasa nak tercicir punggung naik bukit ni.  haisshhh.





Tadaaaa...dah sampai depan restoran.  Senyum sampai telinga.  Seksa betul nak carik makan.  Kat Korea ni memang kebanyakkan tempatnye berbukit bukau.  Ni kalau dok sebulan kat sini mau turun berat badan secara mendadak.











 Tu makanan yang kami pesan, yang risau dia bagi menu tu mentelaah la buku menu tu.  Harga makanan agak mahal.  Harusla kalau kau pergi mana2 negara pun, kalau namanya makanan halal, pasti harganya mahal sikit.  Jangan la ko nak bandingkan harga makanan dekat pasar malam umah ko plak ye.  Dah kenyang jom cari Masjid.  Jalan2 jugak, tanggungjawab pada yang Satu tu harus dilaksanakan yee...











 Dah solat baru senang hati nak berjalan hehe...



Pengembaraan menaik tren ke sana ke mari bermula.  Psstt!! ada orang tu sakit kaki hihihi..
Destinasi pertama, naik cable car ke Namsan Tower.






 Aaauwww....hahahah

 Dah sampai atasss



 Apa pesen bergambor ni??


 Nah!! kemain banyak manga.  'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu'





Kerusi tu memang gitu ye...bukan disebabkan berat badan ai.





















 Dah penat panjat bukit nak ke Namsan Tower, kita gi carik Café Hello Kitty ni.  Comel bangetttt. Selesai ngopi2, kita jalan2 lorong2 gelap hehe.








 Suasana malam kat Myeondong.  Tempat paling happening la kiranya.


 





 


Selesai aktiviti hari pertama.  Sambung hari kedua....

No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...