Thursday, 6 October 2016

Japan - Osaka Part 1

16/9/2016

Dalam pukul 3 lebih dari Kyoto St. kami bergerak ke Osaka St.  Rupanya takde la jauh sangat, tak sampai sejam dah sampai.  Train yang aku naik tu semi express, jadi tak banyak stesen berhenti.  

Mencari hala tuju.

Beratur nak naik train ke Osaka.


Dah sampai Osaka St. dok cari map Osaka train pulak.  Study lagi macam mana nak menuju ke guesthouse.  Dah bincang2 dah study2. Jom gerak.

Guesthouse yang aku booking berada di area Eganosho.  Dari Osaka St. pergi ke Umeda St. pastu tukor line ke Midosuji Line menuju ke Osaka-Abenobashi St. Dari situ baru lah menghala ke Egonosho St.  Kawasan guesthouse jauh sikit dari bandar.  Turun je train rasa tenang je.  

 Muka seronok dah sampai tapi jangan suka sangat, nak sampai guesthouse kene jalan kaki lagi haha.  Mula2 sampai dok terpinga2 juga, betul ke tak betul ke tak station ni.  Tetiba ada satu akak ni dia dengan anak kecik dia,...tanya ktorang nak pergi mana.  Aku pun tunjukkan map nak ke guesthouse.  Dia pun tolong tunjuk arah mana patut ktorang pergi.  Baik sungguh kakak itu hahaha.

Guesthouse ni terletak kat kawasan perumahan taman la kat Malaysia ni.  Rumah teres 2 tingkat gitu.  Tapi rumah dorang ni memang kecik2. Comel jer nampak.  Kereta pun kebanyakkan kat sini kecik2 je.  Takde la yang besar2 macam Alpad ke ape.  Space keliling rumah tu memang sangat terhad.  Hartanah mahal kot.

Salah satu landmark nak ke Comic Inn.



Yeayyy dah sampai...kemain kecik naw tandanya hampir tak nampak la.  Nasib ada makcik kat situ bagitau yang mana satu rumahnya.

Comel je guesthouse ni.  Abaikan kain batik yang tersidai kat atas tu.  

Berurusan dengan penjaga rumah ni.

Shared kitchen kat bawah.

Nota-nota yang ditinggalkan oleh penghuni rumah ni.

Tempat tido kami bertiga untuk 2 malam.  Harganya Yen 11,000.  Okey la bagi 3 bagi 2.  Sorang dalam RM74 satu malam, dah jimat dah tu.

Abaikan model tak berbayar tu.

Bilik yang penuh dengan comic jepun.  Sape teror bahasa jepun mesti sonok.  Terseusun je ikut Vol.  Abaikan stok makanan atas meja tu.  Dah dapat bilik, luruskan badan, bersihkan diri dan solat, jom makan apa yang ada sambil lepak2 kat hall yang amatlah keciknya.  Bilik ni berada di tingkat atas.  Toilet dan dapur kat bawah.  Jenuh asik naik turun.  Tangga dah la kecik kenot je.  Ngam2 je badan kak jemah yang comel ni hahah. 

Dah nama pun kak jemah, kak jemah kan mak2, kain batik mana leh tinggal.  Malam ni kita makan meggiiii.. sedapnya megi kari meletup kebabom.  Sambil layan Maharaja Lawak.  Jangan la heran caner leh dapat siaran astro tu.  Tu smart tv namanya, kita buka u-tube kat fon kita dia leh link kat tv tanpa cucuk wayar.  Canggih...canggihhh.   Penjaga rumah tu kata dia baru je beli tv tu last week.  Kira latest la tu.  Dah siap makan jom naik bilik tidoooo.  Kumpul tenaga untuk esok nak ukur jalan.  Dah boleh jadi jurukur tanah dah aku ni, asik ukur jalan je.

17/9/2016

Hari ni nak jalan2 kat bandar Osaka je, nak soping2 mata, cari2 makan.  Seawal pagi dah keluar, pun tak la awal sangat pun.  Matahari dah tegak atas kepala juga baru kuar rumah.  Letih sangat semalam, tido bagai nak rak.

 Tunggu train nak ke bandar Osaka. 

Awal pagi hari cuti kot, lengang je dalam train.


Wahhh sonoknya, banyak kedai tax free.  Kedai Don Quijote ni mall yang semua benda pun ada dalam tu, dari benda makan, cosmetic, elektronik dan hiasan2.  Nama kawasan ni Dotonbori.

Masa kat Mall tu ada sorang promoter ni tanya kami muslim ke.  Dia pun bagitau yang dia juga Muslim datang dari negara China.  Baik hati cik ni, siap tanya ktorang tau tak tempat makan halal, dia siap nak bawak ktorang pergi kedai tu tapi kene tunggu dia habis waktu kerja dia.  Ktorang takleh tunggu, kami kejar masa.  Next time kot, tq cik adik manisss.

Area Dotonbori yang penuh dengan tempat makan, tempat soping sopingan.
Area makan makan street


Lelaki 'glico' ni memang glemer betul, tak tau apa yang menyebabkan dia glemer camtu.  Aku tengok kalau ada orang datang sini mesti nak bergambor kat sini.  Landmark Osaka kot.



Kedai makan bersepah sepah tapi yang halal??? nan hado.

Terkilan tak dapat makan takoyaki yang halal kat sini. Siyes sotong dia fresh guna jejari sotong kurita.  Tak dapat makan dapat tengok je la.  Takoyaki ni memang sepanjang jalan dan lorong dorang jual.  Dah macam makanan asasi jugak gamaknya.  Bau dia ya Allahhh buat perut berkeroncong.  Laparr dah tengahari ni, jom la cari tempat makan halal.

Dah jumpa kedai halal. Kedai orang Malaysia.  Orang baba nyonya Penang.  Tapi bila sampai kedai tutuppp cia..cia..cia.  Waktu luch dah abis so dorang tutup kedai, akan dibuka semula untuk dinner start kul 5 petang.  Kebuluq la jawabnya.  Cari kedai semacam 7E, cari onigiri dan buah pisang untuk alas perut.  Lepas makan dah bertenaga semula kita sambung pergi mall ni pulak.  Bic Camera.

Mall Bic Camera.  Shopping mata kat sini pon murah weiii.  

Tempat dituju, bahagian jam.  Murahhhhh




Syorgaaa jam.  Sape peminat G-shock dan Baby-G mesti hilang pedoman bila nengok jam kat sini.  Letak longgok2 je, original kot, made in Japang.


Banyak betul anime2.

Ini kalau nampak dek anak bujang kecik kat rumah tu, menggelupur jer.  Dah pernah beli beberapa ekor kat Malaysia dulu tapi 5 minit jer main, habis tanggal tangan tanggal tang kaki kepala semua.  Sudahnya takyah beli dah.  Tengok gambar jee.


Doraemon dan makwenya.

Kebetulan ada show.





Aktiviti hari ni memang berjalan dari satu Mall ke satu Mall.  Soping mata, beli sebenier.  Dah petang dah gelap moh ler kita balik rumah.  Penat...


~sambung Osaka Part 2~








No comments:

Post a Comment

SEMPORNA OKTOBER 2020

 Beli jiwa anak-anak.  Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja hingga lupa perlu ada masa untuk keluarga. Anak2 suka mandi laut, jom kita bawak d...